TAK HABIS-HABIS......SAMAN JA TERUS,,,JANGAN DOK TAGAK-TAGAK LAGI.....
KDN timbang tindakan terhadap Ketua Wanita PKR
PUTRAJAYA 22 Ogos – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bakal berdepan dengan tiga tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya wujud ‘skrip bersumpah’ yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.
Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga kini Zuraidah masih gagal membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaannya itu.
‘‘Justeru, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.
‘‘KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekali gus dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zuraidah, katanya, menuduh inisiatif kerajaan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.
Minggu lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.
Pada skrip itu katanya, tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa beliau sebagai diperoleh daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.
Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekali gus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negar
Mustafa berdepan saman fitnah RM10j
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 22 Ogos - UMNO akan memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Datuk Mustafa Ali berhubung satu kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, selain Setiausaha Agung Pas itu, turut akan disaman ialah pihak-pihak lain yang dikenal pasti terlibat termasuk mereka yang menerbitkan kenyataan tersebut.
Beliau berkata, buat permulaan satu notis peguam akan dihantar kepada Mustafa dan beliau perlu menjawabnya dalam tempoh tujuh hari bekerja atau saman tersebut akan difailkan selepas hari raya ini melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
''Kita membuat keputusan memfailkan saman selepas Mustafa gagal membuat permohonan maaf dan menarik balik tuduhannya itu secara terbuka selepas tempoh tiga hari diberikan bermula 16 Ogos lalu.
''Kita tidak ada pilihan lain kerana perlu mempertahankan diri daripada tuduhan tidak berasas yang dilemparkan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Hadir sama, peguam Abu Bakar Isa Rahmat daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Mohd. Zain menegaskan, Mustafa dilihat sengaja membuat tuduhan itu untuk memburuk-burukkan UMNO selain mempolitikkan isu tersebut untuk kepentingan politik selepas gagal mengemukakan bukti yang didakwa telah diperolehinya.
Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu pada 15 Ogos lalu, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.
Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.
Ekoran tuduhan yang dilemparkan, Mohd. Zin dalam satu kenyataan memberi tempoh tiga hari kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada UMNO kerana membuat tuduhan tidak berasas itu atau akan menghadapi tindakan undang-undang.
Sementara itu Mustafa yang dipetik daripada Harakahdaily tidak bercadang meminta maaf kepada UMNO sebaliknya akan bertemu dengan mereka di mahkamah nanti.
"Saya tidak akan minta maaf dan akan serahkan bukti yang saya ada dalam mahkamah nanti," katanya.
KPS: PEMBANGKANG INGAT DEPA SAJA KA BOLEH SAMAN ?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar