NGO Jingga 13 desak Hasan Ali mohon maaf pada Anwar
KUALA LUMPUR, RABU 18 Januari 2012: NGO Jingga 13 menuntut supaya ekas Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.
Laporan Keadilandaily menyebut, ia berdasarkan laporan akhbar milik UMNO, yang memutarbelitkan wawancara Anwar dengan British Broadcating Corporation (BBC) baru-baru ini.
“Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Hassan Ali ini dan mendesak beliau memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa,” kata Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafie Muhamad.
Menurut Saifuddin, Jingga 13 mempersoalkan rasional kenyataan Dr Hassan Ali itu yang cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Anwar.
“Apakah Dr Hassan Ali diperalatkan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan imej beliau. Kenyataan Dr Hassan Ali ternyata kosong dan tidak mempunyai fakta,” ujar beliau.
Anwar semalam mengemukakan notis saman sebanyak RM50 juta daripada Utusan ekoran dakwaan beliau menghalalkan homoseksual di negara ini.
Laporan muka depan Utusan Malaysia Selasa 17 Januari bertajuk ‘Tolak Anwar- Hasan’ memetik kenyataan Hasan Ali, berdasarkan temubual Anwar dengan BBC.
JINGGAY 13 PADA HEMAT KPS PATUT SURUH PAK NUAR MINTA MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA....KERANA APA ?????
1) KERANA KEMUNAFIKKAN PAK NUAR DALAM ISU 16 SEPTEMBER.
2) MEMBURUK-BURUKKAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA.
3) PAK NUAR MENYOKONG LGBT MENERUSI TWEETER.
4) MENGAMALKAN PLURALISME AGAMA.
5)SANGGUP MENGGADAIKAN AKIDAH DEMI SOKONGAN POLITIK.
6) PROKSI YAHUDI.
7) DOK SEMBANG NAK JADI PM TAPI TAK JADI-JADI(ORANG KELIRU)
8) PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
9) DIIKTIRAF SEBAGAI 'IMAM MAHDI' TAPI TAK NAFIKAN DIA IMAM MAHDI.
10) MAKI MAHKAMAH, PM, POLIS, HAKIM DAN RAMAI LAGI DENGAN HUJAHAN KONSPIRASI.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar