Minggu, 04 Desember 2011

TRANFORMASI POLITIK YANG LENGKAP DALAM UMNO IALAH DENGAN MENUBUHKAN SAYAP ULAMA'



Tubuh segera Majlis Ulama

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyarankan UMNO supaya segera menubuhkan Majlis Ulama dalam usaha membuktikan parti itu amat relevan dengan perjuangan Islam dan orang Melayu.

Dalam hal itu, Mohd. Asri tidak menolak sekiranya terdapat tawaran untuk melantik beliau sebagai ketua majlis itu jika entiti tersebut benar-benar ditubuhkan pada masa depan.

"UMNO perlu ada Majlis Ulama dan tidak bergantung kepada ulama di dalam kerajaan sahaja supaya suara golongan itu lebih terarah dan ia baik untuk organisasi.

"Yang ini (tawaran) saya serahkan kepada pimpinan UMNO, kalau tidak pegang apa-apa jawatan pun saya tetap penuhi jemputan UMNO. Saya ramai kawan dalam UMNO," katanya ketika melawat bilik operasi Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, wakil-wakil UMNO negeri yang diberi tanggungjawab membahaskan sesuatu usul perlu mengutarakan idea baharu demi memenuhi serta menguruskan harapan rakyat.

Menurutnya, tindakan sesetengah pembahas yang hanya mengulangi jasa UMNO serta Barisan Nasional (BN) dilihat kurang efektif dalam memenangi hati dan minda rakyat.

"Harapan rakyat berbeza mengikut zaman, jadi parti yang paling berjaya adalah parti yang dilihat boleh diharap, kerana harapan generasi muda tidak sama dengan generasi lama. Begitu juga harapan penganut agama lain sudah tentu berbeza dengan harapan penganut Islam," tegasnya.


KPS: UMUN SEGERA SAYAP ULAMA'UMNO UNTUK IMPAK YANG BESAR PRU-13 WAHAI PERDANA MENTERI MALAYSIA....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar