LANSUNG DARI BLOG YB ZULKIFLI
Salam 2 all.
Persoalan yang bermain dikalangan rakyat sekarang ini ialah: mengapa Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful walaupun kesan airmani Anwar dijumpai didalam dubur Saiful?
Kedua, adakah Anwar Ibrahim “suci & bersih” setelah Mahkamah menolak pertuduhan meliwat staf dia Saiful Bukhori?
Ketiga, adakah Kerajaan terlibat dengan konspirasi bersama Mahkamah untuk membebaskan Anwar kerana tekanan atau kepentingan politik? Adakah benar dakwaan kaum Anwarinas bahawa Kerajaan begitu takut rakyat akan marah sehingga berpakat dengan Mahkamah untuk membebaskan Anwar?
ABU KAZIB @ BAPAK PEMBOHONG
Saperti yang telah teman sebut sebelum daripada ini, penghakiman Mahkamah membuktikan satu perkara yang cukop jelas:
ANWAR IBRAHIM BAPAK PEMBOHONG & PUTAR BELIT!
Buktinya? Kerana Anwar mendakwa pertuduhan liwat terhadap Saiful itu adalah konspirasi jahat Kerajaan untuk menjatuhkan dia! Perbicaraan itu satu sandiwara! Skrip perbicaraan dan hukuman sudah siap! Dia pasti ke penjara! Inilah yang dijaja Anwar siang malam pagi petang, di bandar dikampung, didalam dan luar negara! Mesej Anwar jelas: dia adalah mangsa konspirasi jahat Kerajaan! Bahawa Kerajaan mahu menyumbat dia kedalam penjara dengan pertuduhan rekayarsa meliwat stafnya Saiful Bukhori!
INI BERMAKNA PENGHAKIMAN MAHKAMAH SEPATUTNYA MENDAPATI ANWAR BERSALAH & DIHUKUM DALAM PENJARA DENGAN HUKUMAN BERAT!
Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya! ANWAR DIBEBASKAN!
HAKIKATNYA MAHKAMAH MEMBEBASKAN ANWAR!
Setelah kes berlalu lebih daripada 3 tahun, dengan puluhan penangguhan, dengan pelbagai usaha dibuat untuk menyingkirkan Hakim, dengan pelbagai permohonan difailkan; fakta didepan mata kita ialah HAKIM MEMBEBASKAN ANWAR!
Bukankah penghakiman itu bukti jelas apa yang ditemberangkan Anwar sejak Saiful membuat lapuran polis ini sebagai satu konspirasi adalah satu pembohongan dan putarbelit semata-mata?
Dan mike dah lupakah pembohongan Anwar mengenai 16 Sept? Mike dah lupa pembohongan Anwar dia nak kena tembak mati selepas Saiful buat lapuran polis? Mike dah lupe pembohongan Anwar konon tidak mengenali rakan baiknya Datuk Eskay? Mike dah lupe pembohongan Anwar pasal jam Omega? Mike dah lupa pembohongan Anwar mengenai twit semasa dengan ChinaDOLL? Berapa punya banyak lagi pembohongan Anwar yang telah dilakukan?
APA MIKE LUPA SEMUA TU YOP?
Pokok pangkalnya, keputusan Mahkamah hanya memperkuatkan lagi jaringan bukti yang kita semua sudah tahu: iaitu Anwar ini adalah ABU KAZIB! BAPAK PEMBOHONG!
SUCI & BERSIH
Adakah Anwar terbukti “suci & bersih” dengan pembebasan tersebut?
Mahkamah tidak menyatakan Anwar tidak bersalah! Mahkamah tidak menyatakan aduan Saiful tidak betul! Mahkamah tidak memutuskan pertuduhan itu satu rekaan!
Mahkamah cuma menyatakan bukti DNA yang ada tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful! Mahkamah Cuma menyatakan bahawa “Mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan Saiful tanpa bukti sokongan (iaitu DNA yang jelas)”, walaupun semasa memutuskan ada kes prima facie, Mahkamah menyatakan Saiful adalah saksi yang berwibawa & ada integriti!
Ini sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan pada tahun 2004, bila Mahkamah menegaskan “walaupun kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar & adik angkatnya Sukma terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya boleh mensabitkan Anwar & Sukma jika Pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan”.
Jadi persoalannya ialah, adakah Anwar “bersih & suci” daripada perbuatan terkutuk amalan kaum Lut ini? Jelas jawapannya tidak! Cuma dia bernasib baik kerana kita mengamalkan prinsip beban pembuktian yang terlalu tinggi dalam membuktikan pendakwaan kes-kes seksual.
Perlu diingatkan, jika Anwar berasa diri dia benar-benar “suci & bersih”, sudah tentu dia akan berikan sample darah untuk ujian DNA tanpa sebarang keraguan pun. Tapi tidak, Anwar berdolak-dalik tak mau bagi! Kenapa? Mike pikior sendiri lah yop!
Begitu juga Anwar tidak berani memberi keterangan dengan cara bersumpah? Sebaliknya dia hanya membaca kenyataan yang sudah ditaip oleh peguamnya dari kandang orang salah. Macam pasang kaset aje. Hakim tak boleh tanya soalan, dan Pendakwaraya tidak boleh soal-balas!
Dan mengapa tidak ada seorang pun saksi alibi dia hadir memberi keterangan di Mahkamah? Mana dia Wan Azizah isteri dia sendiri! Mana dia Hasanudin tuanpunya kondo yang juga kawan baik Anwar? Mana dia Mohd. Sani pemandu setia Anwar berbelas tahun? Mana dia Mokhtar pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia! Mereka ini semua disenaraikan oleh Anwar sebagai saksi alibi dia, untuk beri keterangan bersumpah konon Anwar tidak ada ditempat kejadian! Tapi seorang pun tak datang Mahkamah! Mike pikior sendirilah yop!
Jadi untuk menyatakan Anwar sekarang “suci & bersih” daripada perbuatan meliwat Saiful itu, ataupun daripada aktiviti homoseksual & liwat hanya kerana Mahkamah membebaskan dia adalah tidak tepat sama sekali!
ADAKAH INI KONSPIRASI KERAJAAN
Keputusan Mahkamah membebaskan Anwar (walaupun dengan bukti dan keterangan yang begitu kuat) jelas membuktikan bahawa kes liwat Saiful ini bukan satu konspirasi Kerajaan, apatah lagi YAB Perdana Menteri.
Anwar cukup bijak memutar belit! Cukop mudah beliau putarbelitkan cerita mengaitkan konon YAB PM terlibat hanya kerana Saiful pernah bergambar dengan seorang kakitangan pejabat PM, dan konon ceritanya Saiful pernah berjumpa dengan PM!
Sama macam cubaan mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan PM. Hanya kerana yang terlibat ialah Razak Baginda, penulis ucapan PM (yang mengaku ada hubungan sulit dengan Altantuya), dan pegawai UTK yang pernah menjadi bodyguard dan pengiring Tun Abdullah Badawi & Dato’ Sri Najib (semasa dia TPM). Maka habis diputarbelit cerita konon PM pun terlibat! Alhamdulillah nasib baik teman sendiri adalah peguam yang terlibat dengan kes Altantuya ini, dan teman menegaskan dengan jelas bahawa PM tidak terlibat samasekali (walaupun masa itu teman adalah juga peguam Anwar Ibrahim).
Dan yang peliknya, Anwar langsung tidak mengaitkan kes Saiful dengan YB Senator Ezam, sedangkan Saiful ada juga berjumpa Ezam. Begitu juga dengan Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri langsung tidak dikaitkan, sedangkan Rahimi yang membawa Saiful masuk bekerja dengan Anwar, dan Rahimi membuat lapuran polis dia diarah membuat Akuan Bersumpah palsu untuk mengaitkan PM dengan kes Saiful!
Apa pun, jelas daripada keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu bahawa fitnah kononnya ini semua satu konspirasi Kerajaan & PM adalah satu pembohongan dan putar-belit semata-mata.
Dan setelah fitnah konon tuduhan liwat itu satu konspirasi hancur terhempas, kini mereka bawa pula satu fitnah terbaru; pembebasan Anwar itu satu konspirasi Kerajaan kerana takutkan tekanan asing, dan kerana takutkan kemarahan rakyat!
Hanya mereka yang biol dan otak kurang sifat sahaja yang akan membuat tuduhan jahat saperti ini. Kerana kalau benar, maknanya mereka menyatakan Dato’ Sri Najib yang bebaskan Anwar. Kalau itu betul, Anwar dan para penjilat dan pencacai dia sepatutnya beratur diluar pagar Sri Perdana dan mencium tangan dan kaki Dato’ Sri Najib sambil tunduk syukur dan berterima kasih kerana Dato’ Sri Najib telah membebaskan Anwar.
RUMUSAN – MAHKAMAH RAKYAT
Apa yang perlu kita faham ialah soal samada Anwar bersalah atau tidak adalah tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan, itu kerja para Hakim, bukan kerja kita. Selepas ini ada proses rayuan. Pendakwaraya telahpun mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Selepas itu, mana-mana pihak yang terkilan boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan. Dan Akhirnya nanti, YDP Agong adalah merupakan autoriti terakhir sebagai penentu kepada kes ini. Biarkan proses perundangan berjalan saperti mana biasa di Mahkamah perundangan!
Jadi sebagai rakyat, bukan menjadi kerja kita untuk pening kepala samada Anwar kena sabit atau tidak, samada Anwar wajib dipenjarakan atau tidak. Itu tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan dan para Hakim!
Tetapi itu tidak bermakna kita rakyat marhaen, kita rakyat biasa, kena pejam mata buat tak tahu. Di luar sana ada satu lagi Mahkamah: iaitu Mahkamah Rakyat. Mahkamah dimana Rakyat Hakim Negara! Dan perbicaraannya ialah pada masa PRU 13.
Sebab itu walaupun soal samada Anwar bersalah dan patut dihukum adalah tugas Hakim dan Mahkamah Perundangan, tetapi soal samada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri adalah hak dan bidangkuasa Mahkamah Rakyat dan Rakyat Adalah Hakim Negara!
Dan dalam menjawab soalan samada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri mewakili pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS, Rakyat sebagai Hakim Negara di Mahkamah Rakyat perlu menilai watak dan akhlak Anwar!
Disinilah pentingnya kes liwat Saiful Bukhori dan keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu! Iaitu jelas Anwar ini adalah manusia yang sangat buruk akhlak dan perangainya.
Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, politik Anwar ini sangat kotor dan jijik!
Apa yang jelas, Anwar ini adalah pembohong, penipu dan kaki putar alam! Bukan sahaja rakyat Malaysia, habis satu dunia dibohongi, ditipu dan diputarbelitkan. Konon ini satu konspirasi, konon perbicaraan itu hanya satu sandiwara, konon skrip perbicaraan sudah disediakan, konon hukuman sudah ditetapkan. Malah Anwar boleh kelentong satu dunia, konon sebagai persediaan untuk dia ke penjara, pengganti sementara beliau sebagai bakal PM sudah ditetapkan, sampai Anwar meninggalkan wasiat supaya tolong tengok-tengokkan anak isteri dia bila dia ke penjara nanti! Begitu hebat pembohongan, penipuan dan putar belit yang dikompangkan Anwar Ibrahim.
Malah dihadapan Hakim, semasa dipanggil membela diri, Anwar enggan mengangkat sumpah memberi keterangan. Sebaliknya dia membaca satu kenyataan yang antara petikannya saperti berikut:
“Saya menyatakan sedemikian (iaitu perbicaraan ini adalah satu konspirasi & sandiwara) kerana keluhuran Mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan segala unsur-unsur perbicaraan sandiwara, dimana skripnya telahpun dirangka, dan HUKUMANNYA telah ditetapkan! Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang Hakim yang mengadili perbicaraan ini, kamu telah tanpa ragu lagi menunjukkan sikap berat sebelah!”.
Cuba bayang yop, daripada awal sehinggalah dipanggil membela diri, Anwar jelas membawa fitnah dan tohmahan kononnya perbicaraan dia adalah satu konspirasi, dan hukuman sudah ditetapkan! Siap dengan amanat dan wasiat lagi! Begitu bijak lakunan Anwar. Dan jika Mahkamah sabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara, sudah pasti Anwar dan para pencacai dia akan mengamuk dengan segala deminstarsi dan himpunan haram!
Tau-tau Mahkamah membebaskan Anwar! Walaupun Hakim kata keterangan Saiful ada kewibawaan dan integriti, walaupun sudah ada bukti video dan CCTV, walaupun beberapa pakar forensic, perubatan dan kimia mengesahkan kejadian, walaupun Anwar enggan berikan sample darah untuk ujian DNA, walaupun Anwar enggan berikan keterangan bersumpah, walaupun tidak ada seorang pun saksi alibi dia datang termasuk bini Anwar, walaupun Thomas Hoogland terkejut teori dia “anu” Anwar tidak boleh berfungsi diperlekeh dengan video yang ditunjuk oleh Pendakwaraya; walaupun Anwar tuduh Hakim berat sebelah, walaupun Anwar fitnah kata hukuman telah diskripkan; dengan semua itu HAKIM TETAP BEBASKAN ANWAR!
Itupun nak kata konspirasi lagi? Bukan sahaja ianya menafikan konspirasi tidak ujud, malah pembebasan Anwar membuktikan Anwar pembohong, penipu dan kaki putar-belit!
Atas alasan itu sahaja sudah cukup untuk Rakyat Hakim Negara menghukum Anwar di Mahkamah Rakyat didalam perbicaraan PRU 13 dengan satu sahaja hukuman: nyahkan Anwar dan Pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS daripada politik negara dengan memberi undi dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk terus memimpin rakyat dan negara ini kearah tranfomasi politik, ekonomi dan sosial.
Berikan 222 kerusi Parlimen kepada Dato’ Sri Najib, berikan 0 kepada Anwar!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua’lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
26 Safar 1433
20 Januari 2012
Tidak ada komentar:
Posting Komentar