SETELAH BEBERAPA LAMA TERTANGGUH AKHIRNYA MASJID TAMAN KENARI AKAN DISIAPKAN JUGA. SUDAH BANYAK TAHUN KPS LIHAT ADA SAJA TABUNG ATAU KUTIPAN DERMA UNTUK MASJID INI TETAPI TIDAK DAPAT DISIAPKAN JUGA. AKHIRNYA UMNO JUALAH YANG DIKAFIRKAN DAN DIMURTADKAN ITU MEMBANTU. SEBUAH SURAU YANG BERADA BERDEKATAN YANG PERNAH DIGANTUNG POSTER CERAMAH CINA DAP LANGSUNG YANG MENGGANTUNG ITU TIDAK MEMBANTU. MANA PAS KAWASAN NI. KPS TERPERASAN JUGA SEBUAH PEJABAT PR YANG MENGGABUNGKAN 3 PARTI IAITU PAS, PKR DAN DAP ADA BERDEKATAN KAWASAN ITU BERHAMPIRAN PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN KULIM. APAKAH PEKERJA PR ATAU AHLI PR DI KAWASAN ITU BUTA SEHINGGA TIDAK MELIHAT PROJEK MASJID YANG TERTANGGUH SEBELUM INI ? AKHIRNYA ALLAH MENGHANTAR UMNO UNTUK MEREALISASIKAN PEMBINAAN MASJID INI. ALHAMDULILLAH.
KULIM 25 Ogos – Masalah pembinaan Masjid Taman Kenari di sini yang terbengkalai sejak dua tahun lalu dijangka selesai selepas mendapat suntikan dana RM1 juta.
Peruntukan khas tersebut disumbangkan kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Majlis penyerahan cek disempurnakan Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, semalam. Hadir menerima peruntukan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang juga imam masjid, Abdul Halim Hamzah.
Abdul Aziz berkata, sumbangan tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengatasi masalah penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik.
“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu mengatasi masalah yang timbul lebih-lebih lagi melibatkan rumah ibadat. Oleh itu, saya berharap dengan peruntukan ini, ia dapat menampung dana untuk meneruskan lagi baki 30 peratus projek pembinaan masjid ini,” katanya kepada pemberita di tapak projek berkenaan.
Kerja-kerja pembinaan masjid yang berharga RM3.2 juta itu dimulakan sejak 2009 lalu melalui hasil kutipan orang ramai.
Bagaimanapun, atas masalah kekurangan dana, projek tersebut terpaksa dihentikan meskipun kebanyakan struktur dan kemudahan masjid berjaya disiapkan sebanyak 70 peratus.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kariah masjid, Harun Yaakob, 35, memberitahu, dengan peruntukan tersebut, projek pembinaan masjid akan bermula dalam tempoh terdekat dan dijangka siap seawal Disember ini.
“Kita bersyukur kerana permohonan membina masjid dengan kerjasama Abdul Aziz kepada JPM akhirnya diluluskan. Terima kasih kepada kerajaan atas bantuan,” katanya.
Harun berkata, apabila siap kelak, ia dijangka mampu menempatkan hampir 3,000 jemaah pada satu-satu masa.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Halim berkata, pihaknya masih memerlukan sumbangan dalam bentuk wang tunai daripada orang ramai bagi menampung kos pembinaan masjid itu.
Katanya, sumbangan itu boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad melalui nombor 2057010019390.
KPS : VOTE UMNO FOR ISLAM
KPS ini duit kerajaan bukan harta UMNO yang punya.. kalau PR berkuasa perkara yang sama adakan PR buat, guna ICU untuk salur bantuan. Buka minda kerajaan dan parti 2 organisasi yang berbeza.
BalasHapus