Selasa, 17 Mei 2011

MUFTI PERAK DISAMBUNG KONTRAK OLEH SULTAN PERAK


Kontrak perkhidmatan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

DI USIA 72 TAHUN BELIAU TERUS DIBERI KEPERCAYAAN OLEH SULTAN, BUKAN DISEBABKAN BELIAU MEMEOHON TETAPI KERANA DILANTIK DAN DIBERI KEPERCAYAAN OLEH SULTAN PERAK.

Harussani yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985 berkata, kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuat kuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.

"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan... saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, Isnin.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak. -Mstar

KPS: TANIAH DATO', ANDA ANTARA PEMBELA MELAYU & ISLAM YANG SEBENAR. ANDA MENYANGGAH UMNO BILA UMNO SILAP DAN ANDA JUGA MENYANGGAH PAS BILA PAS SILAP. ANDA BUKANLAH MUFTI UMNO SEPERTI DIDAKWA PIHAK PEMBANGKANG. TERUSKAN TUAN DEMI AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar