Rabu, 07 Maret 2012

ADA BERITA BAIK BAGI PENGGUNA TOL BATU 3 DAN TOL SUNGAI RASAH





BN Shah Alam sambut baik

SHAH ALAM 5 Mac - Barisan Nasional (BN) Shah Alam menyambut baik kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor untuk mempertimbangkan permintaan mereka agar kutipan tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini dimansuhkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian Shaziman untuk membawa perkara tersebut ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi.

"Bagi BN Shah Alam, kami sentiasa mengalu-alukan usaha untuk mengurangkan beban ekonomi masyarakat bandar raya ini yang perlu berjimat-cermat kesan daripada kelembapan ekonomi global.

"Sedikit sebanyak beban ekonomi tersebut dapat dikurangkan dengan pemansuhan kedua-dua tol itu kelak," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Pada 2 Mac lalu, BN Parlimen Shah Alam dalam satu sidang media menyatakan akan mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan permintaan penduduk bandar raya itu supaya kutipan tol di dua plaza tol berkenaan dimansuhkan sebelum PRU-13.

Shaziman dalam satu kenyataannya kelmarin pula menyatakan jaminan untuk mengkaji pemansuhan di dua plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau serta kutipan tol di konsesi lebuh raya lain.

Dalam pada itu, Ahmad Nawawi menyatakan warga Shah Alam telah terlalu lama menunggu jawapan kepada memorandum pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau sejak tahun lalu.

"Kami berharap dengan jaminan itu, warga Shah Alam dan pengguna dua tol berkenaan akan merasai kegembiraan sebagaimana pengguna tol Lebuh Raya Cheras-Kajang apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan 50 peratus bayaran tol di Batu 9 dan Batu 11 beberapa hari lalu," ujarnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar