Rabu, 21 Maret 2012

REMPAH RATUS SIDANG DUN SELANGOR


PEPERANGAN ANTARA JATI DAN PAS,,,,,,


SHAH ALAM 21 Mac - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini gamat seketika setelah berlaku pertelingkahan di antara ADUN Gombak Setia, Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali dan ADUN Meru Dr. Abdul Rani Othman.
Dr. Rani yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri mengkritik bekas pemegang jawatan yang sama satu ketika dahulu itu mempersoalkan tindakan Dr. Hasan yang didakwa tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja, semalam.
Malah Dr. Rani juga mendakwa bekas Exco Selangor itu tidak bijak dalam berbahas menentang pihak lawan kerana tidak memberi peluang kepada beliau mengajukan soalan berkaitan isu Murtad yang dibangkitkan beliau.
Dr. Hasan dalam pada itu mengherdik tindakan Dr. Rani yang telah menyerang peribadi beliau berkaitan isu Perlantikan Exco.
"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat? Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco (Selangor) selepas saya telah digugurkan.
"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya," katanya sambil disambut dengan tepukan.
Dr. Rani yang kelihatan tidak berpuas hati dengan penjelasan Hasan lantas menjawab dakwaan dengan nada tegas.
"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.
Dr. Hasan dengan pantas menjawab dengan nada sinis mempersoalkan emosi Dr. Rani.
"Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baikbagi semua orang.” Kata beliau



Sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada Rabu menjadi hangat sehingga menyebabkan seorang wakil Barisan Nasional diarah keluar dewan selama dua jam kerana tidak mematuhi arahan Speaker tidak membenarkannya mengemukakan soalan tambahan.

Kekecohan itu timbul apabila Datuk Mohd Isa Abu Kassim (BN-Batang Kali) mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa ada sesetengah projek di era pentadbiran terdahulu yang kos asalnya RM20 juta melambung sehingga RM40 juta.

Mohd Isa berkata, kenyataan itu seolah-olah menuduh pegawai kerajaan ketika zaman pentadbiran terdahulu tidak jujur dan ikhlas dalam menyediakan dokumen kontrak projek yang dimaksudkan.

"Saya nak senarai projek yang YAB maksudkan dan siapa sediakan dokumen tender ini.

"Ini satu penghinaan kepada penjawat awam yang menjawat jawatan di Jawatankuasa Teknikal Pejabat Daerah. Saya memohon penjelasan," katanya.

Speaker Datuk Teng Chang Kim menegur Mohd Isa dengan berkata, beliau tidak boleh mengemukakan soalan tambahan pada masa itu sebab Menteri Besar mempunyai 11 soalan untuk dijawab dan mesti diberikan ruang secukupnya.

Tindakan Mohd Isa yang masih mahu mengemukakan soalan tambahan membuatkan Teng mengarahkan beliau keluar dewan selama dua jam mengikut Peraturan 44(2) Peraturan Tetap dewan.

Dalam sidang akhbar kemudian, Mohd Isa mempersoalkan tindakan Teng yang tidak memberikan beliau peluang mengemukakan soalan tambahan.

"Kita wakil dari pembangkang hendak mendengar penjelasan kerajaan negeriiaitu daripada Menteri Besar sendiri mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dandewan yang mulia inilah tempat yang sesuai," katanya.



YB SATIM DIMAN BERTANYAKAN SOALAN MAUT KEPADA KERAJAAN PR DI SELANGOR APAKAH TUGAS ATAU PERANAN PENASIHAT EKONOMI SELANGOR ? LAWAK SUNGGUH REAKSI DARIPADA PEMBANGKANG. TAK TERKATA MEREKA.



EXCO SELANGOR YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM HAL PERUMAHAN KATA SELANGOR TAK AKAN BINA RUMAH KOS RENDAH KERANA TIADA PEMBELI. BETOI KA TAK ADA ?????

Tidak ada komentar:

Posting Komentar