Selasa, 24 Mei 2011
KA SIONG & TONY PUA......APA LAGI HANG PA NAK???
NAK PERSOAL APA LAGI KA SIONG, NAK JADI HERO CINA PUN BERPADA LAH. NENEK MOYANG KPS DAN NENEK MOYANG KA SIONG DAH SETUJU DAN DAH ADA TOLAK ANSUR ANATARA KITA DALAM PERLEMBAGAAN. MELAYU DAH BANYAK TOLAK ANSUR. SUDAH-SUDAHLAH KA SIONG. BAIK HANG KELUAR BN SAJA. HANG JANGAN BELAGAK LA KA SIONG OOOOIIIII....
KUALA LUMPUR 24 Jun - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong biadab kerana mempertikaikan hak bumiputera untuk mendapatkan biasiswa.
Menurut Ibrahim, Perkasa sentiasa berdiri di atas kebenaran dan bukannya bermain politik tidak tentu arah.
"Saya berdiri tegak dan tidak akan berganjak atas kenyataan saya terhadap Ketua Pemuda MCA. Kami berada di pihak yang benar dan akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Akhbar The Star pada 16 Jun lalu melaporkan Ka Siong mempersoalkan adakah program biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pelajar bumiputera turut dihentikan seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Beliau mengulas pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa JPA akan menghentikan secara berperingkat-peringkat pemberian biasiswa kepada 1,500 pelajar bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara mulai tahun depan.
Kata Ketua Pemuda MCA itu, jika kerajaan hanya melakukannya kepada biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dipromosikan kerajaan.
Ibrahim mendakwa Ka Siong mempunyai sentimen perkauman tebal apabila mempertikaikan hak bumiputera untuk mendapatkan biasiswa.
Menurutnya, setiap pemimpin perlu mempunyai kredibiliti dan amanah dalam memimpin serta tahap moral yang tinggi kerana pemimpin yang mempunyai masalah kredibiliti tidak akan dipercayai rakyat.
Sementara itu, Naib Presiden Perkasa, Dr. Zubir Harun berkata, Ka Siong perlu meminta maaf kepada seluruh masyarakat bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Isu biasiswa amat sensitif kepada bumiputera terutama masyarakat Melayu kerana kuota biasiswa ini termaktub dalam Perlembagaan negara.
"Orang Melayu menganggap biasiswa adalah satu hak istimewa mereka yang dipersetujui sebagai prasyarat kepada pembinaan negara kita," katanya.
Tambah Zubir lagi, Ka Siong tidak layak memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran kerana menimbulkan isu sensitif iaitu mengungkit Perkara 153 yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Utusan
KPS: HANYA UMNO BENAR-BENAR SEDIA....MCA HARAM....
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar