Jumat, 19 Agustus 2011

CIKGU SEKOLAH RENDAH KPS MASUK PAPER..................SIAPAKAH DIA????


DI ATAS ADALAH KETUA PEMUDA UMNO PADANG SERAI....MENGIKUT FAKTA KPS ADALAH BERADA DALAM PARLIMEN PADANG SERAI DAN DUN ADALAH LUNAS.....DAN MENGIKUT FAKTA JUGA KETUA PEMUDA UMNO DI ATAS ADALAH GURU SEKOLAH KPS SEMASA DI SEKOLAH RENDAH DULU....TERBAIK CIKGU......

KULIM 17 Ogos - Sempena Ramadan ini banyak pihak yang mengambil berkat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang kemampuan.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Serai, menghulurkan bantuan sepanjang Ramadan bukanlah perkara baru.

Bantuan berbentuk keperluan asas seperti makanan dan pakaian telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu menerusi program Ziarah Ramadan .

Tahun ini lebih 100 orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin telah dikenal pasti untuk menerima bantuan tersebut.

Bagi menjayakan program yang sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang kurang bernasib baik itu, Pemuda UMNO Padang Serai telah menyediakan dana khas menerusi kutipan amal.

Ketuanya, Asmaidi Abu Talib berkata, program berkenaan bertujuan menyedarkan golongan muda agar sentiasa mengingati mereka yang kurang bernasib baik.

"Ada di antara penduduk hidup daif dan serba kekurangan. Keadaan ini amat perit lebih-lebih lagi ketika umat Islam menyambut Ramadan. Oleh itu, sebagai badan yang prihatin, kita tampil menghulurkan bantuan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 21 ibu tunggal dan warga emas di Taman Perak di sini hari ini.

Menurut Asmaidi, sepanjang bulan puasa ini, rombongan yang terdiri daripada 40 wakil Pemuda UMNO Padang Serai menziarahi seluruh cawangan terutamanya di kawasan pedalaman bagi menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.

"Dengan adanya pendekatan sebegini, ia sedikit sebanyak memberi keinsafan kepada golongan muda supaya sentiasa beramal," jelasnya.

Tambah beliau, penganjuran program seperti itu juga diharap mendekatkan masyarakat dengan UMNO di samping memberi suntikan kepada pemuda untuk terus membela dan membuat jasa kepada masyarakat.

KPS: CIKGU UMNO SELALU SENYAP SAJA MASA MENGAJAR....TAPI KALAU CIKGU PRO PEMBANGKANG HABIS MENGKRITIK KERAJAAN PADAHAL JAWATAN APA PUN TARAK....GAJI KERAJAAN BAGI MASUK TABUNG PENCERAMAH PAS ADALAH DEPA TU.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar