TAJUK DI ATAS MUNGKIN BERAT UNTUK DIHADAPAN OLEH SESIAPA SAJA. TAPI ANDA AKAN MENYAKINI TAJUK DI ATAS SEKIRANYA ANDA MEMBACA KENYATAAN BEKAS KETUA PEMUDA PAS YANG TURUT MERANGKA MANIFESTO PAS KEDAH BAGI MENGALAHKAN BN PADA PRU-12 TAHUN 2008. JANJI DITABUR AKHIRNYA HANYA TINGGAL AIR LIUR SAHAJA. MEMANG KEJAM,,,,,TAK PERCAYA....BACA SAMPAI HABIS DI BAWAH,,,,,,KALAU TAK DAK UMNO/BN MAKA BOLEH JADI PIHAK SEKOLAH AGAMA RAKYAT TERSEBUT MENGALAMI MASALAH SERIUS KERANA 'DUNGGUNYA' REGIM PAS KEDAH......AYUH BACA
Pentadbir sekolah agama persendirian di Kedah melabelkan pemimpin PAS negeri mungkir janji kerana tidak membantu sesen pun walaupun dijanjikan dalam pilihan raya umum 2008.
Sekolah agama berjumlah 12 buah itu meletakkan kesalahan tersebut kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Mereka mendakwa telah mengadakan pertemuan dua atau tiga kali dengan Menteri Besar, tetapi jawabannya hampa.
“Pertemuan pertama sebaik Azizan menjadi Menteri Besar, `dia kata mengapa datang awal sangat’. Manakala dalam pertemuan kedua pula, Azizan kata, `sedang susun’.
“Tetapi sehingga sekarang lebih tiga tahun satu sen pun kami tidak dapat. Kami terguris hati dengan Azizan,” kata bekas Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Najib Fahmi Yahya.
Beliau kini menjadi Setiausaha Sekolah Agama Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali dengan panggilan Pondok Pak Ya di Batu 16 Padang Lumat mempunyai 600 pelajar.
Menurut Mohd Najib. beliau antara pemimpin PAS Kedah yang merangka manifesto PAS negeri bagi menghadapi pilihan raya umum 2008.
`Satu sen pun tidak dapat’
Katanya, dalam manifesto itu PAS negeri akan memberi bantuan kepada sekolah agama persendirian apabila menjadi kerajaan negeri.
“Kami berusaha bersungguh-sungguh supaya kerajaan PAS menggantikan Umno dan kerana itu kami semua gembira apabila menang dalam pilihan raya umum 2008.
“Kami sangka sudah tentu bantuan kepada sekolah agama lebih banyak dari yang diberikan sebanyak RM13,000 oleh Majlis Agama Islam Kedah (Maik) untuk membayar gaji guru sejak BN memerintah.
“Tetapi setelah PAS menang, satu sen pun kami tidak dapat, Azizan dalam akhbar memberitahu bantuan untuk sekolah agama di Kedah telah diberi tetapi sebenarnya tidak. Orang akan percaya kerana imej ustaz Azizan.
“Pihak sekolah saya pergi jumpa Azizan untuk meminta beliau melupuskan tunggakan air sebanyak RM38, 000 tetapi beliau minta saya jumpa Pusat.
“Kita pergi jumpa Azizan atas sifat beliau sebagai Menteri Besar dan bekas pengerusi sekolah ini. Kalau kerajaan Pusat boleh memansuhkan bil elektrik sekolah jenis Cina dan Tamil, mengapa kerajaan Kedah tidak boleh hapuskan bil air sekolah agama? ,” tambah Mohd Najib
Menteri Umno bantu
Untuk sekian lama sekolah-sekolah merupakan kubu kuat PAS dan sokongan mereka membolehkan parti Islam itu memerintah Kedah dalam pilihan raya umum 2008 lalu.
Menurut Mohd Najib, dulu sekolah agama memang penyokong kuat PAS tetapi kini terbuka untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Umno.
Beliau menambah, tidak pernah dalam sejarah 70 tahun ada pemimpin Umno boleh masuk ke sekolah kecuali mantan Perdan Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kami terguris hati dengan Azizan kerana apa yang dijanji tidak dibuat. Kalau dapat bantuan RM300, 000 sudah cukup, berapa banyak sangat jumlah itu berbanding perbelanjaan kerajaan untuk benda lain.
“Sekarang kami terbuka, kami akan sokong mana-mana pihak yang bantu sekolah kami. Umno sudah membantu sekolah agama persendirian.
“Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memberi semula bantuan perkapita yang terhenti sejak Dr Mahathir kerana kononnya tempat melahirkan kader PAS.
“Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama persendirian ini antara RM30, 000 hingga RM50, 000 bergantung jumlah pelajar,” katanya.FMT
Tidak ada komentar:
Posting Komentar