Senin, 30 Januari 2012

KES ROSMAH HANG PA PERCAYA.....KES PAK NUAR AWAT HANG PA 'KONA' ????



PAK NUAR DAN SEGALA PASrasit CUBA MEMUTAR BELITKAN PERKARA INI. JIKA SEBELUM INI MEREKA MEMPERCAYAI PAPER AUSTRALIA YANG MEMFITNAH ISTERI PM WALAUPUN PAPER BERKENAAN TELAH MEMOHON MAAF KERANA SILAP LAPOR, KENAPA DALAM KES PAK NUAR MEREKA BERPENDIRIAN SEBALIKNYA?????

DAN MENGAPA ANAK LELAKI POK NIK TAK PERCAYA PULAK BERITA INI ??????






Saya tak percaya berita ini - Nik Abduh

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Dewan Pemuda Pas Pusat berbeza pendapat berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Ini kerana, di sebalik ketegasan Ketuanya, Nasrudin Hassan menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel, Timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula enggan mempercayai laporan yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal itu.

"Menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel? Saya tak percaya berita ini," kata Nik Abduh menerusi laman Facebook dipercayai merujuk kepada laporan akhbar antarabangsa itu berhubung kenyataan Anwar.

Semalam, Nasrudin meskipun membuat kenyataan secara umum tanpa merujuk terus kepada Anwar berkata, sokongan terhadap Israel tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat.

Tegasnya, Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam, justeru segala usaha menyokong apatah lagi memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah perlu ditolak.

The Wall Street Journal pada Khamis lalu menyiarkan kenyataan Anwar yang dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Namun dalam laporan sama, Ketua Pembangkang itu tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel iaitu suatu langkah yang menurut beliau bergantung sama ada Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar