Rabu, 24 Agustus 2011

KAMI ORANG MALAYSIA TAK MAU JADI MACAM UMAT NABI LUT.....KATAKAN TIDAK KEPADA PERKAHWINAN SEJENIS...




Perkahwinan paderi gay dikecam

Oleh OOI CHOON JOO
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Beberapa pemimpin agama hari ini mengecam keputusan paderi gay warga Malaysia yang tetap mahu berkahwin dengan teman lelakinya dan melangsungkan majlis resepsi mengikut budaya Cina di negara ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, pihak berkuasa perlu menghalang majlis perkahwinan itu daripada diadakan di negara ini dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Kita jangan biarkan perkara ini berlaku kerana perkahwinan itu nyata bertentangan dengan tabii manusia dan ajaran agama.

“Sekiranya majlis perkahwinan itu diadakan di negara ini maka ia seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat kita menerima perkahwinan sejenis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pendirian paderi gay, Ou Yang Wen Feng, 41, yang berkeras untuk meneruskan perkahwinannya dengan seorang lelaki Afrika-Amerika di New York, Amerika Syarikat pada 31 Ogos ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Hindu Sangam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Chandiran Periasamy berkata, sekatan perlu dilakukan oleh pihak berkuasa supaya majlis perkahwinan itu tidak diadakan.

“Perkahwinan ini memang bukan budaya kita dan perlu dihalang oleh kerajaan kerana kita bukan negara Barat.

“Lagipun, perkahwinan sebegini tidak pernah berlaku di negara ini dan ia bakal mencipta sejarah baru sekiranya diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslim Malaysia, Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya memang tidak bersetuju dan menolak sekeras-kerasnya rancangan paderi itu untuk mengadakan majlis perkahwinan di negara ini.

“Kalau kita benarkan majlis itu diadakan maka ia menunjukkan bahawa masyarakat kita telah mengiktiraf perkahwinan tersebut.

“Kita memang menolak majlis perkahwinan itu yang jelas telah melanggar prinsip agama dan kemanusiaan,” ujarnya.

Penghinaan terbesar terhadap rakyat – Mashitah

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Tindakan paderi gay warga Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng yang tetap berdegil untuk meneruskan rancangan berkahwin dengan kekasihnya serta memilih tarikh 31 Ogos ini untuk berbuat demikian disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap rakyat negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, hasrat paderi gay tersebut mencabar norma agama dan budaya yang diamalkan masyarakat perlu dipadamkan segera melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

“Hubungan di luar tabii adalah sesuatu yang bercanggah dengan semua agama di dunia, lebih-lebih lagi orang Timur seperti kita ini dikenali dengan budi bahasa dan nilai budaya yang tinggi.

“Saya juga percaya dia (Wen Feng) sebenarnya tidak mengamalkan ajaran Kristian yang sebenar kerana agama tersebut sendiri menentang sekeras-kerasnya gejala songsang ini. Adakah dia layak digelar pastor meskipun gaya hidupnya bertentangan dengan agama Kristian?” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Jelas Mashitah, kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus bertindak bagi memastikan cadangan paderi tersebut meraikan perkahwinan gay di negara ini tidak menjadi kenyataan.

“Saya berharap segala anasir yang cuba dipromosikan oleh segelintir pihak bagi menguji keutuhan akhlak rakyat negara ini dapat ditangani dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak,” ujarnya.

KPS: TENTANG WALAUPUN DENGAN DARAH KEPADA PERKAHWINAN SEJENIS

Tidak ada komentar:

Posting Komentar