Selasa, 24 Januari 2012

UMNO KENA UGUT, TENANG SAJA......PEMBANGKANG GADUH SAMA SENDIRI UMNO YANG SALAH....WHAT THE HELL??????



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.

Sambil menyifatkan orang yang membuat panggilan berkenaan sebagai pengecut dan dayus beliau berkata panggilan itu sengaja dibuat bagi menakutkan petugas pusat khidmat beliau dan menjatuhkan semangat ahli UMNO Kedah.

"Namun kita tidak gentar dengan sebarang ugutan. Malahan saya yakin ugutan ini tidak akan berhenti tetapi akan berlaku lagi pada masa akan datang terutama kita semakin hampir dengan pilihan raya umum".

"Awal bulan ini berlaku tindakan menconteng bangunan UMNO Negeri Kedah dan sekarang ugutan terhadap pusat khidmat saya. Kita tidak gentar malahan akan terus mengiatkan usaha menawan kembali Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti MCA Kedah, di sini, malam ini.

Beliau mengulas mengenai panggilan palsu mengenai ada orang meletak bom di pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata pada petang ini. Selepas siasatan polis, tidak dijumpai sebarang bahan berbahaya.

Awal bulan ini Bangunan Tunku di Jalan Tunku Ibrahim yang menempatkan Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah diconteng dengan tulisan yang mencerca pemimpin negara serta menghina UMNO dengan perkataan yang kesat.

Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata selama empat penggal berkata ini adalah pengalaman pertama beliau menghadapi panggilan ugutan sebegitu sejak menglibatkan diri dalam politik.

"Tidak perlu jadi pengecut dengan membuat tindakan begitu, dalam politik kita berlawan secara berhadapan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat," katanya tanpa mahu menuduh pihak tertentu yang melakukan perbuatan berkenaan.

Beliau berkata biar polis menjalankan siasatan serta menahan mereka yang melakukan perbuatan itu.

"Pada kita, perbuatan itu amat serius kerana ia mengancam keselamatan petugas pusat khidmat saya," katanya, yang kemudian bertemu polis yang menjalankan siasatan di pusat khidmat berkenaan. - UMNO Kedah



Macam-macam cara dilakukan bila hati sudah bernanah melihat kejayaan demi kejayaan yang diraikan oleh Barisan Nasional Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr .Zambry Abd Kadir.

Terbaru tindakan terdesak pihak tertentu yang cuba mensabotaj majlis rumah terbuka sempenan Tahun Baru Cina yang diadakan di kediaman Menteri Besar Perak itu pada Isnin.

Usaha khianat itu dikesan melalui pelbagai cara termasuklah melalui khidmat pesanan SMS yang mendakwa sambutan hari ini telah dibatalkan.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang lebih 10,000 hadirin berbagai kaum menyertai sambutan yang diadakan itu.

Lebih bermakna lagi, apabila kesudian tetamu diraja Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Permaisuri Tuanku Bainun mencemar duli hadir ke majlis tersebut.

Mengiringi baginda ke majlis berkenaan ialah Raja Muda Perak Raja Dr.Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim, Raja DiHilir dan isteri serta kenamaan lain.

Sebagai tuan rumah Dr Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta disertai Exco kerajaan negeri Datuk Dr. Mah Hang Soon menyambut tetamu serta meraikan mereka dalam jamuan.

Dr Zambry mengesahkan bahawa ada pihak cuba menggagalkan majlis jamuan rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau memberitahu pemberita “perbuatan itu dilakukan ‘kumpulan nakal’ yang ingin menggagalkan sambutan ini.”

“Wajah saya dan isteri saya diconteng-conteng. Saya pasti perbuatan ini dilakukan oleh mereka yang iri hati dan tidak senang dengan kepimpinan saya. Mereka lakukan ini kerana tahu rakyat semakin selesa dengan saya dan BN. Mereka tahu mereka tidak ada lagi tempat dihati rakyat,” katanya.

openhousecinaDitanya apakah beliau mahu polis menyiasat kes-kes seperti ini, Dr Zambry berkata ia agak sukar dilakukan kerana siapa dan pihak mana harus polis tumpu bagi menjalankan siasatan.

“Siapa yang harus kita tuduh? Sesiapa sahaja boleh lakukan perkara ini dan kita tidak tahu siapa mereka,” katanya.

Beliau bagaimana pun mahu rakyat sendiri menilai insiden-insiden yang berlaku ketika ini.

“Rakyat pandai menilai..saya serahkan kepada rakyat buat penilaian mereka sendiri,” katanya.

Terdapat pihak yang tidak dikenali cuba menyebarkan SMS kepada penduduk di negeri itu bahawa majlis itu dibatalkan.

Sementara itu Dr Zambry tidak akan patah semangat untuk berkhidmat kepada rakyat melalui program turun padang walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Katanya pebuatan mereka langsung tidak melemahkan semangatnya.

Insiden sabotaj seperti perbuatan vandalisma merosakkan billboard, menconteng poster yang mempunyai wajah beliau dan juga isteri di Bagan Serai, Changkat Ibol dan poster-poster Tahun Baru Cina sekitar bandaraya Ipoh langsung tidak mematahkan semangatnya.

Katanya ia dilakukan bagi memastikan orang ramai tidak datang pada majlis sambutan hari ini.

Beliau percaya perbuatan sabotaj itu dilakukan oleh pihak-pihak yang iri hati dengan penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya serta prestasi kerajaan BN yang semakin mantap.- AGENDA DAILY

KPS: APA YANG ANDA DAPAT PERHATIKAN???? PEMIMPIN UMNO TAK PERNAH MENUDUH PEMBANGKANG TERLIBAT....TAPI KALAU PEMBANGKANG, APA SAJA YANG TAK KENA TERUS SALAH UMNO.....ANDA SENDIRI FIKIRKAN.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar