Sabtu, 21 Januari 2012

PERUTUSAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2012 PERDANA MENTERI MALAYSIA

HATI-HATI DI JALAN RAYA SEMASA BALIK RAYA



Saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga Tahun Naga ini akan membawa sinar harapan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Marilah kita meneruskan tradisi terbaik warga Malaysia dengan berkongsi sambutan dengan semua kaum. Bukalah pintu-pintu kediaman kita kepada semua rakyat Malaysia. Runtuhkanlah tembok-tembok pemisah dan pagar-pagar penghalang dan binalah jambatan penghubung antara hati-hati kita.

Sempena hari bahagia ini juga marilah kita memperteguh semula tekad bagi mempertahan, mengukuh dan menyuburkan perpaduan nasional yang telah kita bina selama ini secara bertatih berasaskan prinsip toleransi, penerimaan dan seterusnya meraikan kepelbagaian. Sesungguhnya kebersamaan yang ada di antara kita adalah lebih besar daripada perbezaan yang wujud. Semua kita mendambakan masa depan yang lebih baik untuk diri dan anak-anak kita oleh itu marilah kita berusaha bersama-sama bagi memastikan masa depan yang sarat harapan untuk semua.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar