Selasa, 09 Agustus 2011

MB PASIR......DULU "SELANGORKU"....SEKARANG "GEREJAKU"


SENARAI NAMA YANG UMAT ISLAM YANG INGIN DIMURTADKAN.......SEPERTI DI BAWAH




Kerajaan Selangor tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat tidak amanah dan bertanggungjawab apabila gagal mengeluarkan sebarang kenyataan khusus mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan Selangor supaya menyatakan secara jelas sama ada benar terdapat usaha tertentu untuk memurtadkan penganut Islam di negeri tersebut sehingga membawa kepada pemeriksaan JAIS ke gereja berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, penjelasan Kerajaan PKR Selangor mengenai insiden itu perlu dikeluarkan segera dalam usaha mengurangkan ketegangan di antara penganut Islam dan Kristian di negara ini berikutan kejadian itu.

"Kita desak kerajaan Selangor jangan berselindung di belakang JAIS, jangan tunggu sahaja laporan itu siap, keluarkan kenyataan dengan jelas agar kita fahami apa yang berlaku.

"Dan ini bukan cara mentadbir negeri, kalau kita mahu jaga sensitiviti dan pastikan orang tidak marah, kita akan cuba menyelesaikan masalah itu dengan cepat dan bukan tutup masalah tanpa menyelesaikannya atau lari daripada masalah.

"Inilah (Tan Sri Abdul) Khalid, Menteri Besar Selangor, dia tidak berani tampil dengan kebenaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan dan Kempen Kibar Jalur gemilang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam di sini, hari ini.

Khairy mengulas tindakan Kerajaan PKR Selangor yang sehingga kini tidak menjelaskan kepada umum mengenai tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian ke atas penganut Islam malam Rabu lalu.

Selain dilihat mengambil jalan selamat, Abdul Khalid turut mengarahkan kesemua exco Selangor supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut walaupun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mempertahankan tindakan JAIS berkenaan.

KPS : MB PASIAQ MEMANG BACUL AGAMA DEMI KUASA DUNIA......BLAH LA LU

Tidak ada komentar:

Posting Komentar