Senin, 12 Desember 2011

DR. HASSAN ALI JADI BOLA DITERAJANG PAS PUSAT DAN PAS SELANGOR


ADA KAWAN KPS TANYA, KPS TULIS KATA DR. HASSAN ALI DISINGKIR JADI CALON, TETAPI PRESIDEN PAS KATA BELUM PUTUSKAN LAGI SOAL CALON. JAWAPAN KPS MUDAH, PERKARA INI SEBENARNYA TELAH DISAHKAN SENDIRI OLEH KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR IAITU SAARI SUNGIB. KATA MAMAT PENERANGAN PAS SELANGOR TERSEBUT BAHAWA DR. HASSAN ALI TIDAK MENERIMA PENCALONAN YANG CUKUP DAN PAS HANYA MAHU CALON TEMPATAN. KALAU IKUTKAN KENYATAAN KEPALA PENERANGAN PAS SELANGOR TERSEBUT MEMANG PENIPU. PAS SEBENARNYA BANYAK MENGGUNAKAN CALON LUAR, APAKAH TAHAP BAGHALNYA SI MAMAT KEPALA PENERANGAN PAS SELANGOR TERSEBUT. KPS NASIHATKAN, JANGAN TERTIPU DENGAN PUTAR ALAM hamPAS.

KREDIT KEPADA DR. HASSAN ALI KERANA MENGUNGKAPKAN PERKATAAN " SAYA TIDAK MENGHARAP PENGIKTIRAFAN PAS SELANGOR, PRESIDEN PAS, TETAPI SAYA MAHU PENGIKTIRAFAN ALLAH" DAN BELIAU JUGA MEMBERI AMARAN KEPADA PAS SELANGOR SUPAYA TIDAK MENDAHULUI PAS PUSAT DALAM SOAL CALON. DR. HASSAN ALI JUGA MENGATAKAN SUKAR UNTUK MENINGGALKAN PAS BEGITU SAHAJA SETELAH LAMA BERSAMA PAS. TETAPI RIAK KATA BELIAU ADA TERSIMPAN PERKARA TERSEBUT DALAM HATI BELIAU.


Pas nafi Hasan digugurkan

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan

SHAH ALAM 11 Dis. – Pas menafikan dakwaan kemungkinan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan tersebut nyata tidak benar kerana pihaknya masih belum berbincang mengenai soal calon untuk mewakili Pas pada PRU-13 nanti.

Katanya, soal calon itu hanya boleh disahkan selepas proses penamaan calon diadakan memandangkan tidak ada siapa yang tahu bila PRU-13 akan diadakan.

“Tak betul... tak betul... itu cakap surat khabar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan risalah Negara Berkebajikan: Tawaran Pas di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Mingguan Malaysia hari ini memetik sumber sebagai berkata, Hasan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia itu telah ‘disingkirkan’ oleh Pas Selangor dan pada masa sama pengguguran tersebut telah mendapat restu daripada Pas pusat.

Selain itu, Mingguan Malaysia turut melaporkan Pas Pusat juga akan menggugurkan beberapa pemimpin Pas lain termasuk bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dikenali sebafgai Erdogan.

Berita mengenai pengguguran Hasan itu telah diperkatakan sejak kebelakangan ini, malah Jumaat lalu, sebuah portal berita propembangkang ada melaporkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib bahawa Hasan berkemungkinan besar akan digugurkan sebagai calon parti itu pada PRU-13.

Sementara itu, Hasan dijangka mengadakan sidang akhbar di kediaman beliau di Kuala Lumpur, esok bagi mengulas isu berkenaan.


KPS: SEMOGA DR. HASSAN ALI MUFARAKAH DARI PAS PADA PRU-13 NANTI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar