Sabtu, 10 September 2011

SABU NAK SAMAN UTUSAN.......KALAU SELURUH PERAJURIT NAK SAMAN MAT SABU PULAK ?



MAT SABU NAK SAMAN UTUSAN.....HAHAHHAHA MAT SABU KENA INGAT YANG WARIS - WARIS MANGSA KOMUNIS KESAYANGAN MAT SABU JUGAK DAH SEDIA. SELURUH BEKAS PERAJURIT JUGA DAH BERSIAP. RAKYAT JUGA DAH AMBIK TEMPAT. MATI KERING LU SABU. ADA KA PATUT MAT SABU KATA DIA TAK ADA PELUANG BERI PENJELASAN. HANG LAPAQ PENYEPAK KA SABU KOMUNIS OIIII? DEBAT ORANG AJAK HANG X MAU. WARTAWAN TANYA HANG KONA KOT LAIN. HANG MEMANG BODOH SABU


Mohamad Sabu saman Utusan Isnin ini
Mohd Sabri Said

BUKIT MERTAJAM, 10 Sept: "Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekaligus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal," jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau ketika berucap di majlis mengutip dana Pondok Turith di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam tadi menegaskan, masa yang diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan ‘Mat Sabu hina pejuang' sudah berakhir dan saman akan bermula Isnin ini.

Katanya, semua maklumat telah pun diserahkan kepada peguam dan terserah kepada peguam beberapa tuntutan yang harus dikenakan selari dengan fitnah yang tidak henti-henti selama 15 hari berturut-turut.

Tambahnya, tindakan itu bukan untuk mencari kekayaan sebaliknya mahu pengamal media di negara ini bersikap adil dan telus dalam setiap penyiaran berita dan tidak mencipta cerita yang bukan-bukan semata-mata untuk mewujudkan prasangka yang tidak baik terhadapnya, PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya diluku sampai hari ini padahal ceramah saya dah lama dan banyak fakta yang direka merapu dan tak wujud.

“Saya tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar yang ada dalam TV, saya bercakap tak dak suara, macam itik," jelasnya disambut laungan Allahuakbar dan reformasi para hadirin.

Berceramah sama pada malam tadi ialah Pengarah Pilihan raya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amirudin Ahmat.


KPS : MAT SABU SAMAN GUNA MAHKAMAH TINGGALAN BRITISH KA ?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar