Selasa, 06 Desember 2011

PAKATAN RAKYAT MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DEPA YANG LEBIH

WOI...HANG PA TOK SAH BUAT KEJA BODO LA PEMBANGKANG. KALAU HANG PA KATA PAPA GOMO AYAT KASAQ AKU BOLEH TERIMA. TAPI KALAU KATA FITNAH ITU SATU PEMBOHONGAN. CUBALAH PRO PAKATAN BERFIKIR ANTARA SINDIRAN DAN FITNAH.....APAKAH PAKATAN PEMBANGKANG MANDUL DALAM BERBLOGER...KEPADA YANG BELUM BACA KENYATAAN TERSEBUT, SILA SELAK SEMULA PENULISAN PAPA GOMO.


PAKATAN RAKYAT YANG RAJA FITNAH.....SEDAQ LA WOI...


Kolumnis TMI buat laporan berikutan fitnah yang ditulis Papagomo terhadap beliau

PETALING JAYA: Kolumnis The Malaysian Insider (TMI), Amin Iskandar merangkap ahli lembaga pengarah Institut Kebangsaan Demokrasi dan Integriti Pilihan Raya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papagomo di Balai Polis Jalan Travers tengah hari tadi.

“Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak,” kata Amin dalam kenyataannya.

Laporan dibuat berikutan penerbitan artikel bertajuk Amin Iskandar Penulis The Malaysian Insider Akui Dicabul Anwar Ibrahim oleh pengendali Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris pada 11 November yang lepas.

Amin percaya bahawa penulisan itu dibuat berikutan penerbitan artikel Amin di laman web berita The Malaysian Insider bertajuk Razali Ibrahim, janganlah bersikap seperti anak kecil’. Razali ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Razali dikritik kerana menyalahkan pimpinan Pakatan Rakyat berikutan tindakan liar penyokong Indonesia terhadap pemain Malaysia ketika Sukan SEA bulan lepas.

Bercakap mengenai perkara tersebut, Amin berkata: “Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.”

Justeru itu beliau menyeru pihak Polis Di Raja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan terhadap Papagomo.

“Adalah diharapkan PDRM dan SKMM dapat mengambil tindakan terhadap penulis-penulis blog seperti ini tanpa memilih bulu.

Ini kerana penulis-penulis seperti ini seringkali melemparkan fitnah secara sesuka hati tanpa berani memperkenalkan identiti sebenar mereka tetapi berselindung disebalik nama samaran,” tambah Amin yang juga merupakan kolumnis laman portal berita, Malaysiakini.

KPS: BUKANKAH PAKATAN RAKYAT LEBIH BANYAK FITNAH....????

Tidak ada komentar:

Posting Komentar