Selasa, 16 Agustus 2011

KENAPA ? 5 SOALAN UNTUK SAUDARI NUR HASANAH HAMZAN....


KPS PUN BUKAN LAH SESIAPA...TAPI KPS NASIHATKAN JUAK-JUAK PRO MAHASISWA INI CERMIN DIRI SENDIRI DULU SEMASA KALAH DULU JUAK-JUAK INILAH YANG MENGAMUK DILUAR BATASAN SESEORANG YANG BERAGAMA. INGAT TAK LAGI MASA KALAH DULU WAHAI PRO-MAHASISWA ? PINTU DIPECAHKAN....HABIS ORANG DIMAKI-CERCA DAN PENGAWAL KESELAMATAN DICEDERAKAN....BERANI SUNGGUH HANG PA NO....MAI TEST KAT KULIM....NAHAS HANG PA.....HARI NI SOKONG USAHA MURTAD PULAK...MEMANG BAIK SARANAN SAUDARA EXCO PENERANGAN SUPAYA KITA MENILAI SEMULA KARENAH BIROKRASI DAN SISTEM PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT SEKARANG...TAPI.....ADA TAPINYA........YANG HANG PA SOKONG MURTAD TU AWATNYA.........X ADA PERMIT HUJAHAN SAUDARI...SOALAN SAYA PULAK.......

1) APAKAH PREMIS ITU ADA PERMIT UNTUK BEROPERASI SEBAGAI GEREJA ?
2) 'PERMIT' APAKAH YANG MEMBOLEHKAN PIHAK GEREJA MENGANJURKAN 'BUKA PUASA' UNTUK UMAT ISLAM DENGAN DIBERI BIBLE DALAM MELAYU KEPADA MEREKA SERTA DUIT?
3) PERLUKAH DIUNGKIT BERKAITAN PERMIT APABILA SAUDARA SEISLAM SEDANG DALAM KESESATAN UNTUK KITA MENGHALANG KESESATAN ITU ?
4) KENAPA TIDAK TERKEHADAPAN DALAM MEMBANTAH PERHIMPUNAN HARAM SEKIRANYA SEBUAN JAIS HARAM ?
5) DAN APAKAH SAUDARI SECARA BONGKAK INGIN MENYALAHKAN PIHAK YANG MEMBUAT SERBUAN TANPA SAUDARI MENGKRITIK SEDIKIT PUN APA YANG PIHAK SEBELAH SANA LAKUKAN DALAM USAHA MENYESATKAN SAUDARA SEAKIDAH DENGAN SAUDARI......

IRWAN HADZLY BIN ABD RAHIM
BUKAN BUDAK UNIVERSITI
TIADA DALAM MANA-MANA EXCO....

Menyelusuri akar masalah isu ‘JAIS serbu gereja’
Posted on Ogos 14, 2011 by Pro Mahasiswa

i
Rate This

Quantcast

Meneliti isu serbuan ke atas Gereja Methodist, Damansara Utama, banyak perkara dan penilaian yang harus dibangkitkan. Isu serbuan telah membangkitkan suatu kecaknaan masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dengan agama islam. Melalui isu ini juga, 45 NGO bersatu menunjukkan sokongan terhadap Jais dan tindakan serbuan mereka. Saya selaku wakil kepada suara mahasiswa menyeru kepada semua agar lebih cakna dengan isu yang berlaku ini.

Suatu simbolik kesatuan pemikiran masyarakat yang cakna akan isu ummah. Sesuatu yang sewajarnya kita syukuri lewat pelbagai krisis yang melanda ummah. Inilah yang kita mahu, ketepikan segala kepentingan peribadi apabila kita berurusan dengan isu umat islam.

Walaubagaimanapun, tanpa sedar, kita tidak dapat lari dari menilai perkara ini dari aspek adab dan nilai. Serbuan tanpa permit seakan-akan memberi gambaran betapa tidak berhemahnya dan tidak terbukanya islam menghadapi dasar toleransi agama-agama lain. Sedangkan selama ini kita berusaha menegaskan kepada dunia bahawa kita bukanlah agama yang melahirkan pengganas. Selain itu, apakah faktor yang menyebabkan rakyat miskin ini sanggup menerima bantuan pihak gereja?

Faktor kebarangkaliannya adalah birokrasi dan masalah pengurusan pengagihan zakat. Bayangkan hanya untuk mendapatkan duit zakat yang berjumlah beberapa ratus ringgit sahaja, prosedur yang dilalui amat merumitkan. Sedangkan proses pembayaran zakat jauh lebih mudah. Wang zakat sewajarnya mampu membantu rakyat miskin keluar dari tempurung kemiskinan dan bukan sekadar bantuan bulanan semata-mata (“Give me a fish and I eat for a day. Teach me to fish and I eat for a lifetime.” ). Kelemahan ekonomi umat islam juga antara sudut lain yang mungkin dinilai, betapa kemiskinan yang menghimpit umat islam menyebabkan mereka harus menagih kehidupan dari penganut agama lain.

Walaupun mungkin ada individu islam yang mempunyai perniagaan yang boleh dibanggakan, namun kurangnya inisiatif untuk membantu individu lain menyebabkan yang susah makin melarat. Fahaman tidak pedulisme umat islam inilah yang menyebabkan agama lain mengambil ruang dakyah mereka.

Justeru, sebelum kita berdegar-degar berbicara soal murtad dan sebagainya, lebih manis untuk kita bermuhasabah dan merenung apa yang telah kita sumbangkan untuk membantu umat yang islam yang miskin melarat ini sebelum mereka murtad.

Selaku seorang mahasiswa, saya menelurusi masalah zakat dalam konteks mahasiswa, saya terpanggil untuk berfikir sejauh mana ketelusan pengagihan zakat kepada mahasiswa di bumi hijau UPM ini. Sehingga hari ini, masih ada pelajar yang belum melangsaikan pembayaran yuran pengajian mereka dan mengalami masalah kewangan. Adakah perkara ini dipandang serius oleh pihak yang sewajarnya bertindak?

.::Creating New Future With ProMahasiswa::.

Nur Hasanah Hamzan,

Exco Penerangan dan Penerbitan,

Majlis Perwakilan Pelajar,

Universiti Putra Malysia.

KPS : BUKAN BUDAK UNIVERSITI .....

4 komentar:

  1. hg ni otak takda langsung laaa...jais tengah siasat lagi ka?ada bukti jelas ka blom lagi yg men dok tuduh mellu dok melalak tak tentu pasal ni?adoii tu la otak ada guna otak tu btoi maa

    BalasHapus
  2. jangna hanya tahu menghukum tapi tahu jugak mencari punca2 jadi perkara begini siall..

    BalasHapus
  3. kalau dah pembangkang tu, memang membangkang lah kojo nye..xde bnda yg dilihat btul pon. mane ade jais buat serbuan pun. xde sesape yg ditgkp pon. jais siap berunding lg ngan pihak gereja tu. serbuan, kite maen serbu je...mcm puak tu laa....

    BalasHapus