Senin, 16 Mei 2011
13: ANTARA ZAHIR & HAKIKAT bahagian 1
13 MEI: ANTARA ZAHIR & HAKIKAT MERUPAKAN SUATU ARTIKEL YANG DIKELUARKAN SEBAGAI TUTORIAL KEPADA GENERASI MASA KINI UNTUK MENJEJAKI SEJARAH NEGARA YANG 'TELAH HILANG'. 'TELAH HILANG' MENGIKUT TAFSIRAN KPS IALAH PERISTIWA INI SEMAKIN JAUH DARI SETIAP HATI KITA. PERLU JELAS, INI BUKAN MITOS. KPS JUGA TIDAK DIHASUT MALAH JAUH SEKALI INGIN MENGHASUT DALAM PENERBITAN PENULISAN TERBARU BERKAITAN KISAH SENSITIF 13 MEI INI. SEGALA YANG TERMAMPU TELAH DIGEMBELING DENGAN KERAS SUPAYA SEGALA FAKTA YANG BENAR DARI SUMBER YANG SAHIH SAHAJA DITERBITKAN DENGAN SEGALA MACAM PENELITIAN YANG DALAM. DENGAN SEMANGAT “KATAKAN YANG HAK WALAUPUN PAHIT”, KPS MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB INI DENGAN PENUH CERMAT DAN HEMAT SECARA HOLISTIK DALAM MENGHUJAHKAN SESUATU FAKTA BERDASARKAN SUDUT PANDANG KPS SENDIRI. AYUH, DENGAN HATI YANG IKHLAS TANPA SEBARANG SYAK WASANGKA, KITA SELIDIKI PUNCA KEPADA TERCETUSNYA 'MALAPETAKA' 13 MEI. KITA MENGENAL PASTI PETUALANG SEBENAR YANG BERTARAF BANGSAT DALAM POLITIK YANG MENJUARAI RUSUHAN INI. KITA PELAJARI APA ITU KESABARAN ADA HADNYA. AKHIR SEKALI KITA SECARA KOLEKTIF(BERSAMA) MELIHAT DALAM 'GELAP' MASIH ADA SUMBU KEMANUSIAN YANG MELEPASI STEREOTAIP SEMPADAN WARNA KULIT, KEPERCAYAAN YANG BERLAINAN, DI SAMPING BAHASA YANG BERMACAM JENIS SEBUTAN DAN BERIBU BENTUK TULISAN. JOM KITA LAYARI PENCARIAN INI.
PERINGATAN: GAMBAR, FAKTA DAN BEBERAPA PERKARA DALAM PENULISAN INI TERDAPAT UNSUR SENSITIF MELIBATKAN PERKAUMAN. NAMUN DEMIKIAN, FAKTA YANG TEPAT PERLU DITUNJUKI DALAM MENGHARUNGI MASA LAMPAU SEBAGAI PEDOMAN MASA HADAPAN.
PADA PANDANGAN KPS, RUSUHAN INI SEBENARNYA BUKANLAH MELIBATKAN KAUM, NAMUN SEJARAH MELIHAT SECARA MAJORITI DAN HUKUMANNYA ADALAH RUSUHAN KAUM. KPS MELIHAT PADA PERSPEKTIF YANG BERBEZA. PERISTIWA INI SEBENARNYA PALING BOLEH DISEBUT SEBAGAI RUSUHAN POLITIK. KENAPA RUSUHAN POLITIK? KERANA IA MELIBATKAN AHLI DAN PARTI POLITIK SECARA KESELURUHAN. SAMA ADA YANG 'MEMBAKAR' ATAU YANG 'TERBAKAR'. KAUM ADALAH BERKECUALI. SEMUA KAUM MENERIMA KECELAKAAN DAN DALAM MASA YANG SAMA JUGA SEMUA KAUM YANG MENCETUSKAN PERBALAHAN. KEBOBROKKAN POLITIK YANG SANGAT KEJAM
SUMBU PEMUSUHAN MULA DIBAKAR:-
KIRA-KIRA 42 TAHUN SUDAH. SUATU JANGKA MASA PANJANG BAGI KERJA MENGHITUNG NAMUN SANGAT SINGKAT BAGI PERJALANAN SEJARAH YANG INFINITI JARAKNYA. PADA MASA ITU, TAHUN 1969, BAKAL BERLANGSUNG PRU BAGI SEBUAH KERAJAAN DEMOKRASI YANG BERDAULAT BAGI MEMILIH KEPIMPINAN NEGARA DARI SUARA MAJORITI RAKYAT BAGI PENGGAL HADAPAN. TIDAK DIKATAKAN PILIHAN RAYA SEKIRANYA TIDAK WUJUD KEMPEN POLITIK. MAKA SELURUH NEGARA TERCETUSLAH SUATU KEMPEN YANG BELUM PERNAH BAHANG PANASNYA SEHINGGA TINGKAT SUHU BEGITU TINGGI. NAMUN SUATU KETAKSUBAN YANG BERTUANKAN SYAITAN TELAH MEMPORAK-PERANDAKAN SEMUA PERTIMBANGAN. KEMPEN PENUH KEJIAN, UMPAT DAN CACI. UMNO TONGGAK UTAMA PERIKATAN TERUK DISERANG. BENAR MELAYU ITU KUAT, YANG BOLEH MEMBUNUH POLITIK MELAYU IALAH ORANG MELAYU SENDIRI. PAS MENUMPUKAN SEGALA SERANGAN KEPADA UMNO DISAMPING MCA DISERANG OLEH PARTI CINA YANG LAIN DENGAN MAHA HEBATNYA. MIC YANG MERUPAKAN RAKAN KETIGA PERIKATAN YANG HANYA MEMPERTARUKAN 3 CALON TIDAK MENERIMA TEMPIAS KERANA PADA PERKIRAAN POLITIK MIC BOLEH TUMBANG DENGAN SENDIRINYA SEKIRANYA UMNO DAN MCA KALAH. KEMPEN PAS YANG MENGGUNAKAN AGAMA TELAH MELEDAKKAN SEGALA TOMAHAN KEPADA UMNO, NAMUN CARA INI TIDAK BERKESAN KEPADA NEGERI DI UTARA KERANA TELAH BERFIKIRAN LEBIH JAUH. LANTAS PAS MULA MEMAINKAN SENTIMEN BANGSA DENGAN SKALA YANG BESAR. TAKTIK PAS MENJADI, SYAK WASANGKA ORANG MELAYU SENDIRI KEPADA UMNO TIDAK DAPAT DIHINDARI LAGI.
TAKTIK PEMBANGKANG:-
MEREKA MENANAM PERASAAN CURIGA DALAM DI ORANG MELAYU DALAM KEMPEN SECARA HALUS KEMPEN ANTI-CINA TERUTAMA DI UTARA PANTAI BARAT. TUNKU(PERDANA MENTERI MASA ITU) DITUDUH PRO-CINA DAN BAKAL MENJUAL NEGARA INI KEPADA KAUM CINA. GAMBAR SEORANG MENTERI KABINET(ENCIK KHIR JOHARI) YANG BERPAKAIAN CINA BERSAMA ISTERI DIJADIKAN DALIL OLEH PAS BAHAWA MENTERI TERSEBUT TELAH MASUK CINA. PERTING DICATAT, MANA MUNGKIN MELAYU BOLEH MASUK CINA KERANA CINA ITU BANGSA DAN BUKAN AGAMA, NAMUN RAMAI YANG TELAH TERPENGARUH PADA MASA ITU.
GAMBAR ITU DIAMBIL SEMASA MENTERI TERSEBUT MELAWAT NEGARA CHINA UNTUK DILETAKKAN PADA KAD UCAPAN HARI RAYA CINA SEBAGAI SIMBOL MUHIBBAH BERJAYA DIMANIPULASI PIHAK PAS. TAKTIK LAIN JUGA IALAH DENGAN MENDAKWA TUNKU SEBAGAI ORANG SIAM DAN BERAGAMA BUDDHA. HARUS DIINGATKAN, BAPA TUNKU MERUPAKAN ARMARHUM SULTAN KEDAH. TUNKU JUGA TELAH KE MEKAH UNTUK MENUNAIKAN HAJI. MALAH, PIHAK PAS JUGA MEMFITNAH TUNKU DENGAN MENYEBARKAN GAMBAR BELIAU MAKAN MENGGUNAKAN CHOPSTIK DALAM MAJLIS MAKAN CINA DENGAN DITAMPAL SATU GAMBAR LAIN IAITU GAMBAR ANAK BABI DI TENGAH-TENGAH MEJA MAKAN PADA MAJLIS ITU. TUNKU TELAH BERSUMPAH DALAM BUKU BELIAU 13 SEBELUM DAN SELEPAS BAHAWA BELIAU TIDAK PERNAH MENJAMU MAKANAN YANG HARAM BAGI UMAT ISLAM. TUNKU JUGA MEMBERITAHU BELIAU TAHU SEORANG AHLI DAP TELAH MEMBERI WANG KEPADA SEORANG AHLI PAS DAN ORANG(TIDAK DISEBUTKAN NAMA) ADALAH AHLI DAP. PAS DAN DAP JUGA BEKERJA SAMA DI SATU PEJABAT DAN TERDAPAT AHLI DAP YANG BERBANGSA CINA MENAMPAL POSTER BAGI PIHAK PAS. DENGAN PARTI CINA YANG LAIN MEMAINKAN SENTIMEN “MALAYSIAN MALAYSIA” UNTUK MENGURANGKAN UNDI MCA DAN MIC, MANAKALA PIHAK PAS PULA MENYERANG UMNO DENGAN SLOGAN “MALAYSIA UNTUK ORANG MELAYU” YANG JELAS TELAH MENARIK ORANG MELAYU KERANA UMNO DALAM PERIKATAN MAHUKAN SEMUA KAUM BUKAN HANYA MELAYU. SLOGAN PAS BERJAYA MEMPENGARUHI ORANG MELAYU. WALAUPUN MENIUPKAN SEMANGAT ANTI KAUM LAIN NAMUM PAS TELAH BERSUBAHAT DENGAN DAP, GERAKAN DAN PPP? SEBUAH AKHBAR HONG KONG, THE STAR TELAH MELAPORKAN BAHAWA TELAH BERLAKU SUATU PENGELUARAN BESAR DUIT DARI BANK SINGAPURA UNTUK AKTIVITI BERKEMPEN DI MALAYSIA. ADA KETERANGAN BAHAWA BANK WANG TERSEBUT TELAH DIBERIKAN KEPADA BEBERAPA PIHAK UNTUK MEMBIAYAI PARTI PAS DI KELANTAN.
KPS: NANTIKAN BAHAGIAN KEDUA, SIAPAKAH PUNYA ANGKARA, SIAPA BUAT PALA AKAN TERDEDAH
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar