Senin, 09 Januari 2012

MAHKAMAH ALLAH MAHKAMAH RAKYAT - OLEH ZULKIFLI NORDIN

BEKAS PEGUAM ANWAR....YB ZUL KITA YANG TERBAIK


MAHKAMAH ALLAH MAHKAMAH RAKYAT
Salam 2 all.

Mungkin ramai yang terkedu dengan keputusan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah pagi tadi yang melepaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Saiful. Dengan membaca keputusan sebanyak 3 perenggan, dalam masa tak sampai berapa minit, kes yang mengambil masa lebih 3 tahun untuk dibicarakan, dengan lebih 50 kali penangguhan akhirnya tiba ke penghujungnya.

Pelbagai teori, andaian dan spekulasi muncul didunia cyber; dengan masing-masing pihak membuat rumusan masing-masing.

Bagi yang pro-Anwar dan kaum Anwarinas, mereka meraikan keputusan itu sebagai bukti “Imam Mahdi” mereka tidak bersalah! Tidak pulak terdengar maki hamun mereka Langsung tidak kedengaran tohmahan Hakim “sudah dicucuk hidongnya”. Zikir harian mereka bahawa Mahkamah kena beli juga langsung tidak kedengaran yop! Semua puji belaka! Malah mereka berikrar akan adakan lalakan seluruh negara untuk “membersihkan” manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini!

Bagi yang anti-Anwar, anti kaum Seks Bebas LBGT, ada yang mendakwa ada yang tidak kena dengan keputusan Mahkamah ini! Malah ada yang mendesak supaya Peguam Negara dan seluruh pasukannya letak jawatan serta-merta!

Sebab itulah Saidina Ali berpesan, jangan sesekali kamu membuat keputusan atau mengambil tindakan dalam keadaan marah, emosional! Sebab dalam keadaan itu, pembuat keputusan sebenarnya ialah syaitan & iblis.

Sebab itu sebaik menerima keputusan, pertama sekali teman cuba mendapat pengesahan apa sebenarnya yang diputuskan oleh YA Hakim! Setelah mendapat fakta sebenar, teman mengambil wudhu dan beristikharah. Kemudian teman baca balik rekod perbicaraan kes saperti yang dilapur media dari mula lagi, ditambah dengan beberapa fakta yang teman sendiri tahu, dan juga synopsis kedua-dua kes yang teman buat sebagai peguam melibatkan Anwar terdahulu!

Setelah pekena kopi Baling secawan, menghirup udara segar disini, memohon ALLAH menjauhkan dan membuang segala sifat mazmumah yang ada, dan berdoa kepada ALLAH memberikan petunjuk, barulah teman mula menaip komen ini.

PEMBOHONGAN & PUTARBELIT TERBUKTI!

Pertama, keputusan YA Hakim Datuk Zabidin membuktikan bahawa segala tohmahan, fitnah dan putarbelit pembangkang, kaum Anwarinas dan Koonyet:2 adalah pembohongan semata-mata! Iaitu mereka membuat tohmahan, fitnah dan putarbelit kononnya pertuduhan meliwat Saiful Bukhori Azlan oleh Anwar adalah konspirasi jahat Dato’ Sri Najib dan Kerajaan Persekutuan! Itulah gendang dan kompang yang dipalu oleh kaum Koonyet:2 dan kaum Anwarinas siang dan malam, pagi dan petang!

Kalau benar saperti tohmahan, fitnah dan pembohongan kaum Anwarinas dan Koonyet:2 bahawa ini semua satu konspirasi, sudah tentu Mahkamah bukan sahaja akan mensabitkan kesalahan meliwat Saiful terhadap Anwar, malah akan menghukum dia dengan hukuman penjara yang lama!

Tetapi itu tidak berlaku! Malahan YA Hakim membuat keputusan kehakiman melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful. Walaupun teman agak kehairanan kerana keputusan sepanjang tiga perenggan itu hanya mengambil beberapa minit untuk dibaca, tanpa alasan penghakiman yang panjang lebar mengupas segala isu yang berbangkit; namun yang jelasnya tiada sebarang konspirasi atau perancangan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, apatah lagi YAB PM untuk mensabitkan Anwar dengan tuduhan meliwat stafnya Saiful!

Malahan, selepas keputusan kehakiman diumumkan dan Anwar dilepaskan, langsung tidak kedengaran tohmahan, fitnah dan pembohongan mengenai konspirasi itu oleh kaum kaum pembangkang, kaum Anwarinas mahupun Koonyet:2! Sebaliknya pujian melangit diberi kepada sistem kehakiman yang menjadi sasaran fitnah dan tohmahan mereka selama ini! Mahkamah yang adil, permulaan kepada harapan baru, kehakiman yang murni, dan macam-macam lagi pujian yang pasti akan memeranjatkan beruk di Zoo Negara kalau disebut oleh pembangkang sebelum daripada ini!

Cuba mike bayang kalau Mahkamah sabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful. Mike boleh bayang sendiri apa kaum Anwarinas dan Koonyet:2 akan melalak? Pergh..Hakim dah kena beli lah, Mahkamah sundal lah, Hakim pilih masuk neraka lah, akan keluarlah segala macam patwa tok lebai dan ostad mengharamkan Hakim daripada mencium bau syurga, akan berkati-katilah maki hamun sumpah seranah terhadap Dato’ Sri Najib, Datin Sri Rosmah dan lain-lain!

Ni namanya politik dualam yop: kalau kena batang hidung sendiri lain hukum, kalau kena batang hidung musuh dema lain pulak hukumnya yop! Dalam bahasa mat rempit, perangai ni dipanggil cakap tak serupa bikin, dalam bahasa omputeh dipanggil hipokrit, dalam bahasa syara’ dipanggil..eh, mike tau sendirilah yop..berkembar dengan Abdullah bin Ubay ler!

Kalau ikut teori konspirasi kaum Anwarinas dan Koonyet:2, yang berkali-kali mempersoalkan kredibiliti dan kewibawaan Mahkamah, maka keputusan Hakim hari ini tidak boleh diterima lah yop? Bukankah itu yang mereka lalakkan selama ini! Cuba bayang apa dema kata kalau kita kata keputusan Mahkamah tidak boleh diterima, kita tolak keputusan itu. Pasti mereka akan melalak memaki hamun kita dengan pelbagai label dan tuduhan!

Dan kalau ikut teori kaum Anwarinas bahawa pertuduhan liwat dan perbicaraan di Mahkamah adalah konspirasi Dato' Sri Najib, maka selayaknya mereka semua beratur panjang diluar Seri Perdana di Putrajaya untuk berjumpa, bersalam dan mencium tangan dan kaki Dato' Sri Najib kerana berkonspirasi dengan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah untuk membebaskan Imam Mahdi dema daripada kes meliwat stafnya Saiful Bukhori! Tak macam tu sepatutnya yop?!

Apapun, keputusan Mahkamah adalah bukti jelas betapa Mahkamah dan Hakim-Hakim di Malaysia ini sebenarnya bukan sahaja bebas, malah mempunyai kredibiliti, integriti dan kewibawaan untu melaksanakan sistem kehakiman dan keadilan yang bukan sahaja mematuhi standard piawaian dunia, malah memenuhi kehendak keadilan sejagat!

LIWAT PAKSA LIWAT RELA?

Kedua, perlu diingatkan bahawa aduan yang dibuat oleh Saiful dan pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya terhadap Anwar dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan ialah melakukan liwat melalui “dubur” terhadap stafnya Saiful Bukhori secara paksa! Maka Pendakwaraya mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan elemen-elemen berikut:

1. mesti ada kemasukan kedalam dubur;
2. kemasukan itu secara paksa tanpa kerelaan.

Secara peribadi, teman cukop yakin beban pembuktian elemen pertama telah berjaya dibuktikan! Iaitu berlaku kemasukan oleh Anwar kedalam dubur Saiful (penetration of the anus). Ini dibuktikan dengan adanya sampel airmani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku.

Cuma pembuktian elemen kedua dikatakan menimbulkan keraguan Sebab itulah Karpal Singh membangkitkan isu samada Saiful dipaksa? Sedangkan kata Karpal Saiful pergi sendiri ke kondominium itu, dia membawa bersamanya pelincir KY Jelly, dia mempunyai peluang untuk lari keluar tetapi tidak berbuat sedemikian, dia tidak menjerit atau meminta pertolongan, dia boleh duduk minum kopi bersama Anwar selepas adengan liwat itu, dia tidak terus pergi buat repot polis, dia masih hadir pertemuan bersama Anwar selepas itu; dan lain-lain faktor yang Karpal dakwa tidak membuktikan ujudnya elemen paksaan atau tanpa rela!

Sebab itu ada yang menegaskan bahawa pembuktian yang dikemukakan sekadar membuktikan kegiatan liwat atas dasar suka sama suka antara Anwar dengan Saiful, tetapi tidak ada unsur paksaan atau tanpa kerelaan! Pendek cerita, tidak ada bukti Anwar ‘merogol’ Saiful!

Ini sinonim dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2004 semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar, bila Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa “walaupun kami mempercayai berlaku kegiatan liwat ini, namun bukti mengikut kehendak Akta Keterangan tidak cukup untuk mensabitkan Anwar dengan kesalahan jenayah meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!”.

Apa maksud semua ini? Ini bermakna walaupun terlepas dari segi kehakiman dan perundangan, tetapi dari segi moral, etika dan politik; akhlak dan moral Anwar Ibrahim sangatlah diragui untuk melayakkan dia menduduki kerusi kepimpinan pembangkang, apatah lagi menjadi calon bakal Perdana Menteri untuk negara umat Islam Malaysia ini!

Dan itulah pendirian YB Datuk Dr. Hasan Ali semasa menegaskan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, apatah lagi menjadi calon Perdana Menteri. Kerana kata Dr. Hasan Ali, Anwar mempunyai masalah akhlak dan moral yang serius. Sehingga Dr. Hasan Ali membuat keputusan tidak akan pergi menyertai himpunan untuk mendengar keputusan kes peribadi Anwar hari ini!

Apapun, teman mencadangkan kepada Pendakwaraya supaya membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapat kepastian legal samada kesemua elemen yang diperlukan untuk membuktikan pertuduhan dibawah Seksyen 377B yang dikemukakan itu sudah dipenuhi. Lagipun pihak Pendakwaraya berhak membuat rayuan. Dan teman cukop yakin rakyat pasti mahukan rayuan dikemukakan, agar proses kehakiman dan keadilan dapat dilaksanakan secara baik.

Dan sekarang peluang terbaik untuk Anwar memberikan sampel darahnya kepada pihak berkuasa termasuk Mahkamah untuk mendapat ujian DNA perbandingan dengan DNA Lelaki-Y yang ditemui dalam dubur Saiful. Anwar tidak sepatutnya lagi berdolak dalik, hadapilah kebenaran. Berikan rakyat hak untuk mendapat tahu kebenaran. Teman cabar Anwar supaya bersikap saperti anak jantan, dan serahkan sampel darahnya untuk ujian DNA!

MAHKAMAH ALLAH & SUMPAH LA’NAT

Ketiga, memandangkan Mahkamah manusia sudahpun membuat keputusan, maka sudah tiba masa Anwar berani berhadap dengan Mahkamah ALLAH pulak yop! Apa maksud Mahkamah ALLAH?

Maksudnya ialah Anwar dan Saiful patut menyerahkan hakikat kebenaran aduan kes Anwar meliwat Saiful ini kepada ketentuan Ilahi!

Saiful sudah berbuat sedemikian dari awal lagi. Setelah mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin memberikan nasihat kepada kedua-dua Saiful & Anwar supaya membuat sumpah mubahalah, maka Saiful tanpa sedikit pun keraguan terus mengangkat sumpah “Wallahi, Watallahi, Wabillahi, saya Saiful Bukhori Azlan dengan ini bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur saya. Jika saya berdusta, maka la’nat ALLAH akan turun keatas saya dan keluarga saya”.

Maka teman cabar Anwar supaya berbekalkan keputusan Mahkamah sivil itu, dia sepatutnya tidak lagi berdolak-dalik untuk melakukan sumpah mubahalah saperti yang dinasihatkan oleh Dr. Asri itu.

Malah teman mencabar Anwar, berserta dengan Saiful, mengadakan solat hajat perdana bersama ribuan jemaah lain untuk memohon petunjuk dan hidayah daripada ALLAH, menadah tangan bersama-sama supaya ALLAH menunjukkan diantara Anwar dan Saiful; siapa yang benar, siapa yang salah dan berbohong. Dan kepada yang bersalah dan berbohong itu, diminta ALLAH menurunkan la’nat kepadanya! Doanya mudah, iaitu tuan Imam hendaklah berdoa lebihkurang saperti berikut:

“Ya ALLAH ya Rahman, kami datang kepada Mu Ya ALLAH, dengan segala kelemahan, kerendahan diri dan kekerdilan kami, kejahilan dan kebodohan kami, kami memohon kepada Mu Ya ALLAH supaya memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami tentang permasalahan aduan yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dia diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim, dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur Saiful; walhal Anwar Bin Ibrahim menafikan dia ada berbuat sedemikian!

Maka dengan kebesaran nama mu Ya ALLAH, dengan lafaz Wallahi, Watallahi, Wabillahi, kami , termasuk Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhori, memohon petunjuk dan hidayah daripada Mu, tunjukkanlah kepada kami, didunia ini, dengan seberapa segera mengikut ketentuan masa Mu Ya ALLAH, siapa diantara Saiful & Anwar ini yang bercakap bohong Ya ALLAH!

Dan kami memohon kepada Mu Ya ALLAH, berilah petunjuk dan hidayah Mu itu dengan menurunkan la’nat dan bala kepada penama yang berbohong tersebut; dengan cara la’nat dan bala yang bersesuaian mengikut kehendak dan ketetapan Mu, agar jelas kepada kami siapa yang berbohong diantara keduanya. Ameen Ya Robbal ‘alamin”.

Syaratnya kedua-dua Saiful dan Anwar mesti hadir dalam solat hajat perdana tersebut. Siapa sahaja yang berkelayakan boleh menjadi Imam dan membacakan doa tersebut. Samada Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Tan Sri Harussani Zakaria, Dr. Asri Zainul Abidin atau mana-mana individu lain yang difikirkan layak dan sesuai.

Selepas mengadakan solat hajat dan memohon doa saperti diatas, maka kita serahkanlah kepada ALLAH untuk memberikan ketentuan dan taqdir Nya, insya ALLAH!

Kepada Anwar, bersujud syukurlah kerana ALLAH masih memberi mike peluang kedua. Second chance! Bertaubatlah, dan kembalilah kepada kehidupan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah! Tinggalkanlah perjuangan peribadi untuk memuaskan nafsu mike nak menjadi Perdana Menteri. Mike memang sudah tidak layak memimpin negara umat Islam ini. Gunakanlah kesempatan masa yang ada ini untuk bermuhasabah dan membuat persediaan ke alam kepastian: alam mati! Mike pun sudah berada di umur “subsidi”, umur yang Rasulullah saw sebut sudah layak masuk pencalonan ahli barzakh, umur yang pepatah Melayu sebut “rumah kata pergi, kubor kata mari”. Sudah-sudahlah tu, pergunakan peluang dan ruang yang ALLAH beri sebaiknya!

Kepada Saiful, ketewasan didunia bukan bermakna kegagalan selama-lamanya. Jangan lupa, pembalasan diakhirat menunggu mereka yang menzalimi dan menganiaya mike. Kesabaran itu kunci ketenangan. Perbanyakkan doa dan munajat kepada ALLAH Yang Maha Esa, pohonlah kekuatan dan petunjuk kebenaran kepada Nya. Ingat pesan Rasulullah saw, tidak ada hijab dengan ALLAH untuk doa orang yang dizalimi. Berdoalah, kerana doa itu senjata orang muqmin!

Kepada rakyat Malaysia, walaupun Mahkamah perundangan sudah membuat keputusan, namun Mahkamah Rakyat juga punya kuasa yang tersendiri. Masih belum terlewat untuk Mahkamah Rakyat membuat keputusan dan menghukum si durjana. Gunakanlah kuasa itu sebaiknya. Kembalikanlah maruah dan harga diri rakyat dan negara ini! Lakukanlah yang ma'ruf, cegahlah kemungkaran! Pastikan si durjana dihukum sebaiknya dalam Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Suara rakyat suara keramat. Hak rakyat hak yang tidak boleh digugat! Satu undi penentu masadepan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini!

Dan kepada rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian, keputusan Mahkamah ini sebenarnya membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia dibawah kepimpina YAB Dato' Sri Najib adalah Kerajaan anak jantan. Kerana ini adalah Kerajaan yang tidak mahu "berperang" dengan pembangkang didalam PRU 13 dengan Imam Mahdi pembangkang didalam penjara! Malah Anwar dan juak-juaknya kaum Anwarinas & Koonyet:2 diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk berkempen dan berceramah sampai 'pecah kerongkong'! Jangan ada yang menggatal nak kata hak demokrasi mereka dicabul, sebab sang pencabul pun diberi ruang dan peluang berdemokrasi!

Cuma malangnya slogan mereka ialah DemoKrazy4DemoKerusi!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahualam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

15 Safar 1433

09 Januari 2012

1 komentar: