Jumat, 30 Maret 2012

RAKYAT KEPUNG PEJABAT PAS SEBENTAR TADI .......



Beberapa NGO hari ini berkumpul di hadapan Ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut bagi mendesak parti itu menyatakan pendirian berhubung kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau di Wall Street Journal yang mahu mempertahankan keselamatan Israel.

Akan ada lagi demonstrasi mendesak seperti ini selagi PAS tidak menyatakan pendirian mereka. NGO berkenaan juga berasa berbesar hati dan mengharapkan parti PAS dan UMNO dapat bersatu dalam hal menjaga Islam, bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak, Mohd Nazri Bin Abdul Aziz, demo aman ini adalah lanjutan dari demo yang dibuat sebelum ini. Disebabkan kepimpinan dalam parti PAS masih belum menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Ketua Pembangkang di Wall Street Journal itu maka NGO-NGO ini akan terus mendesak.

"Isu dia 'simple', Islam, Melayu dan Raja-Raja"-Ujarnya. Beliau juga menyeru agar PAS dapat melupakan persengketaan ideologi politik.

Antara NGO yang hadir, Pertubuhan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak, Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Persatuan Veteran Malaysia, Gabungan NGO Malaysia.

Sumber KL POS

Tidak ada komentar:

Posting Komentar