Senin, 19 Maret 2012

PAK KADIAQ KELUAR UMNO....UMNO BUAT KENDURI KESYUKURAN


PAK KADIAQ YANG UMPAMA BIAWAK HIDUP DALAM UMNO AKHIRNYA KELUAQ UMNO.....BERITA PALING MENGGEMBIRAKAN AHLI UMNO,.....TAHNIAH UMNO....BUAT KENDURI KESYUKURAN...


Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.


"Saya baru saja menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, peletakan jawatan selaku ahli Umno akan berkuat kuasa hari ini (Isnin)," kata Abdul Kadir dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberitahu telah meletak jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada minggu lalu.Abdul Kadir merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri kabinet di bawah Barisan Nasional.

Pada minggu lalu, beliau dicabar untuk meletak jawatan ekoran dakwaannya berhubung budaya rasuah di dalam parti.Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar