Selasa, 24 Januari 2012

ANTARA 2 DARJAT : ORANG AWAM DAN PEMBANGKANG, PEMBANGKANG KEBAL UNDANG-UNDANG




Maki polis dipenjara dua bulan

KOTA BHARU 22 Jan. - Tindakan seorang pekerja kilang papan memaki hamun anggota polis membawa padah apabila dia dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Muhamad Safuan Azahar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas lelaki terbabit, Gur Chun Foo, 37, dari Johor selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Balai Polis Kota Bharu, kira-kira pukul 8.15 malam pada 15 Januari lalu.

Tertuduh yang bekerja di kilang papan di Kuala Krai didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 iaitu berlakuan tidak senonoh dengan membuat kacau dan memaki hamun anggota polis di balai berkenaan.

Sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, pada waktu kejadian, seorang lelaki telah datang ke tempat pertanyaan di Balai Polis Kota Bharu dan membuat kacau dengan memaki hamun anggota polis. Lelaki itu kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah.-utusan


DI ATAS ADALAH BERITA TENTANG ORANG AWAM YANG DIPENJARA KERANA MENGHINA POLIS. INI SATU KES YANG DIPAPAR, ADA LAGI PULUHAN YANG LAIN. TAPI YANG KPS MUSKILKAN IALAH, KENAPA ORANG AWAM SAHAJA KENA, YANG TAK BERAPA ORANG AWAM BOLEH PULAK. MAT SABU DAN KELUARGA PERNAH TUDUH POLIS BAKAR PAGAR RUMAH MAT SABU....ADA POLIS AMBIK TINDAKKAN ????



Tuduh Polis Bakar Rumah Mat Sabu: Jangan Cakap Sembarangan - Khalid

JOHOR BAHARU: Timbalan Ketua Polis Negara menasihatkan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti.

Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan anak lelaki Timbalan Presiden PAS itu yang menuduh pihak polis sebagai dalang dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini adalah menghairankan dan tidak masuk akal.

"Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia (Mohamad Sabu) cakap lepas, janganlah anak pun sama jugak. Kalau tiada asas untuk membuat tuduhan sedemikian, jangan," katanya kepada pemberita selepas melawat pangkalan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua di Tampoi, pada Khamis.

Katanya, jika Ahmad Saiful mempunyai bukti menyokong dakwaannya bahawa polis terlibat, beliau boleh membuat laporan polis atau jika enggan berbuat demikian, boleh berjumpa dengannya atau Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anak lelaki Mohamad Sabu yang menuduh polis sebagai dalang di dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini.

Di dalam kejadian yang berlaku pada 12.40 tengah malam itu, rumah teres dua tingkat Mohamad Sabu dilaporkan dilontar "Molotov Cocktail" oleh individu tidak dikenali tetapi hanya menyebabkan kerosakan kecil di bahagian pintu pagar.

Mengenai kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan di dalam laman sosialnya untuk menukar Jalur Gemilang, Khalid berkata, polis masih mengkaji tentang kes itu.

"Kita akan tengok apa yang perlu kita buat. Kita sudah cakap sebelum ini, jangan cakap sesuka hati yang boleh mengguris orang lain atau menimbulkan keadaan tidak tenteram di kalangan masyarakat," katanya.

Beliau yang meminta semua pihak supaya berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan, berkata tidak pasti tentang bilangan laporan polis yang diterima pihaknya berhubung kenyataan kontroversi Manoharan itu.

"Fikirlah dulu sebelum bercakap. Ini yang bercakap semua terpelajar bukan bodoh-bodoh belaka. Fikirlah dulu sebelum keluarkan pandangan, kritikan dan sebagainya," kata Khalid. -BERNAMA


KES ANAK MAT SABU KENA WARNING SAJA KA???????


KES BAWAH MACAM MANA PULAK????


KES KOPERAL JENAIN YANG KENA PENJARA DEMI MENJALANKAN TUGAS MACAM MANA ?????

KOPERAL JENAIN CUBA MENGHALANG SESUATU YANG BURUK DARI BERLAKU...TAPI DIA PULAK YANG DIPERSALAHKAN....ORANG TUA YANG BAGI BUDAK BAWAH UMUQ BAWA KERETA TAK KENA PULAK...PEMBANGKANG YANG FITNAH POLIS TAK KENA PULAK.....TENGOK PROPAGANDA PEMBANGKANG HINA POLIS DI BAWAH....



KPS: PEMBANGKANG DIDAHULUKAN.....POLIS JUGA TERKANGKANG....INILAH REALITI MASA SEKARANG....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar