Kamis, 22 Maret 2012

PR TAK KEBULOQ UNDI INDIA.....JANGAN BONGKAK LA WAHAI PR


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SUDAH TIDAK PERDULIKAN UNDI KAUM INDIA. BIAQ BETOI...TAK PERCAYA???? HANG PA MAI TENGOK PENDEDAHAN BLOGER kedahan69ers.com.....








Malangnya berbanding Barisan Nasional, Pakatan Rakyat tidak membincangkan permasalahan rakyat pelbagai kaum dan agama dalam setiap mesyuarat mereka, sebaliknya yang diperbincangkan hanyalah untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. Pertembungan hak dan kepentingan masyarakat pelbagai lapisan dan latarbelakang tidak pernah diambil berat, mungkin dengan harapan rakyat dapat melihat ia sebagai sesuatu yang tidak perlu dan sangat remeh.

Itulah yang berlaku pada 19 Mac 2012 apabila sekumpulan penduduk Taman Petani Jaya yang diketuai oleh Kumara Guru a/l K Veloo yang merupakan Pengerusi Persatuan Penyokong Kuil Sri Siti Vinayagar merangkap Setiausaha Kuil Sri Siti Vinayagar, Jalan Hospital, Sungai Petani telah mengadakan satu sidang akhbar tentang perobohan sebuah pondok kuil kecil di hadapan rumah yang beralamat No.37, Lorong 1, Taman Petani Jaya, 08000 Sungai Petani oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani pada 14 Mac 2012.

Seramai lebih 20 orang turut hadir termasuklah R. Somasundram, Pengerusi PPP Negeri Kedah, Ong Wei Sing, Ketua CRSM Negeri Kedah/Perlis merangkap Naib Ketua PPMCA Kedah, Chella, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kaum India Parlimen Sungai Petani dan Makhbol bin Hashim, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Kawasan Sungai Petani.

Dalam sidang akhbar itu, penduduk menyatakan perasaan tidak puas terhadap Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din yang tidak mengendahkan aduan penduduk berhubung perobohan pondok kuil kecil itu, sebaliknya menyatakan DIA TIDAK MEMERLUKAN UNDI KAUM INDIA UNTUK MENANG….

Penghantaran SMS antara Rashid Din dengan seorang pemimpin India tempatan membuktikan perangai songsang Rashid Din. Secara tidak langsung memberitahu semua masyarakat India di Sungai Petani bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat hanya membuat janji kosong, malah tidak langsung berhasrat mahu menjaga nasib atau keagamaan kaum India.

Untuk pengetahuan, majoriti masyarakat India di kawasan ini telah mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU lalu.

Rashid Din dalam usahanya untuk melepaskan diri, menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional berhubung perobohan tersebut. Alasannya, Majlis Perbandaran Sungai Petani masih lagi dikuasai oleh orang Barisan Nasional, menyebabkan dia tidak berupaya untuk melakukan langkah-langkah pencegahan. Pun begitu, Rashid Din juga menyatakan, dia percaya, perobohan tersebut dilakukan memandang status premis tersebut sebagai HARAM.

Masa berkempen, pelbagai janji ditabur dan pelbagai kata keji dilemparkan kepada UMNO-BN. Namun nampaknya kata keji dan caci maki itu akhirnya berbalik kepada Pakatan Rakyat sendiri.

Itulah perangai sebenar Pakatan Rakyat. Tidak ada sebarang kesalahan dan kelemahan bagi mereka, melainkan menyalahkan orang lain. Ketika ingin mendapatkan undi dan kepercayaan, pelbagai janji-janji manis ditabur, tetapi apabila kuasa sudah berada dalam tangan, mereka pula yang BERAJA DI MATA, BERSULTAN DI HATI.

Rashid Din berkemungkinan besar, sama seperti kebanyakan pemimpin PKR lain, tidak akan mengaku perbuatannya yang tidak menghargai undi masyarakat India yang telah meletakkan dia sebagai Ahli Parlimen Merbok. Namun bukti-bukti yang ada menunjukkan, Rashid Din bukanlah jenis manusia yang tahu bertanggungjawab, tahu memegang amanah dan tahu menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya!

Nampaknya, Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi PKR akan kehilangan satu lagi Kerusi Parlimen di Kedah iaitu Merbok.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar