Jumat, 20 Januari 2012

TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA SAUDARA SAIFUL




Jabatan Peguam Negara berkata rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, difailkan pada Jumaat berdasarkan keterangan dan undang-undang.
Jabatan itu menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.
"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.
"Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.
Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa menyampaikan keputusan itu berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.
Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti. - BERNAMA


KENYATAAN DARI BLOG SAUDARA SAIFUL BUKHARI....

Syukur.. Peguam Negara failkan Notis Rayuan... disaat akhir 4.15pm

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara didalam memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada petang tadi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang lepas.

Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana.

Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.

Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar

Kepada Allah saya berserah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN
20hb Januari 2012

Tidak ada komentar:

Posting Komentar