MB KEDAH @ SERBA TAK TAU DI IJN
ebih 10,000 pemilik dusun buah-buahan di daerah Padang Terap kecewa dengan kerajaan negeri Kedah yang didakwa gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.
Seorang pemilik dusun, Abdul Fatah Ahmad, 50, berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.
“Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.
“Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak,” katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari ini.
Abdul Fatah, yang juga bekas anggota Pas, berkata, mereka berasa tertipu dengan janji yang ditaburkan kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerugian antara RM1,000 hingga RM3,000 kerana tidak dapat menjual hasil pertanian seperti biasa.
Mizan Ahmad, 45, pula berkata, rambutan di dusunnya terbiar begitu sahaja dan tidak lagi mempunyai nilai di pasaran ekoran terlalu masak dan tidak enak dimakan. — BERNAMA.
Posted by Azrinizam Ibrahim at 7:43 AM
KPS : KEDAH MAKIN SENGSARA, MB BILA NAK BERSARA?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar