Sabtu, 20 Agustus 2011

BILA ALI SETAN KATA "MELAYU BODOH" DAN "MELAYU TIADA TELUR" APAKAH ALI SETAN YANG MELAYU ITU BODOH DAN TIADA TELUR ?

MASJID PADA KPS ADALAH SEBAGAI TEMPAT UNTUK SELURUH UMAT ISLAM BERSATU DAN BERTEMU UNTUK SECARA BERSAMA BERSUJUD KE ARAH KIBLAT YANG SATU TANPA MENGIRA APA JUA IDEOLOGI POLITIK. MASJID JUGA BERFUNGSI DENGAN PELBAGAI LAGI FUNGSI SEMATA-MATA UNTUK MENYATUKAN UMAT ISLAM.

KPS INGIN MENGAJAK KITA MELIHAT DI LUAR NEGARA, PALING TIDAK NEGARA JIRAN THAILAND DI BAHAGIAN SELATANNYA. MASJID DISERANG KETIKA JEMAAH SEDANG SOLAT. DI ASIA BARAT, MASJID DIBOM KERANA BERBEZA MAZHAB. PERSOALANNYA KINI APAKAH ADA PIHAK INGIN PERKARA SAMA BERLAKU DI MALAYSIA. DI MALAYSIA MASJID SUDAH MENJADI HAK SEBUAH PARTI. MASJID YANG SEPATUTNYA MENJADI TEMPAT BERKUMPUL UMAT TELAH MENJADI BERPUAK-PUAK. KALAU ANDA ADA KELAPANGAN SILA KE POKOK SENA DAN KITA AKAN TERPANDANG SUATU BANGUNAN. MASJID ATAU SURAU KPS TIDAK PASTI NAMUN YANG PASTI AKAN ADA LAKARAN GAMBAR BENDERA SEBUAH PARTI YANG BESAR. DI KULIM, KAWASAN KPS, ACAP KALI KHUTBAH ADA SAJA BERBAU POLITIK. ITU KPS GELARKAN KHUTBAH POLITIK BUKAN LAGI KHUTBAH JUMAAT. SETIAP JUMAAT KEPADA SESIAPA YANG INGIN RISALAH DARI PEMBANGKANG BERUPA BUKU JINGGA ATAU BANYAK LAGI MAKIAN KEPADA KERAJAAN SILA KE MASJID DI SEKITAR KULIM. DIFAHAMKAN KAWASAN LAIN PUN BANYAK. ADA KHATIB YANG KHUTBAH MEMJERIT MENGATAKAN JEMAAH SEBAGAI BODOH. ADA YANG MELALAK ITU HARAM, INI SALAH MACAM DIA SAJA YANG BETUL.

KPS PERNAH SEMBAHYANG DI BANYAK MASJID. ITULAH YANG DISURUH OLEH NENEK SEBELAH AYAH KPS. SEMBAHYANG DI BAYAK MASJID BAIK KERANA MASJID TU BOLEH JADI SAKSI KITA DI AKHIRAT NANTI. KPS PERNAH LIHAT SEORANG ANAK KECIL TERPAKSA SOLAT DI TEMPAT MELETAKKAN KASUT. ANAK KECIL ITU MENOLAK KASUT HINGGA MEWUJUDKAN RUANG UNTUK DIA BERSOLAT. NAMUM BEGITU, ADA JUGA ANAK KECIL YANG SIAP SEDIA MENUNGGU DI DEPAN PINTU MASJID(TIDAK DAPAT DIPASTIKAN SOLAT ATAU TIDAK) UNTUK MENGEDARKAN RISALAH POLITIK PEMBANGKANG.

AJK MASJID YANG SERING MEMBENARKAN MASJID SEBAGAI TEMPAT BERPOLITIK SEBENARNYA TIDAK LANGSUNG MENGENDAHKAN ORANG MUDA YANG HANYA DATANG KE MASJID SINGGAH DI BAWAH POKOK. ANAK-ANAK KECIK MENJADIKAN SAMPAH RISALAH POLITIK SEBAGAI SAMPAH DI SEKELILING MASJID. JABATAN AGAMA ISLAM DAERAH YANG HANYA DIPISAHKAN DENGAN JARAK SATU JALAN RAYA DAN KUBUR HANYA DIAM BAK SYAITAN BISU. ADA SURAU YANG SANGGUP MENGGANTUNG POSTER SEORANG CINA KERANA TUNTUTAN POLITIK. BILA KPS MENEGUR HABIS KETURUNAN KPS DIKAFIRKAN. INI FAKTA BUKAN PEMBOHONGAN. KPS BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG KPS HUJAHKAN.

APAKAH PIHAK-PIHAK INI TIDAK TAHU APA YANG DIAMANAHKAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH KELAK ?

PADA HARI INI ADA PULA CERITA DALAM AKHBAR BERKAITAN SEORANG BEKAS PELAKON MEMBERI CERAMAH BERUNSUR MENGHASUT KEPADA KERAJAAN DAN YANG-DI PERTUAN AGONG. DALAM PADA ITU JUGA BELIAU TELAH BERKASAR DENGAN SEORANG TUA YANG MENEGUR BELIAU. APAKAH PELAKON INI INGIN MENJADI TUHAN ? KALAU NAK MENEGUR PUN ADA ADABNYA BUKAN LAKUKAN PERANGAI MACAM SETAN. KALAU POK NIK KATA BOLEH KAWAN DENGAN SETAN(DAP) BERBANDING SAUDARA SEISLAM(UMNO) LELAKI YANG PERNAH DIPANGGIL "SETAN" INI PUN SUDAH SEBARIS DAN MAKAMNYA SETARA DENGAN POK NIK.





PETIKAN UTUSAN MALAYSIA
Azmil didakwa hina Yang di-Pertuan Agong, kafirkan kerajaan

SUBANG JAYA 19 Ogos - Pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustapha didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem yang diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah kepada hampir 300 jemaah Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini malam tadi.

Azmil, 59, yang dijemput menyampaikan tazkirah untuk selama 15 minit sebelum solat tarawih turut didakwa menggunakan kesempatan tersebut untuk menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong.

Namun dalam ceramah yang berlarutan selama lebih satu jam itu, Azmil juga menghina Yang di-Pertuan Agong serta beberapa sultan lain.

Bilal Masjid An-Nur, Mohd. Sani Nasib berkata, penduduk pada awalnya ternanti-nanti pelakon yang terkenal dengan watak Ali Setan itu untuk menyampaikan tazkirah.

Menurutnya, Azmil bagaimanapun memberikan ceramah berbaur politik dari pukul 9.30 hingga 10.30 malam dan tindakan itu telah mengganggu waktu solat tarawih.

"Semasa Azmil mengutuk dan mengkafirkan kerajaan termasuk sistem yang digunakan, terdapat sebahagian besar jemaah meninggalkan masjid dan ketika itu juga seorang penduduk yang dikenali sebagai Keman, 70-an, bangun menyoal tindakan Azmil.

"Azmil kemudian memalukan Keman dengan mengatakan amal ibadat, zakat dan haji yang dilakukannya tidak akan diterima Allah kerana menyoalnya. Sebagai orang tua, Keman yang enggan bergaduh kemudian meninggalkan masjid," katanya.

Mohd. Sani berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Baru Subang di sini, pukul 11.30 pagi ini.

Tambahnya, dalam ceramah itu, Azmil turut menjerit dengan mengatakan 'Melayu bodoh' dan 'Melayu tiada telur' beberapa kali kerana menyokong kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sebelum ini penceramah bebas yang hadir pernah menyampaikan ceramah berbaur politik namun tidak sekeras Azmil.

"Kali ini kami tidak tahan lagi dengan penceramah bebas yang hanya mahu bercakap soal politik sedangkan masjid adalah tempat menyatukan orang Islam.

"Sebab itu, laporan polis dibuat supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dan ia mungkin boleh memberikan pengajaran kepada penceramah lain," jelasnya.

PETIKAN BERITA HARIAN

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
'Ali Setan' didakwa hasut kariah
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2011/08/20
Azmil Mustapha
Azmil Mustapha
Pemuda UMNO Subang buat laporan polis isu ceramah benci kerajaan

SUBANG: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Subang dan penduduk Kampung Melayu Subang, semalam membuat laporan polis terhadap penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ yang didakwa menyampaikan ceramah menghasut penduduk membenci kerajaan di Masjid An Nur, di sini, malam kelmarin.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang kira-kira jam 12 tengah hari semalam oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Zulfakar Ali dan salah seorang penduduk yang mendengar ceramah berkenaan, Mohd Shafie Nasip.
Dalam ceramah yang berlangsung hampir satu jam sebelum solat tarawih di hadapan kira-kira 300 jemaah masjid, Azmil dikatakan menuduh kerajaan tidak beragama serta sistem pendidikan yang sedia ada kini mengikut acuan kafir.

Malah, Azmil turut mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’ berulang kali menyebabkan lebih 30 jemaah bertindak keluar daripada masjid berkenaan tanpa sempat menunaikan solat tarawih.

Mohd Shafie, 48, berkata tujuan Azmil dijemput ke masjid berkenaan untuk memberi tazkirah selepas majlis tahlil diadakan, bagaimanapun beliau mengambil kesempatan itu dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap pentadbiran negara.

“Lebih mengejutkan, Azmil menjelaskan kepada jemaah supaya tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya patuh kepada ajaran Allah. Malah, dia juga mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Paderi Kristian, Paul Pope serta mendakwa Dasar Ekonomi Baru itu sebagai dasar ekonomi bodoh.
“Selepas hampir 20 minit berceramah, salah seorang jemaah yang tidak berpuas hati bangun bertanyakan sama ada Azmil mahu menyampaikan ceramah politik atau agama, namun pertanyaan jemaah itu tidak dipedulikan sebaliknya
terus melemparkan tuduhan sebelum jemaah terbabit bertindak keluar.

“Sebaik melihat jemaah berkenaan meninggalkan masjid itu, Azmil terus melaungkan kepada jemaah lain bahawa segala ibadat menunaikan haji, membayar zakat yang dilakukan jemaah terbabit adalah sia-sia,” katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Shafie meminta polis menjalankan siasatan terhadap penceramah bebas itu kerana menggunakan tempat ibadat untuk menyampaikan ceramah politik.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, turut meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat perkara itu kerana tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh memecah-belah masyarakat.

Sementara itu, Azmil ketika dihubungi berkata, beliau tidak berniat langsung untuk memberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik di negara ini.

“Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan,” katanya sambil menyifatkan laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan penduduk kampung yang mendakwa beliau menghasut itu tidak berasas sama sekali.

KPS : MASJID UNTUK BERSATU BUKAN UNTUK BERPECAH.

3 komentar:

  1. Jadilah spt YUSOF ISLAM ATAU CAT STEVE..x pernah menghina org lain setelah masuk Islam malahan lbh beretika dan berprinsip menarik org lain masuk Islam..AZMIL ni berguru dgn sapa la pulak...terus jd extreme..seolah2 org lain smua masuk neraka..masyallah..

    BalasHapus
  2. bila seseorang tu tiba2 jer memakai serban,berjubah dan berjangut serta lebih2 lg di panggil ustaz maka dia ada power menentukan segalanya..org lain ta bole pertikaikan..itu lah ajaran islam baru yg sedang di gunapakai d malaysia..dr mana dia menuntut kita tiada hak utk bertanya dan sapa mereka sebenarnya tidak boleh d persoalkan ,ikut saja mcm lembu kena cucuk idung..

    BalasHapus
  3. nabi pun x pernah mengkafirkan umat...tapi si "ali setan" ni lebih-lebih pulak

    BalasHapus