Selasa, 06 Desember 2011

EDISI CIRIT-BIRIT : POK NIK SOKONG SHARIZAT DALAN ISU NFC



NIK AZIZ MENGGEMPARKAN POLITIK TANAH AIR. APA PASAI ???? NIK AZIZ SECARA LURUS BENDUL MENTARBIAH 3 AHLI UMNO YANG SECARA TERBUKA MENUNTUT SHARIZAT MELETAK JAWATAN. BUNG MOKTAR, SYED ALI ALHABSEE, DAN SEORANG PERWAKILAN DARI PAHANG SEMASA PAU 2011. NIK AZIZ KATA KALAU BENDA TU KITA TAK BUAT KENAPA KITA NAK TANGGUNGJAWAB. MEMANG BENAR KATA NIK AZIZ TERSEBUT. KPS SOKONG 100 %. TETAPI DALAM KES POK NIK LAIN SEBAB DAKYAH POK NIK LA YANG MENYEBABKAN PENYOKONG MENJADI TAKSUB DAN MENJADI TANGGUNGJAWAB POK NIK UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN. TAPI POK NIK CUBA MENAMBAHKAN LAGI SENARAI KESALAHAN BELIAU. POK NIK MENAMBAH, TOLAK ISLAM PON KUFUR. POK NIK SEPERTI YANG KITA KETAHUI MENOLAK PERPADUAN ISLAM. ADA YANG MENYIFATKAN POK NIK SEBAGAI "BAPA PEMECAH BELAH UMMAH". APAKAH POK NIK KUFUR KERANA ISLAM MAHU BERSATU-PADU TETAPI POK NIK NAK BERKAWAN DENGAN SYAITAN DENGAN MENOLAK RAKAN SEAKIDAH. TETAPI KPS TABIK KERANA POK NIK SECARA TAK SENGAJA MEMBELA SHARIZAT. SUAMI DIA YANG PUNYA SYARIKAT KENAPA NAK SALAHKAN DIA PULAK. LAGI PON PENJELASAN DAH BAGI, DAN NYATA 3 EKOQ LEMBU PKR YANG MEMFITNAH.





Nik Aziz tidak akan bertanggungjawab

KOTA BHARU 5 Dis. - Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi' oleh sebuah portal, detikperubahan.com.

KPS: POK NIK PON SOKONG SHARIZAT.....MIMPI KE NI.....???? SECARA TERSIRAT

Tidak ada komentar:

Posting Komentar