Senin, 05 Desember 2011

KRISIS PARTI DEMOKRATIK PROGRESIF SARAWAK(SPDP) SEMAKIN RUNTUH DAN ROBOH

KPS BUKAN ARIF POLITIK DI MALAYSIA TIMUR. TETAPI RAKAN-RAKAN BLOGER DI SEBELAH MALAYSIA TIMUR SEMAKIN RISAU KEPADA KEADAAN YANG BERLAKU PADA MASA KINI. SUKA ATAU TIDAK INI SEBENARNYA MENGGONCANG BARISAN NASIONAL SECARA KESELURUHANNYA. SUKA ATAU TIDAK TAIB MAHMUD PERLU BETINDAK SEGERA. DIULANG SEGERA. INI PENTING UNTUK 'SURVIVOR' BARISAN NASIONAL.....APAKAH PEMIMPIN BARISAN NASIONAL DI SARAWAK MAHU 'POTONG LEHER' SENDIRI....GAJAH SAMA GAJAH BERGADUH...PELANDUK MATI DITENGAH...




Tujuh cawangan keluar SPDP
Posted on Utusan Borneo 4 December 2011, Ahad

TETAP SETIA DENGAN BN: Entri (enam kanan) bersama penyokong kuatnya melaungkan ‘Hidup Barisan’ selepas papan tanda SPDP diturunkan dan diganti dengan papan tanda berlogo BN.
MIRI: Kesemua tujuh cawangan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di konstituensi Marudi semalam bertindak keluar parti dan kemudiannya membentuk Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Marudi.

Tindakan itu sebagai tanda memprotes penyingkiran Pengerusi SPDP Marudi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri Muran pada 25 November lalu oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan.

“Ini menunjukkan kami masih mahu berada dalam Barisan Nasional dan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan.

“Kami akan mengekalkan barisan parti di kesemua tujuh cawangan, kecuali yang tidak mahu menyertai kami,” kata Entri kepada pemberita selepas sesi BN Berjumpa Rakyat di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong di sini.

Beliau menambah, tujuan membentuk jawatankuasa BN di semua cawangan itu adalah bagi memastikan kerjasama berterusan dalam melaksanakan projek pembangunan kerajaan di kawasan tersebut.

Sebanyak 800 orang menghadiri sesi dialog itu, bagi menunjukkan sokongan padu yang diberikan kepada Entri yang dipilih semula sebagai wakil rakyat pada 16 April lalu.

Mereka adalah dari Marudi, Beluru, Nabor, Jegan Hilir, Jegan Ulu, Teruking dan Pengalayan.

Cawangan itu mempunyai sekitar 3,000 ahli berdaftar.

Hadir sama, Penghulu Engah Muja, Penghulu Sedu Gerang, Ketua Pemuda SPDP Marudi Philip Anyie, Tuai Rumah Jubin Sigai, Tuai Rumah Kayong Anam dan Kaunselor Kallang Ami.

Entri yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) menambah, dialog itu turut memberi penerangan kepada para penyokongnya mengenai perkembangan sebenar SPDP serta insiden yang menjurus terhadap penyingkirannya daripada parti.

Terdahulu, Entri meyakinkan penduduk bahawa kerajaan akan terus membawa pembangunan di kawasan Marudi.

“Jangan dengar kata SPDP yang mahu mengambil alih projek dan peruntukan, sekarang saya bukan lagi ahli SPDP.

“Parti tidak ada hak untuk mengambil alih projek dan peruntukan kerajaan yang disalurkan menerusi wakil rakyat,” katanya.

Selari dengan arahan SPDP untuk tidak lagi menggunakan logo atau simbol parti, Entri memberitahu mereka hanya akan menggunakan simbol BN. Majlis turut menyaksikan papan tanda SPDP di Bakong semalam diturunkan dan diganti dengan papan tanda BN.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar