Senin, 26 September 2011

REALITI HUDUD ! - YB ZUL


REALITI HUDUD ! - ZULKIFLI NORDIN

Salam 2 all.

Teman melihat kebanyakan yang bercakap tentang isu hudud ni main hentam keromo je, dan lebih teruk mangambil pendekatan politiking kepartian tanpa mengetahui isu ini lebih mendalam. Sebab itu teman mahu memberi komen mengenai realiti untuk melaksanakan hudud di dalam negara kita Malaysia ini.

1. Pertama, kita tidak sepatutnya bercakap hanya mengenai perlaksanaan hudud. Islam adalah addeenul hayyah - jalan kehidupan. Islam ada banyak cabang; antaranya muamalat, munakahat, jinayat dan lain-lain. Didalam bab jinayat pulak, dipecah kepada antaranya hudud, qisas & ta'zir. Sebab itu Haji Hadi pernah buat kenyataan perlaksanaan hudud tidak menjadi keutamaan Kerajaan PAS Terengganu kerana hudud hanyalah 0.0001% sahaja daripada Islam!!!

Sepatutnya kita semua patut bercakap tentang perlaksanaan sistem jinayat Islam, bukan khusus hudud sahaja. Dan sistem ini merangkumi banyak cabang, undang-undangnya, kehakimannya, kepolisiannya, penguatkuasaan dan perlaksanaan hukumannya dan banyak lagi!

2. Kedua, kita perlu ingat didalam negara ini, berdasarkan Artikel 74 dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal-ehwal Islam adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Persekutuan. Kalau pun Kerajaan Persekutuan hendak melaksanakan sistem perundangan jinayat Islam ia tidak boleh laksanakannya. Oleh itu adalah satu kejahilan yang melampau bagi mereka yang menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana gagal melaksanakan hudud dan lain-lain. Kerajaan Persekutuan tiada bidangkuasa untuk melaksanakannya walaupun jika ia mahu.

Satu isu sampinagn yang teman tertarik nak komen disini ialah mengenai respon Kerajaan negeri dibawah pakatan pembangkang dan pemimpin mereka. Ini termasuk YAB Datuk Seri Azizan yang menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak akan melaksanakan hudud kerana PAS berkongsi kuasa dengan parti cauvinis dan rasis biaDAP & PKR. Kerajaan PKR Selangor tolak terus, mereka tegas tidak akan laksanakan hudud. Khalid Samad, Dzulkifly Ahmad dan lain-lain kepimpinan PAS jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan laksanakan hudud tanpa persetujuan biaDAP & PKR.

Yang peliknya, kalau kenyataan macam ni dibuat oleh pimpinan UMNO, cepat mereka akan dikapiorkan yop. Sedangkan kenyataan YAB PM & TPM jelas, mereka mengakui hudud (dan lain-lain) adalah hukum ALLAH, cuma belum boleh dilaksanakan kerana realitinya UMNO berkongsi kuasa dengan parti bukan Islam saperti MCA, Gerakan, MIC dan lain dinegeri-negeri yang diperintah UMNO. Jadi apa beza kenyataan YAB PM & TPM dengan kenyataan YAB Datuk Seri Azizan dan lain-lain. Lebih teruk kenyataan YAB MB Selangor yang tolak terus, tetapi kaum Anwarinas dan Koonyet:2 tak pulak menkafirkan mereka!

3. Berbalik kepada isu utama perlaksanaan undang-undang jinayat Islam, perlaksanaan undang-undang jinayat Islam di Kelantan adalah satu perubahan besar kepada sistem undang-undang negeri Kelantan. Persoalannya adakah rakyat Kelantan memang mahu perlaksanaan hudud dan lain-lain ini? Yang pastinya Kerajaan PAS Kelantan tidak ada mandat untuk melakukan perubahan drastik ini. Oleh itu, satu referendum atau pungutan suara perlu dibuat oleh pihak berkuasa, samada melalui pengundian cara pilihanraya menggunakan metode SPR, ataupun menggunakan cara lain. Tapi yang pentingnya, keputusan mesti datang daripada rakyat Kelantan keseluruhannya. Mereka mesti diberi peluang menyatakan pendapat mereka sebelum perubahan drastik dilakukan.

Dan ini adalah tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan, bukannya Kerajaan Persekutuan. Kerajaan PAS Kelantan wajib mendapatkan pungutan suara dari rakyat Kelantan samada mereka bersetuju atau tidak dengan perlaksanaan hudud. Teman cadangkan soalan referendum itu saperti berikut:

"Adakah anda bersetuju cadangan Kerajaan PAS Kelantan untuk membuang sistem perundangan jenayah sivil dan menggantikannya melaksanakan sistem perundangan jinayat termasuk hudud, qisas & ta'zir menurut syariat Islam".

Dengan cara ini, semua rakyat Kelantan berpeluang menyatakan pendirian, dan jika mandat diberi, barulah Kerajaan PAS Kelantan boleh berlapang dada dan yakin untuk melaksanakannya. Jika rakyat Kelantan menolak, maka sebagai sebuah Kerajaan yang bermaruah dan berprinsip, Kerajaan PAS Kelantan wajib meletakkan jawatan dan membubarkan Dewan Undangan Negeri, kerana jelas rakyat Kelantan menolak satu perkara fundamental yang dimahukan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Cuma satu kelegaan bagi Kerajaan PAS Kelantan, terlepaslah tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan daripada tanggungjawab dihadapan ALLAH nanti.

4. Bagi maksud itu, teman cadangkan kepada Kerajaan PAS Kelantan supaya mengadakan tempoh moratorium dalam beberapa bulan untuk memberikan siri penerangan dan taklimat untuk meyakinkan rakyat Kelantan tentang perlaksanaan undang-undang jinayat Islam ini. Tanpa penerangan yang baik, rakyat Kelantan mungkin tidak akan memahami hasrat dan cadangan Kerajaan PAS Kelantan, dan kebaikan melaksanakan sistem jinayat Islam ini. Dan tanggungjawab memberikan penerangan dan penjelasan ini adalah tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan, bukannya Kerajaan Persekutuan.

5. Diwaktu yang sama, dan berdasarkan andaian rakyat Kelantan menerima cadangan perlaksanaan undang-undang jinayat Islam itu, maka Kerajaan PAS Kelantan bertanggungjawab untuk menyediakan prasarana perlaksanaannya. Ini termasuk mengujudkan pertama badan kehakiman syari'e yang mantap dan berwibawa dalam melaksanakan sisitem ini. Perlu ujud sistem perbicaraan dan rayuan. Maka perlu ada Hakim Syari'e dan Mahkamah Rayuan Syari'e. Begitu juga mesti ada Badan Penasihat Syari'e untuk Tuanku Sultan Kelantan kerana kuasa akhir terletak kepada Baginda Tuanku. Oleh itu Kerajaan PAS Kelantan hendaklah menghantar para hakim dan pegawai kehakiman untuk mempelajari dengan lebih mendalan perlaksanaan sistem ini. Ini termasuk menghantar para hakim dan pegawai kehakiman untuk menjalani latihan amali dinegara-negara yang sudahpun melaksanakan sistem ini saperti di Arab Saudi, Sudan, Pakistan dan lain-lain.

6. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana kepolisian syari'e bagi tujuan penyiasatan dan lain-lain, termasuk penyediaan badan saperti bahagian forensik, kimia, perubatan dan lain-lain. Dalam konteks masakini, Kerajaan PAS Kelantan boleh menggunakan struktur sedia-ada di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kelantan. Bahagian ini boleh diperkembangkan kepada bahagian kepolisian. Malah adalah lebih baik ianya dijadikan satu badan yang bebas dari JAIK supaya terjamin kwibawaannya. Para pegawai dan anggotanya hendaklah dihantar untuk latihan bukan sahaja dalam hal kepolisian, tetapi juga dalam bidang penyiasatan syari'e kerana sudah tentu dengan sistem yang berbeza, pendekatan penyiasatan juga akan berbeza.

7. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana pendakwaan syari'e yang professional dan bersedia untuk melaksanakan sistem baru ini. Sebagaimana dengan prasarana kepolisian, teman cadangkan supaya struktur bahagian pendakwaan JAIK juga dijadikan satu badan bebas supaya terjamin kewibawaannya. Dan para pegawai serta anggota pendakwaan perlu dihantar untuk latihan terutamanya dalam hal-ehwal pendakwaan syari'e, terutaman dinegara yang sudahpun melaksanakan sistem perundangan jinayat Islam ini.

8. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana perlaksanaan hukuman, saperti Jabatan Penjara Malaysia. Maka Kerajaan PAS Kelantan wajib menyediakan sebuah Jabatan saperti Jabatan Penjara juga dibawah struktur JAIK. Memandangkan perlaksanaan hukuman dibawah sistem jinayat Islam ini sangat berbeza dengan perlaksanaan hukuman didalam sistem sivil, maka prasarananya sudah tentulah berbeza. Samada dari segi pemenjaraan dan pengasingan, sebatan, pemotongan anggota tubuh-badan dan pembunuhan (melalui pancungan) dan lain-lain. Maka perlulah pegawai dan anggota jabatan ini dihantar untuk latihan dinegara yang sudahpun melaksanakannya. Kita tidak mahu apa yang berlaku dalam kes Kartika berulang; sesudah hukuman sebatan dijatuhkan, tau-tau ianya tidak dapat dilaksanakan kerana bukan sahaja tukang rotan tiada, rotan pun belum siap!

RUMUSAN

Jadi yop, daripada kupasan diatas, jelaslah sebenarnya tanggungjawab kepada perlaksanaan sistem perundangan jinayat Islam ini terletak kepada bahu Kerajaan PAS Kelantan sendiri, bukannya Kerajaan Persekutuan. Dan daripada kupasan diatas, kita dapat melihat bahawa perlaksanaan sistem perundangan jinayat Islam ini bukan boleh main cakap kososng sahaja, ianya datang dengan tanggungjawab. Dan ia memerlukan masa untuk membuat persediaan yang mencukupi. Cuma persoalan yang kita nak tanya yop, apa Kerajaan PAS Kelantan buat selama lebih 20 tahun memerintah Kelantan ni yop?

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan PAS Kelantan juga wajib memastikan kebajikan dan maslahah rakyat dijaga. Prasarana pembangunan, pendidikan, pekerjaan, sistem keluarga dan banyak lagi perlu dipersiapkan. Jangan nanti kita menghukum rakyat dengan rejaman batu sampai mati kerana berzina, tetapi kita pula menyokong dan mendokong pemimpin jenis itu (termasuk yang jantan disapu, yang betina dibalun). Jangan kita memotong tangan rakyat kerana mencuri, tetapi pemimpin yang mengebas (termasuk bini kawan sendiri) terlepas, malah dibela lagi. Jangan kita memancung kepala rakyat yang murtad, tetapi menyokong dan membela pemimpin yang mengamalkan fahaman sesat (saperti pluralisma, syiah dan lain-lain).

Setelah semua prasarana dan sistemnya siap, barulah timbul tanggungjawab Parlimen (bukannya Kerajaan Pusat) untuk membuat beberapa pindaan yang berkaitan saperti yang teman nyatakan dalam artikel semalam (bertajuk "ISLAM BOLEH").

Dan Ahli Parlimen UMNO sahaja tidak cukup untuk membuat pindaan tersebut. Sokongan Ahli Parlimen Islam yang lain termasuk daripada PAS juga wajib diberikan. Persoalannya, bolehkah PAS menjamin kesemua Ahli Parlimennya akan bersetuju? Jelas daripada beberapa kenyataan Ahli Parlimen PAS (terutama daripada kaum Anwarinas) bahawa mereka akan merujuk dan mendapatkan persetujuan parti cauvinis dan rasis biaDAP dan PKR dahulu sebelum berbuat apa-apa. Dan kita semua tahu pendirian biaDAP tidak akan menyokong, malah kena langkah mayat dema dulu kalau mahu laksanakan undang-undang Islam. Dan ada Ahli Parlimen PAS yang sanggup mati untuk sikafir harbi ini!!!

Jadi kepimpinan PAS perlu duduk berbincang dengan kepimpinan UMNO untuk memberi jaminan yang kesemua Ahli Parlimen PAS akan memberi sokongan 100% kepada sebarang cadangan unjtuk pemindaan Perlembagaan Persekutuan itu. Pendekkata, gunakanlah peluang isu hudud ini sebagai alaan untuk UMNO-PAS duduk bersama; dan insyallah jika masing-masing ikhlas melakukannya demi kerana ALLAH dan Islam, insyallah ALLAH akan membantu - "intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - jika kamu menolong agama ALLAH, pasti ALLAH akan menolong kamu".

Inilah realiti perlaksanaan sistem jinayat Islam termasuk hudud didalam negara ini. Inilah realiti kehidupan kita masakini. Namun apapun, kita setiap umat Islam wajib berusaha untuk menubuhkan sebuah Daulah Islamiyyah dan perlaksanaan syariat Islam didalam negara ini, dan di seantero dunia! Dan teman tetap dengan pendirian yang sama, sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam tetap menjadi intipati perjuangan teman insyallah.

Dan setelah semua itu selesai, mungkin Kerajaan PAS Kelantan boleh menimbang untuk melaksanakan sistem perundangan dan kehakiman jinayat Islam ini dalam aduan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful, dan aduan kes videoklip China-DOLL oleh Datuk Eskay, dan tak lupa kes fahaman pluralisma Anwar Ibrahim. Ini baru dikatakan ikhlas dan tegas, saperti sabda Nabi saw, "jika Fatimah yang mencuri, demi ALLAH akan kupotong tangannya!!!".

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
28 Syawal 1432
26 Sept 201

Tidak ada komentar:

Posting Komentar