Jumat, 16 September 2011
ISA BUKAN DIMANSUHKAN....TETAPI PM MENJENAMAKAN SEMULA SUPAYA RELEVAN.....
ISA DIMANSUHKAN....????? SEBENAR TIDAK. DALAM BANYAK-BANYAK PENGUMUMAN SEMALAM YANG PALING DAPAT PERHATIAN DAN PALING MEREMANG BULU ROMA IALAH PEMANSUHAN ISA.
SOALAN KPS APAKAH BENAR ISA DIMANSUHKAN ?????PADA HEMAT ORANG MUDA BERUSIA 20 TAHUN INI, KPS BERPENDAPAT PM SEBENARNYA TIDAK MENGHAPUSKAN ISA DALAN ERTI KATA YANG SEBENAR. PM SEBENARNYA INGIN MEMBERI PENJENAMAAN SEMULA AKTA ISA INI TETAPI DALAM ACUAN SERTA BEBERAPA PEMBAHARUAN. INI SEMUA PM NAJIB TELAH MEMBUAT PERHITUNGAN TERHADAPAP MOQOSID SYARIAH YANG MENDALAM. INI BUKAN SESUATU YANG SUKA-SUKA. INI SUATU TINDAKAN BERANI DAN CAKAP SERUPA BIKIN. ANTARA PEMBAHARUAN DALAM 2 AKTA YANG BAKAL DIGUBAL IALAH HAD MASA TAHANAN YANG RELEVAN DENGAN SITUASI SEMASA. SELAIN ITU HAK MENTERI TERHADAP TAHANAN TELAH DIPINDAHKAN KEPADA BADAN PERUNDANGAN. IN SUATU LANGKAH YANG BIJAK KEPADA SESIAPA YANG WARAS UNTUK DIFIKIRKAN. KESIMPULANNYA ISA BUKAN DIMANSUHKAN TETAPI DIJENAMAKAN SEMULA DENGAN 2 AKTA BARU. TETAPI UNTUK MENGELAK KEKELIRUAN ELOK PM UMUMKAN DENGAN SEGERA AKTA YANG BAKAL DIGUBAL TERSEBUT UNTUK MENJERNIHKAN KELUH-KESAH RAKYAT TERHADAP ISU INI. KPS SEKALI LAGI MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA PM NAJIB UNTUK PENGGAL BERIKUTNYA.
SEHARUSNYA PADA KETIKA DAN SAAT INI ENJIN PENERANGAN KERAJAAN PERLU DIGERAKKAN DENGAN SEMUA KEKUATAN BAGI MEMBERI PENJELASAN. KEPADA MEDIA ALTERNATIF MESRA KERAJAAN DIHARAP DAPAT MENILAI DENGAN SEBAIKNYA APA YANG DISAMPAIKAN OLEH PM NAJIB. INI BUKAN SESUATU YANG SUKA-SUKA. PM SEMESTINYA SUDAH MENGAMBIL KIRA RISIKO YANG BAKAL DIHADAPI. SEBAIKNYA KITA TERUS BERSAMA DAN BERSATU DALAM MENYATAKAN YANG HAK KEPADA SELURUH RAKYAT. KITA JUGA MENEGUR UNTUK KEBAIKAN KERAJAAN DAN MEMPERTAHANKAN KERAJAAN BILA PERLU SEPERTI KEBIASAANNYA.
INGAT SEMUA....ISA BUKAN DIMANSUHKAN TETAPI DIJENAMAKAN SEMULA.....
KPS : SETIA BERSAMA PM DAN SEDAYA MUNGKIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA RAKYAT
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar