Selasa, 09 Agustus 2011

PENTAKSUB PAS MEMBAWA BENCANA


PASIR PUTEH 3 April – Pengikut Pas yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam UMNO dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.

"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.

"Pada fahaman saya, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya.

Aziz membuat pendedahan tersebut pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Gong Tinggi dekat sini malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Aziz mendakwa, akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas dia tidak pernah menunaikan solat Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sanggup ke masjid lain yang dikenal pasti diimamkan oleh penyokong kuat Pas atau solat di rumah berimamkan siaran langsung di radio.

"Semua ini dilakukan kerana terlalu setia kepada perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya.

"Kini saya sedar perbuatan itu adalah salah dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Saya sudah bertaubat dan meminta ianya tidak menjadi ikutan orang lain terutama penyokong Pas yang masih taksub terhadap parti itu," akuinya.

Aziz mendakwa, fahaman yang disebarkan oleh penceramah Pas lazimnya menjadi amalan penyokong akar umbi yang kurang mendalam ilmu agama mereka sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Mereka (penceramah Pas) tidak boleh menafikan perkara ini kerana saya adalah salah seorang penyokong yang taksub dan berbuat demikian semata-mata kerana terlalu setia terhadap perjuangan parti itu sebelum ini," dakwanya.



Pada Ee inilah pengakuan yang benar-benar iklas dari mereka yang telah sedar akan segala kesilapan yang lampau.Tanpa merasa takut mengakui segala kesilapannya.Dimanakah keiklasan PAS dalam memperjuangkan Islam sehingga sanggup memecahbelahkan sesama Islam dengan mengeluarkan segala fatwa yang songsang.Apakah pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong taksubnya akan sanggup menanggung segala dosa apa yang telah mereka lakukan.Aziz mendakwa, akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas dia tidak pernah menunaikan solat Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sanggup ke masjid lain yang dikenal pasti diimamkan oleh penyokong kuat Pas atau solat di rumah berimamkan siaran langsung di radio.Siapa yang harus dipersalahkan dalam soal ini jika bukan pemimpin2 PAS yang mengunakan agama hanya sekadar untuk kuasa..Memalukan..



Kekuatan UMNO/BN nyata semakin kuat dan mantap selepas melalui beberapa PRK yang diatakan baru2 ini. Sokongan dan keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN sudah kembali pulih. Rakyat telah memberi penilaian yang tepat terhadap parti lawan iaitu PAS, PKR dan DAP.



Walaupun kita perhatikan bahawa kaum cina masih lagi kuat menyokong DAP harapan mereka untuk berkuasa memang semakin tipis. Kekuatan DAP terserlah ketika mendapat sokongan dari PAS dan PKR. Hari ini kaum Melayu/islam semakin sedar tindak tanduk dan tipu muslihat DAP. Melayu/islam yang menyokong PAS dan PKR semakin ramai kembali menyokong UMNO.



Melayu/islam menolak PAS kerana kesanggupan parti itu bersengkokol dengan DAP. Melayu/islam memang anti DAP. Jika pemimpin2 PAS harus sedar bahawa Lim Kit Siang dan Karpal cuma menyokong PAS dan bukan menyokong perjuangan PAS untuk menegak kan islam.



Pada pandangan dan pendapat Ee dulu bolehlah, orang kenal PAS sebab imej Islam dan hukum hudud yang konon-konon mau dilaksanakannya kalau merasa memerintah Malaysia ini. Untuk menguatkan imej ini, pemimpin PAS semua berpakaian ikut sunnah, janggut dan apa segala, cakap pun ada selit-selit arab bagi nak menunjuk dirinya itu memperjuangkan Islam. Tapi sejak imej Islam dan hudud dan dibuang jauh-jauh demi memberi ruang untuk berkasih sayang dengan DAP, PAS banyak diberi peranan untuk mencantikkan imej DAP di kalangan orang Islam yang majoritinya melayu ini.Apa yang Ee nampak selama hari ini DAP tak berusaha pun untuk mendapat populariti dikalangan orang melayu tapi sebab sekarang DAP nampak ada peluang lebih cerah untuk ke Putrajaya berbanding dulu, maka peluang memperbodohkan PAS ini digunakan sebaik mungkin.



Bagi menunjukkan ketaatan kepada DAP, semua sumber PAS daripada blogger sampai ke lidah pembelit rasminya, Harakah digunakan untuk memperbaiki imej DAP dimata orang Islam. Soal DAP dulu dan masih lagi tentang hudud, sudah dilupakan pemimpin PAS, sebaliknya semua tumpuan diberikan kepada mencantikkan imej DAP dimata masyarakat Islam. Contohnya Harakah hari ini cuba memutar belit fakta bahawa DAP menerusi Penasihatnya Lim Kit Siang memberi jaminan kuasa dan hak keistimewaan orang melayu tidak akan hilang jika Pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini. Kit Siang dipetik sebagai berkata:-

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan hilang jika Pakatan Rakyat berkuasa nanti.



"Tapi kuasa UMNO yang hilang dan ini amat menakutkan Tun Mahathir serta pemimpin UMNO BN",ujarnya lagi.Lim menegaskan DAP menerima Perlembagaan Persekutuan dan Hak-hak orang Melayu yang menjadi dasar dan asas Pakatan Rakyat.



Pada pendapat Ee memang sesuai dengan latar belakangnya sebagai peguam, permainan kata-kata ini memang kemahiran Kit Siang.Ee rasa ramai rakyat negara ini masih ingat tidak berapa lama dulu Karpal Singh persoal berapa lama Kerajaan nak kekalkan hak istimewa orang melayu, hari ini Kit Siang kata nak jamin hak tersebut.Ee dapat rasakan bahawa ramai orang tidak bersetuju dengan hudud yang dicadang untuk dilaksanakan oleh PAS tapi tidaklah sampai ke tahap suruh langkah mayat macam DAP. Dia ingat kita bodoh dan pelupa, PAS memang bodoh tapi bukan semua bodoh seperti PAS.



DAP memang sejak azali diketahui sebagai parti yang anti melayu, anti Islam dan anti Raja. Menyambung perjuangan Lee Kuan Yew selepas Singapura berpisah dengan Malaysia, DAP meneruskan dasar Malaysian Malaysia ciptaan Lee Kuan Yew yang antara lain menuntut hak kesamarataan antara semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa..pada pendengaran mereka yang bodoh dan bangang bunyi yang sedap tapi sebenarnya penuh tipu muslihat. Sebagai bekas Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew, Kit Siang memang orang yang sesuai untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysia dan sosialis DAP seperti yang terkandung dalam Pengisytiharan Setapak 1967 (Kongress Pertama DAP).Kalau kita lihat Singapura hari ini, apa yang sama rata? Cina Tanah Besar diimport dengan jumlah yang banyak, Melayu Singapura dihalau secara sistematik ke Indonesia ataupun Malaysia. Kita bandingkan Singapura sebab itulah nanti model kerajaan yang bakal ditiru DAP jika pakatan pembangkang berjaya memerintah.



Pada pendapat Ee macam mana Kit Siang kata DAP akan sokong hak keistimewaan orang melayu kalau Pakatan Rakyat memerintah? ..hehehe.. Pakatan Rakyat itu sendiri hanya ada pada nama, tiada apa yang rasmi mengenainya, semua pilihanraya kecil yang diadakan pasca penubuhan Pakatan Rakyat, menunjukkan komponen pembangkang ini masih bertanding atas lambang masing-masing.Jangan nak temberang dengan rakyat masih ada nilai ke Perjanjian Bersama Pakatan Rakyat yang terkandung di dalamnya fasal memelihara hak keistimewaan melayu itu? Yang kita nampak Pakatan Rakyat tidak boleh dirasmikan sebagai parti induk DAP kerana amat sukar baginya nak bersoal jawab dengan orang cina nanti. Selama hari ini, itulah modal DAP untuk terus mendapat tempat dalam politik Malaysia pun... modal perkauman.



Pada Ee semua ini bukti Kit Siang berbohong mengenai mengekalkan hak keistimewaan melayu jika DAP memerintah seperti yang dipetik Harakah. Tapi yang paling Ee sedih ialah, dengan begitu banyak fakta yang menunjukkan DAP ini anti melayu, raja dan Islam, PAS masih sanggup jadikan dirinya alat untuk melindungi DAP. Bila DAP Pulau Pinang guna duit judi untuk bayar bantuan kepada orang susah dan warga emas, PAS akan kedepan mempertahankan DAP menggunakan segala hadis dan sunnah untuk menghalalkan tindakan itu. Bila cina DAP masuk sampai ke tengah masjid memberikan tazkirah dengan tidak bersopannya dan diragui kebersihannya, PAS juga akan kedepan mempertahankan DAP dengan kisah sirah Nabinya yang betul-betul melencong daripada isu yang dipertikaikan.Memalukan..



Pada Ee begitu banyak contoh lagi bagaimana PAS digunakan untuk mempertahankan DAP dalam isu berkaitan Islam.Masih Ee ingat bila Ustaz Ronnie Liu jatuh hukum beer tidak haram kerana kandungan alkoholnya rendah, pemimpin-pemimpin besar PAS diam tidak berkata apa.Ee juga masih ingat bagaimana Nizar pula sanggup gadai akidahnya dengan terhangguk-hangguk sambil memegang lilin di hadapan gambar mendiang Teoh Beng Hock, begitulah murahnya nilai PAS disebalik dentam dentumnya mengenai Islam.



Dalam kita berhadapan dengan agenda jahat lagi tersembunyi DAP, jangan kita lupa bahawa cabaran sebenarnya ialah golongan yang sanggup diperkudakan DAP untuk mengelirukan masyarakat Islam di Malaysia. Itu lebih bahaya sebab orang-orang ini berada di kalangan masyarakat Islam ibarat musuh dalam selimut, tak macam pemimpin DAP yang rata-rata cina itu.Ee pernah mendengar cerita dari seorang kawan yang mendengar tazkirah Ramadhan oleh seorang pensyarah UIA merangkap penceramah PAS yang mempertahankan kenyataan Karpal Singh mengenai hudud tidak mampu menyelesaikan masalah keruntuhan moral dan pembuangan bayi, katanya dari sudut ilmiah, Karpal Singh bijak kerana percaya ada cara lain untuk menangani masalah moral remaja hari ini yang lebih baik dari hudud!!..pada pendapat Ee yang dangkal ini statement macam ini boleh menyebabkan pensyarah UIA ini jatuh kafir sebab menyokong sesuatu yang lebih baik dari Islam pada Ee dia tidak yakin dengan Islam.



Pada pendapat Ee sekarang ini tidak kira siapa pun identiti musuh Islam samada kafir DAP laknatullah atau India Hindraf mahupun golongan golongan Melayu Islam Khawarij PAS dan PKR.Dalam kita melindungi Islam jangan takut dilabelkan sebagai Perkauman sebab Allah masih membezakan antara Muslim dan bukan muslim.



Para pemimpin PAS dan Penyokong bangang alias tololnya suka mengunakan contoh golongan Para Sahabat yang bukan Arab dalam agenda Khawarij mereka tetapi jangan tertipu mana boleh disamakan status Bilal Bin Rabah r.a atau Salman Al Farisi r.a dengan LIM Guan Eng,Karpal,Elizabet Wong ?..Mereka bukan Islam dan tidak ada sebesar kuku pun kelayakan mereka untuk dibandingkan dengan pemimpin golongan Para Sahabat.Fikirkanlah.



Pada Ee kita tak bolih pertahankan hak2 Melayu kerana akan dituduh bersifat perkauman.Ee nak ajak rakyat merenung seketika kat Thailand tak ada pun sekolah Cina dan sama macam Indonesia. PAS bermatian menyokong DAP pun hanya disebabkan gila kuasa.



Ee dapat rasakan yang PKR dan sudah hilang arah. Pengikut nya pun dah pening kepala nak 'pusing' ikut mana sekarang ini.Pada Ee mari kita hapuskan saja PAKATAN yang tak berguna pada PRU 13 kelak. Mereka ni hanya membawa mala-petaka. Mereka ni dah kira macam agent-agent yahudi nih. Org luar sana memang dah lama nak control Malaysia. Nasib baik Malaysia ada pemimpin bijak dari kalangan pemimpin2 yang berjiwa Petriotik. Kalau Anwar si songsang tu jadi PM, alamatnya jahanam lah negara ni..



Ee merasakan telah jelas asas perjuangan PAS hari ini telah jauh lari dari perjuangan asal mereka. Perjuangan untuk mendaulatkan agama dan bangsa tidak lagi menjadi keutamaan sebaliknya semua usaha ditumpukan untuk mendapatkan kuasa pemerintahan di dalam PRU 13 nanti supaya Anwar jadi PM sekalipun usaha ini adalah dengan cara membuat jualan murah terhadap kepentingan agama dan bangsa sendiri. Fatwa dan hukum agama akan diputar belitkan supaya apa sahaja tindakan big brother DAP akan dilihat sentiasa betul dan benar di mata masyarakat Melayu dan Islam dan dengan demikian sokongan terhadap Pakatan Rakyat akan sentiasa kekal dan terus meningkat.



Ee terfikir bahawa ini mungkin hanyalah strategi politik PAS di dalam usaha mereka untuk menjatuhkan BN di dalam PRU13 nanti dan setelah mendapat kuasa nanti mereka akan kembali kepada perjuangan asal mereka termasuklah melaksanakan hukum hudud dan sebagainya. Kalau betullah seperti apa yang saya fikirkan ini maka saya katakan ini adalah satu strategi politik yang bodoh dan salah kerana PAS perlu sedar bahawa parti big brother DAP bukanlah sebuah parti yang bodoh melainkan sebuah parti yang cukup bijak dan penuh tipu muslihat. Kepada para penyokong dan pendokong PAS dan juga tentunya kepada Melayu/Islam PKR ) andaikata anda masih lagi ada rasa cinta dan sayangkan agama dan bangsa anda pilihan terbaik yang anda boleh lakukan adalah jangan lagi mengundi calon-calon dari parti di bawah Pakatan Rakyat.



Pada pendapat Ee inilah satu-satunya cara bagi anda untuk mengajar dan menghukum pemimpin – pemimpin Melayu/Islam di dalam Pakatan Rakyat yang sudah semakin hilang arah dan haluan dik kerana kemaruk kuasa dan kesenangan dunia. Dulu ada pemimpin PAS yang kata UMNO menjual kepentingan agama dan bangsa kepada bukan Melayu/Islam demi mendapatkan kuasa memerintah tetapi hari ini kita semua lihat semakin ramai pemimpin PAS yang bukan sahaja memperjudikan kepentingan bangsa dan agama malah sudah sampai ke tahap membuat lelongan murah pulak.Kalau dulu duit derma atau sumbangan dari hasil judi hukumnya adalah haram maka hari ini hukumnya adalah halal kepada mereka. Dalilnya kerajaan persekutuan pun kutip cukai dari syarikat judi dan pengeluar arak dan wang ini digunakan untuk membayar pula gaji kakitangan kerajaan. Kalau kerajaan persekutuan atau kerajaan BN boleh buat maka kerajaan PAS pun boleh buat lebih lagi.Inilah munafiknya pemimpin2 PAS..Fikirkalah demi agama bangsa dan negara..Jangan ikut segala hasutan Syaitan Dajjal yang bertopengkan agama menyerupai cerdik pandai agama dalam PAS tapi kosong sekosong bendera PAS yang telah dikoyak rabakan oleh Rocket DAPlaknatullah..Bertaubatlah!.. kembalilah kepangkal jalan bersama kita menyokong 1 Malaysia

KPS : PAS ITU SESAT BERLEPASLAH KITA DARI PAS...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar