"AKU 'AUK...AUK...HANG USTAZ ZIZAN"
KUALA LUMPUR – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menyuarakan tidak puas hati mereka terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dikatakan sudah berlanjutan hampir dua tahun.
Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang berkata, janji Pas bersama rakan komponen parti Pakatan Rakyat (PR) selama ini yang kononnya mendesak Putrajaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) hanyalah janji kosong semata-mata.
“Kami dah tidak mahu menyerahkan memorandum lagi kerana sudah terlalu banyak memo yang diberikan, justeru sekarang kami mendesak pihak Pas untuk campur tangan isu Kuin kerana sampai sekarang tiada kenyataan rasmi yang mewakili kerajaan Kedah.
“Di mana pendirian Pas Kedah yang juga mewakili PR yang selama ini dicanang-canang konon mahukan kebebasan akademik dan tidak guna pakai Auku, tapi apa yang berlaku sangat bertentangan,” katanya pada sidang media.
Lima penuntut Kuin yang didakwa di bawah kesalahan Auku itu dikatakan melakukan kesalahan menyertai demonstrasi dan memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.Empat mahasiswa digantung satu semester sementara seorang lagi dua semester bermula Jun tahun lalu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar