Selasa, 31 Januari 2012

DEPA AMBIK.....TAPI DEPA FITNAH JUGA......CEMBURU TAPI TETAP KEBULOQ,,,,


SAPA DIA YANG AMBIK BR1M NI ??????

GAMBAQ DI ATAS DEPA AMBIK....TAPI FITNAH MACAM-MACAM PULAK....

Kerajaan nafi BR1M dipinjam dari Israel

BERA 30 Jan. - Kerajaan menafikan tohmahan terbaru pembangkang kononnya wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dipinjam daripada Israel dan haram bagi rakyat negara ini menerimanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya BR1M adalah daripada sumber wang haram, dinasihatkan supaya tidak memohon bantuan tersebut.

Katanya, bagi mereka yang sudah menerima bantuan itu tetapi berasa ragu-ragu kerana mempercayai kempen pembangkang tersebut, diminta memulang semula wang berkenaan.

''Adalah tidak adil bagi mereka yang mempercayai BR1M adalah sumber haram dan pada masa sama tetap mengambilnya.

"Pembangkang menuduh kerajaan meminjam wang daripada Israel untuk diberikan kepada rakyat tetapi penyokong mereka awal-awal lagi mengisi borang bagi mendapatkannya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan BR1M peringkat Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, tindakan tersebut menunjukkan pembangkang ''cakap tidak serupa bikin'' apabila membohongi rakyat.

Beliau juga menafikan bantuan itu dipinjam daripada Israel atau Bank Dunia tetapi ia adalah hasil perancangan sumber kerajaan sendiri.

Ismail turut menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara jelas memberikan kenyataan kepada media Barat untuk melindungi Israel.

"Inilah sikap Anwar yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik sokongan Barat dan demi kepentingan politiknya dengan menunjukkan keprihatinan kepada Israel.

"Apabila berada di dunia Arab, dia menghentam Israel dan apabila berada dalam kalangan pemimpin Barat, kenyataan beliau adalah sebaliknya," katanya.

Menurut beliau, kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengiktiraf Israel apatah lagi mengadakan hubungan diplomatik dan perniagaan dengan negara itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar