Senin, 29 Agustus 2011

TERLALU KERAP MENGKAFIR ORANG....PEMIMPIN SENDIRI DISALIB...PAS WAS DEAD



Bekas Pengetua disenarai 430 individu Murtad di Blog "Malaysia Times" buat laporan polis
Share
Monday, August 29, 2011 namaberita.com No comments



KUALA LUMPUR 28 Ogos - Seorang bekas pengetua sebuah sekolah menengah di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini terkejut apabila nama dan nombor kad pengenalannya tersenarai antara 430 individu yang murtad di negara ini dalam satu laman blog baru-baru ini.

Zainal Ratin Zainal Abidin, 60, menyedari namanya tersenarai dalam blog tersebut setelah dimaklumkan oleh anaknya kira-kira pukul 9 malam tadi.

Beliau yang terkejut dengan kewujudan namanya itu kemudian membuat laporan di Balai Polis TTDI di sini pukul 2 petang ini.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, tujuan laporan polis itu dibuat adalah meminta pihak berkuasa menyiasat secara terperinci bagaimana maklumat dirinya itu boleh tertera dalam senarai berkenaan.

Katanya, penyenaraian nama beliau itu boleh dianggap satu fitnah yang amat dahsyat dan menjatuhkan maruahnya selain mencemarkan nama baik beliau sebagai bekas pengetua dan keluarganya.

"Saya akan mempertimbangkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang dalam tempoh 14 hari dari tarikh laporan polis ini dibuat," katanya ketika ditemui di pekarangan balai polis itu hari ini.

Pada 25 Jun lalu, laman blog Malaysia Times ada menyiarkan satu artikel bertajuk "Hari-hari cakap bohong ... lama-lama jadi menteri" yang menyenaraikan hampir 430 orang berbangsa Melayu tetapi beragama Kristian, Buddha dan Hindu.

Penulis yang dikenali sebagai MSK memetik senarai nama terbabit dari Daftar Pemilih Perak dan menjumpai 428 pengundi Melayu bukan Islam.

- Utusan

BUKTI NAMA BELIAU DISENARAIKAN....


KPS : PAS WAS DEAD...PEMURTAD RAKYAT PEMIMPIN SENDIRI DISALIB

Tidak ada komentar:

Posting Komentar