Rabu, 31 Agustus 2011

TUAN IBRAHIN TUAN MAN.......AWAT HANG DOK PUTAQ BELIT SAKAN SANGAT ?

SETELAH KPS MENELITI DAN MENGKAJI BEBERAPA PERKARA YANG TELAH DINYATAKAN OLEH PENERANGAN PAS PUSAT...MEMANG BANYAK BERBELIT. TAPI APA NAK KISAH...PAS MEMMANG PEMBELIT SEJATI. PAS ITU MUNAFIK DAN MUNAFIK ITU PAS....TIADA KERAGUAAN LAGI....


PAS WAS DEAD.....TUAN IBRAHIM TUAN MAN PENERANGAN PAS PUSAT APAKAH ANDA BACUL ? SEKADAR CAKAP BELIT-BELIT LANGSUNG TAK ADA KENYATAAN YANG TETAP. BAGI TAU SAJA LA YANG MAT SABU TU SOKONG KOMUNIS. YANG HANG BELA KOMUNIS AWATNYA ? KOMUNIS HANG KATA NAK HALAU BRITISH....DAH BRITISH KELUAR KITA MERDEKA AWAT DEPA BUAT KACAU LAGI ? KOMUNIS TU NAK MAMPUS KA ? CAKAP BELIT-BELIT LANGSUNG TAK BERANI NAK BAGI TAU BENDA BETUL. HANG PA NAK SURUH BEKAS TENTERA SOKONG HANG PA DALAM UNDI POS TAPI DALAM MASA SAMA HANG PA KATA DEPA PENGKHIANAT......PAS OIIIII.....AWAT LA'E SANGAT.....MANDOM BETUL LA......







Sejarah: Cakaplah benar walaupun pahit
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.

“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang diputarbelitkan oleh media perdana.

Dalam isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu ceramahnya yang sengaja dijadikan isu kontroversi hangat oleh Umno baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu.

"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?

“Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.

"Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Ini disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.

“Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?” soal beliau.

"Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.

“Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British.

"Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.

Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

“Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.

Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.

"Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero,” terang beliau lagi.

Secara menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun.

Namun demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya “menghalau penjajah” – namun apa yang pasti, “menghalau penjajah” merupakan common goal yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.

“Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu.

Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.

"Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis,” tegas beliau, sambil menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era.

“Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah,” kata beliau.

Kontroversi yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British.

“Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.

"Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” nasihat beliau.

Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
\

KPS : AWAT PAS MANDUL DAN BUTA SEJARAH ?

Senin, 29 Agustus 2011

TERLALU KERAP MENGKAFIR ORANG....PEMIMPIN SENDIRI DISALIB...PAS WAS DEAD



Bekas Pengetua disenarai 430 individu Murtad di Blog "Malaysia Times" buat laporan polis
Share
Monday, August 29, 2011 namaberita.com No comments



KUALA LUMPUR 28 Ogos - Seorang bekas pengetua sebuah sekolah menengah di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini terkejut apabila nama dan nombor kad pengenalannya tersenarai antara 430 individu yang murtad di negara ini dalam satu laman blog baru-baru ini.

Zainal Ratin Zainal Abidin, 60, menyedari namanya tersenarai dalam blog tersebut setelah dimaklumkan oleh anaknya kira-kira pukul 9 malam tadi.

Beliau yang terkejut dengan kewujudan namanya itu kemudian membuat laporan di Balai Polis TTDI di sini pukul 2 petang ini.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, tujuan laporan polis itu dibuat adalah meminta pihak berkuasa menyiasat secara terperinci bagaimana maklumat dirinya itu boleh tertera dalam senarai berkenaan.

Katanya, penyenaraian nama beliau itu boleh dianggap satu fitnah yang amat dahsyat dan menjatuhkan maruahnya selain mencemarkan nama baik beliau sebagai bekas pengetua dan keluarganya.

"Saya akan mempertimbangkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang dalam tempoh 14 hari dari tarikh laporan polis ini dibuat," katanya ketika ditemui di pekarangan balai polis itu hari ini.

Pada 25 Jun lalu, laman blog Malaysia Times ada menyiarkan satu artikel bertajuk "Hari-hari cakap bohong ... lama-lama jadi menteri" yang menyenaraikan hampir 430 orang berbangsa Melayu tetapi beragama Kristian, Buddha dan Hindu.

Penulis yang dikenali sebagai MSK memetik senarai nama terbabit dari Daftar Pemilih Perak dan menjumpai 428 pengundi Melayu bukan Islam.

- Utusan

BUKTI NAMA BELIAU DISENARAIKAN....


KPS : PAS WAS DEAD...PEMURTAD RAKYAT PEMIMPIN SENDIRI DISALIB

I.S.A TIDAK CUKUP.......HALAU SAHAJA DARI BUMI MALAYSIA MAT SABU ITU....MAT SABU DAJJAL KECIL SAMA TARAF SEPERTI PAK NUAR


MUNAFIK APAKAH MAT SABU INI ? DIA SENDIRI CAKAP, DIA SENDIRI LUPA ? KALAU NANTI NEGARA INI TERGADAI APA JAWAPAN MAT SABU ? JAWAPANNYA SAH DIA TERLUPA. BAYANGKAN KALAU DIA NI MURTAD, JAWAPAN SAMA DIA TERLUPA . APAKAH ADA PRINSIP ORANG MACAM NI. APAKAH MAT SABU TURUT TERLUPA APA ITU PAJERO DAN APA ITU KERETA WAJA ?



'MENATANG' APA NI MAT SABU ? KATA VIDEO TARAK....VIDEO DAH TERSEBAR DAH PON....DALAM BLOG KPS PON ADA VIDEO NI....TAPI BUKAN KA PAS KATA VIDEO TU BESI....NI YANG HADI 'BESI' AWANG KATA.


AMARAN KEPADA MAT SABU LAKNATULLAH, BAHASANYA KATA-KATA 'PEMBANGANG' SEPERTI ANDA SEPERTI MENGUNDANG CACIAN DAN NISTA KEPADA 100 KETURUNAN ANDA. APAKAH PEMIMPIN LAKNAT SEPERTI MAT SABU MEMIMPIN SEBUAH PARTI YANG BERKATA PERJUANGKAN ISLAM? MAT SABU INI JENIS SANGGUP MENGAGADAIKAN ISLAM....SANGGUP MENGANGKAT SI PEMURTAD SEBAGAI KHALIFAH DAN SANGGUP MENGDADAIKAN APA SAHAJA DEMI KUASA DAN POLITIK. MAT SABU MEMANG DITAKDIRKAN SEBAGAI 'DAJJAL KECIL' SEPERTI MANA PAK NUAR.


CADANGAN KPS IALAH....BUKAN DI ISA KAN TAPI DIHAPUSKAN....HAPUSKAN DARI BUMI MALAYSIA....HANTAR KE NEGARA ZIONIS....BIAR MEREKA JADI WARGANEGARA SANA....

SETIAP SOKONGAN KEPADA PR(PEMURTAD RAKYAT) MENGADAI AKIDAH, MENGADAI BANGSA, MENGADAI SEJARAH DAN MENGADAI TANAH AIR.....KATAKAN TIDAK KEPADA PR....PR MUST DIE....PR WAS DEAD....


Saya tak ingat – Mat Sabu

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

SEBAHAGIAN anggota Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis terhadap Mohamad Sabu di Balai Polis Larkin, Johor Bahru, semalam.

# Mohamad Sabu yang dikecam pelbagai pihak kerana menyokong perjuangan komunis, akhirnya muncul memberi reaksi pertama beliau yang dianggap cukup mengejutkan.

# Dalam kenyataan ringkasnya, Timbalan Presiden Pas itu mendakwa tidak ingat apa yang beliau ucapkan ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

# Sementara itu pelbagai pihak terus mengecam beliau dan setakat ini 20 laporan polis dibuat ke atasnya.
#

# Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula secara tegas melabelkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu sebagai pengganas dan pengkhianat negara.

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang terpalit dengan kontroversi terbaru selepas menganggap pengganas komunis sebagai hero memberi jawapan mengejutkan apabila memberitahu, dia tidak mengingati apa yang diucapkannya.

Ia kenyataan pertama seumpamanya pernah dibuat oleh Mohamad dalam usahanya ‘membela’ diri kerana dalam mana-mana kes kontroversinya sebelum ini, pemidato hebat Pas itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia terlupa mengenai apa yang pernah dituturkan.

Lebih mengejutkan, dakwaan terlupa itu dibuat ketika video yang memaparkan ucapannya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu telah mula tersebar di Internet terutamanya di laman-laman blog dan laman sosial Facebook sejak petang semalam.

“Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman ceramah itu balik. Lepas tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam atau bagaimana,” katanya seperti mana dipetik dari lidah rasmi Pas, http://harakahdaily.net, hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depan semalam melaporkan, Mohamad menganggap Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurut Timbalan Presiden Pas itu, Muhammad Indera, iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis tersebut.

Dalam ceramahnya itu juga, beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British selain turut berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara.

Rentetan kontroversi itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa ‘penyembelihan’ Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua Pas itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuk perbuatan biadab itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau menganggap Mohamad sebagai pemimpin yang buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

KPS : BUKAN ISA,,,,TAPI HAPUSKAN,,,,


Minggu, 28 Agustus 2011

AYUH SELURUH WARGA PEJUANG TANAH AIR......KOMUNIS DI DEPAN MATA SAMBIL MEMIJAK MARUAH ANDA......PADAMKAN API KOMUNIS ITU




DISALIN DARI BLOG TAIPING MALI.....KPS ADA PERSPEKTIF SENDIRI...NAMUM TERLALU PANJANG UNTUK MENULIS....SEMENTELAHAN PULA SEORANG YANG TERSELAMAT DARI KAMPUNG KELADI, KULIM....BERADA DALAM PARLIMEN PADANG SERAI BERSAMA KPS...

Rabu, Februari 23, 2011
HARI INI DALAM SEJARAH : BUKIT KEPONG


Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.


Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis [[Melayu] di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

Seramai 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.


Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.


Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
[sunting] Mereka yang terselamat

Anggota Polis

1. Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
2. Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
3. Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
4. Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

Ahli keluarga anggota

1. Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
4. Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah

Mereka yang gugur dalam pertempuran

Anggota Polis

1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
4. Konstabel 9136 Hassan Osman
5. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
6. Konstabel 8600 Jaafar Hassan
7. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
8. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
9. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
11. Konstabel Marin 68 Awang Ali
12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad


Polis Bantuan

1. Ins. Kudarina Naknok
2. AP 2130 Samad Yatim
3. AP Mahmood Saat
4. AP 1925 Ali Akop
5. AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota

1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis

1. AP Redzuan Alias
2. Embong Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng


KPS : AYUH BANGKIT SEMUA RAKYAT MALAYSIA HAPUSKAN WAKIL KOMUNIS SEKOQ ITU

MISI BANTUAN KE SOMALIA.......MEREKA INI DIBARISAN HADAPAN, MEREKA INI MEMPERTARUHKAN NYAWA MEREKA DAN MEREKA INI JUGA HARAPAN UNTUK SEORANG KANAK-KANAK SOMALIA YANG SEDANG KEBULURAN SAAT INI


KELAB PUTERA 1MALAYSIA TERUS LAGI DAN LAGI TERKEHADAPAN DALAM MENDENGAR RINTIHAN SUARA MASYARAKAT SOMALIA.

DIBERITAKAN JUGA BAHAWA PERANCANGAN ASAL UNTUK KE SOMALIA MENGGUNAKAN PESAWAT KOMERSIAL DARI AIR ASIA TELAH DITUKAR KEPADA SEBUAH PESAWAT TENTERA MALAYSIA. INI MENYEBABKAN BILANGAN SUKARELAWAN BERKURANGAN.


NAMUM SEMANGAT MEREKA TIDAK LANGSUNG BERKURANG. MENGIKUT PERANGKAAN SETIAP ENAM MINIT ADA SAJA KEMATIAN AKIBAT KEBULURAN DI SOMALIA. BARISAN HADAPAN YANG MENGGERAKKAN USAHA INI IALAH DATIN SERI ROSMAH MANSUR BESERTA DENGAN DATO' AZEEZ.

MENGIKUT SUATU SUMBER JUGA MEMBERITAHU BAHAWA TIDAK MUNGKIN AKAN ADA SYARIKAT INSURAN YANG SANGGUP MENANDATANGANI APA-APA DENGAN SUKARELAWAN YANG TERLIBAT. SEGALA RISIKO AKAN DITANGGUNG SENDIRI OLEH PARA SUKARELAWAN YANG TURUT TERDIRI DARIPADA KALANGAN DOKTOR. MENGIKUT MAKLUMAT JUGA ADA BLOGER MESRA BN YANG AKAN MENYERTAI MISI INI.



HALANGAN YANG PALING BESAR DALAM MISI INI IALAH BERKAITAN DENGAN PARA PEMBERONTAK DI SOMALIA.




INSYA'ALLAH.....ALLAH BERSAMA ANDA....KPS MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA. SEMOGA ALLAH MEMBALAS DENGAN SEBESAR-BESAR GANJARAN KEPADA KALIAN SEMUA.




KPS : MOHON SELURUH UMAT MANUSIA MENYOKONG DAN MENDOAKAN MISI INI.