Jumat, 02 Desember 2011

KEBENARAN YANG DILUPAKAN........

GAMBAR PROFILE Sargent Maliq

SUMBER : FB Sargent Maliq.....





Sargent Maliq
MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Tamatnya Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu

1. Tanah Melayu dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM)

2. Pentadbiran Tentera British–selamatkan keadaan huruhara

3. PTB bercorak ketenteraan

Keganasan PKM 14 hari

1. Jepun meninggalkan TM–berlaku kekosongan politik

2. PKM kuasai TM melalui MPAJA selama 14 hari.

3. MPAJA dikenali tentera Bintang Tiga.

4. MPAJA kuasai bandar, balai polis, pejabat kerajaan.

5. MPAJA jatuhkan hukuman sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun.

6. Cukai kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan.

7. Menculik dan menyeksa yg bersubahat dengan Jepun.

8. Menghukum penduduk yg menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun.

9. Merampas harta benda orang kampung

10. Di Batu Pahat, PKM bunuh penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun.

11. Seorang Pegawai Daerah cuba berunding dengan PKM dibunuh.

12. Di Jelebu, masjid dan surau telah dicemarkan.

13. Di Kg Bakor dan Sg Manik, Perak, – rumah.dibakar

14. Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang Cina.

15. Orang Melayu bangun menentang PKM

16. Berlaku huru hara.

17. Orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga utk serang Cina di Bandar Batu Pahat.

18. Dato’ Onn Ja’afar, Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.

19. Ketegangan kaum diatasi oleh Pentadbiran Tentera British.

Pentadbiran Tentera British (PTB)

1. Diketuai Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Sir Ralph Hone.

3. Tujuan PTB – melaksanakan pentadbiran peralihan sebelum pentadbiran awam diperkenalkan.

4. Antara kejayaan PTB;

- Menghapuskan penguasaan PKM

- Memujuk PKM & MPAJA menyerahkan senjata.

- Memberhentikan pergaduhan antara kaum

- Mewujudkan keamanan

- Menegakkan undang-undang.

5. Setelah PTB berjaya mengamankan Tanah Melayu, British melaksanakan pentadbiran Malayan Union.

Malayan Union

1. Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), KL. Gabenor pertama – Sir Edward Gent.

Tujuan Penubuhan Malayan Union

1. Membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan

2. Kawal kuasa politik Melayu yang bekerjasama dgn Jepun

3. Jimat perbelanjaan – Negeri Selat, Negeri-Melayu Bersekutu & Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan

4. Jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah dan getah)

5. Pastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur tidak terjejas.

6. Kukuhkan pertahanan British

7. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam.

8. Sediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

Ciri-ciri Malayan Union

1. Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.

2. Pentadbiran bersifat kesatuan.

3. Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan

4. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

5. Diketuai gabenor British

6. Gabenor dilantik oleh Raja England.

7. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.

8. Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

9 Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri

10. Parlimen British – pemutus undang-undang.



Faktor penentangan terhadap Malayan Union

1. Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu;

- Raja Melayu – ahli Majlis Raja Melayu tanpa kuasa.

- Kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu.

- Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British

2. Tamadun orang Melayu terhakis;

- Sistem beraja, Bahasa Melayu & tulisan Jawi terhakis.

- Ketuanan Melayu tercabar

- Orang Melayu bimbang kehilangan tanah air.

3. Kerakyatan yang terlalu liberal;

- Kerakyatan jus soli ancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

- Jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran

4. Membantah tindakan Sir Harold MacMichael;

- Mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union.

- Raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.

Pihak yang menyokong Malayan Union

1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

2. Angkatan Pemuda Insaf (API),

3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

4. Barisan Tani Malaya (BATAS)

5. PKMM ditubuhkan oleh PKM di Ipoh, Perak.

6. Presiden pertama ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, Parti Komunis Malaya.

7. Alasan menyokong Malayan Union:

i. penyatuan sistem pentadbiran di Tanah Melayu

ii. pentadbiran baru tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu

iii. menyokong kerakyatan terbuka.

iv. Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu

v. Percaya dengan janji British yang akan memberi kemerdekaan

8. Parti Komunis Malaya dan Malayan Democratic Union (MDU) sokong pendirian parti-parti tersebut.

9. MDU – parti politik di Singapura.

10. Terdiri daripada golongan berpendidikan Inggeris

11. MDU bersetuju dgn konsep kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja.

12. MDU cadangkan Singapura dimasukkan ke dalam Malayan Union.

13. Golongan imigran sokong Malayan Union atas alasan yang sama.

14. Mereka bergabung dalam All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) – diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock.

Cara penentangan Malayan Union

1. Penentangan Secara Individu;

- Dato’ Onn Ja’afar menulis surat kepada Utusan Melayu -seru Melayu adakan kongres dan tubuhkan United Malays Organisation (U.M.O).

- Raja-raja Melayu bantah Malayan Union. Sultan Johor hantar surat kpd Setiausaha Tanah Jajahan

- dapat sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di TM- Frank Swettentam, R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi Smith – menentang cadangan Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London.

2. Penentangan melalui Akhbar;

- menyuarakan bantahan melalui Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara.

3. Langkah kolektif menentang Malayan Union;

- Demonstrasi secara aman – bantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.

- membantah Malayan Union yg menghapuskan kedaulatan negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri.

- Persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula.- Persatuan Melayu Terengganu,Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.

- Hantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

- Kongres Melayu pertama dibentuk :

i. diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946

ii. di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KL

iii. Dihadiri 41 persatuan

iv. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah rasmikan kongres – menderma $5000.

v. Bersetuju tubuhkan United Malays National Organization (UMNO)/Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).

vi. Pengerusi pertama -Dato’ Onn Ja’afar.

- Kongres Melayu kedua :

i. diadakan pada 30 -31 Mac 1946.

ii. bantah pengisytiharaan Malayan Union

- Kongres kedua memutuskan tiga perkara ;

i) minta raja-raja Melayu memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebg Gabenor.

ii) minta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran Malayan Union memulaukan perlantikan

iii) tuntut orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.

- adakan rapat umum semasa lawatan L.D. Gammans dan David Rees Williams di setiap bandar

- Peranan kaum wanita;

i) Di Batu Pahat, Cikgu Zahara Abdullah berucap menentang Malayan Union.

ii) Di Rembau, Halimahton Majid berucap membantah Malayan Union.

iii) Datin Puteh Mariah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak dan bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong kongres Melayu pada tahun 1946

iv) Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.

Penubuhan UMNO

1. Keputusan menubuhkan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu pertama.

2. UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946.

3. Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Ja’afar.

Tujuan penubuhan UMNO

1. UMNO pada tahun 1946;

- Menentang Malayan Union.

- satukan orang Melayu

- wujudkan organisasi nasional.

- Jaga kepentingan politik & ketuanan Melayu.

- Majukan pendidikan orang Melayu.

- Melindungi kepentingan orang Melayu

- belum menuntut kemerdekaan.

3. UMNO pada tahun 1949;

- Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik)

- mendirikan sebuah kerajaan merdeka.

- Majukan orang Melayu

- Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.

- Mula menuntut kemerdekaan.

Perjuangan tokoh UMNO

i) Dato’ Onn Ja’afar:

- pengasas UMNO.

- pendidikan di Maktab Melayu K.Kangsar dan di England.

- jawatan Pegawai Tadbir Johor.

- wartawan terkenal.

- Menteri Besar Johor

- pulihkan keamanan di Batu Pahat

- orang pertama menyeru orang Melayu bersatu

- cadangkan menentang Malayan Union.

- anjurkan Kongres Melayu

- ahli jawatankuasa yang gubal Perlembagaan UMNO

Dato’ Panglima Bukit Gantang:

- Setiausaha Agung UMNO yang pertama.

- Nama sebenar Abdul Wahab bin Abdul Aziz.

- pendidikan di Anderson School, Ipoh, dan Inner Temple, England.

- Tubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Melayu

- Ketua Bahagian UMNO Perak

Dato’ Nik Ahmad Kamil:

- Ahli J/kuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan.

- Pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar,

- melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England

- jadi seorang peguam

- jadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan.

Zainal Abidin bin Ahmad;

- intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu.

- uruskan persidangan kongres.

- cadangkan menambahkan “kebangsaan” ke dalam United Malays Organization. United Malays Organization menjadi United Malays National Organization (UMNO)

Perkembangan UMNO

1. Majukan orang Melayu dalam politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.

2. perjuangkan perpaduan orang Melayu

3. perjuangan UMNO direstui oleh sultan dan raja-raja Melayu.

4. Kerjasama antara sultan dan raja-raja dengan rakyat

5. Perjuangan UMNO;

- satupadukan orang Melayu

- Menumbangkan Malayan Union

- hapuskan semangat kenegerian

- wujudkan parti politik bercorak kebangsaan

- Memperjuangkan ketuanan Melayu

- Majukan pendidikan orang Melayu

- Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar