SUATU FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI, SEORANG YANG TERSELAMAT DALAM PERISTIWA BUKIT KEPONG DALAM CATATAN BELIAU TINGGAL DI KELADI KULIM. MAKA BELIAU SAYA DENGAN KPS IAITU PARLIMEN PADANG SERAI DUN LUNAS....
Isu Bukit Kepong: PAS sedia debat dengan Umno
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
September 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Sept — PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad Sabu.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.
“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.
“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban menentang penjajah berasa dukacita apabila dilabelkan sebagai komunis.
Selain itu, tegas Tuan Ibrahim, serangan Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia membuktikan parti Melayu terbesar itu kehilangan modal untuk menyerang PAS terutamanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum ke-13.
“Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama sembilan hari ini, rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah.
“Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicapkan sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis,” katanya.
Tambah beliau, waris Muhammad yang ditemui pihaknya juga kesal dengan laporan media yang mengaitkan pemimpin Melayu itu dengan komunis.
“Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN (Barisan Nasional) barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan,” katanya.
Justeru jelas Tuan Ibrahim, pihaknya bersedia berdebat secara terbuka dengan Umno bagi menghurai kontroversi yang berlaku.
“Atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak, PAS melalui Lajnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.
“Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang,” katanya.
Mohamad, Timbalan Presiden PAS dan lebih dikenali “Mat Sabu” mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.
Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.
Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.
Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.
KPS SECARA PERIBADI SANGGUP BERDEBAT DENGAN KETUA PENERANGAN PAS PUSAT INI. KESANGGUPAN KPS ADALAH KERANA AYAH KPS SEORANG BEKAS ASKAR DAN PERNAH TERLIBAT DALAM USAHA BERHADAPAN DENGAN KOMUNIS. JADI SEBAGAI SEORANG ANAK TAMBAHAN PULA ANAK SULONG ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KPS MENJAGA SERTA MEMELIHARA MARUAH AYAH KPS. DALAM SEJARAH DULU-DULU ORANG SAMPAI SANGGUP BERBUNUHAN UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH DIRI, KELUARGA ATAU YANG BERKAITAN LANGSUNG DENGAN SESEORANG. SEBAGAI SEORANG ISLAM, BERBANGSA MELAYU, RAKYAT MALAYSIA DAN ANAK BEKAS PARAJURIT YANG SEKARANG DIHINA SEBAGAI PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA, KPS MENYAHUT CABARAN ITU DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB.
KPS HANYA BERUMUR 20 TAHUN PADA KETIKA DAN SAAT INI. USIA YANG PASTI DIANGGAP MENTAH OLEH PUAK PAS. TAPI APAKAH MEREKA TIDAK TAHU APA YANG SAIDINA ALI TELAH LAKUKAN SEMASA UMUR KHALIFAH KE-EMPAT KULAFAK AR-RASYIDIN ITU LEBIH MUDA DARIPADA KPS ? PAS PADA KPS MANDUL SERTA BEBAL SEJARAH. KPS BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENYATAAN INI TANPAS SEBARANG RASA WAS-WAS DAN BERSALAH.
ANTARA YANG DIPERKATAKAN OLEH TUAN IBRAHIM TUAN MAN IALAH MENJAGA HATI DAN PERASAAN PEWARIS MAT INDERA. BAGAIMANA PULA PERSOALAN SOAL HATI DAN PERASAAN WARIS SERTA PARAJURIT NEGARA YANG DIHINA OLEH PAS? BUKANKAH PAS JUGA YANG 'KELAPAQ' UNDI POS MEREKA INI ?
BETUL KA KOMUNIS BUKAN BALACI ATAU BARUA KEPADA ANASIR LUAR YANG LAIN ? AMBIL CONTOH SHAMSIAH FAKEH. DIA DIHANTAR KEMANA DENGAN SUAMINYA SEMASA SERTAI PKM? APA YANG CHIN PENG BUAT PADA BELIAU? APA NASIB BELIAU? APA NASIB ANAK SHAMSIAH FAKEH YANG MASIH BAYI DI TANGAN KOMUNIS?
APAKAH PANDANGAN KOMUNIS MENGENAI AGAMA ? FAHAMAN APA YANG MENGANGGAP AGAMA ITU SEBAGAI 'CANDU'? SEMASA KOMUNIS BERKUASA APA YANG TERJADI KEPADA ISLAM SERTA AGAMA YANG LAIN ? SILA RUJUK NEGARA CHEHNYA, RUSIA, DAN BEBERAPA NEGARA LAGI. KALAU NAK SENANG TENGOK JEJAK RASUL KAT TV 3.
PAS MENYOKONG KATA-KATA HUJAHAN LONGKANG MAT SABU. APAKAH LEFTENAN ADNAN BERPERANG UNTUK PIHAK BRITISH? KALAU LEFTENAN ADNAN DI PIHAK BRITISH NESCAYA BRITISH DAH MENGAKU KALAH PASTI LEFTENAN ADNAN MENGAKU KALAH. TETAPI KENAPA LEFTENAN ADNAN BERSAMA PASUKANYYA TERUS MELAWAN SEHINGGA KEHABISAN PELURU SUNGGUH PON TAHU BRITISH TAK AKAN BANTU LAGI. SEBAB LEFTENAN ADNAN BERJUANG DEMI TANAH AIRNYA BUKAN BRITISH. TAPI PKM BERJUANG DEMI KOMUNIS ANTARABANGSA, BUKAN UNTUK MERDEKAKAN TANAH AIR TAPI UNTUK DIJADIKAN TANAH JAJAHAN PRO KOMUNIS. PRO-CINA, PRO SOVIET PADA MASA DAN KETIKA ITU. APAKAH PAS SUDAH LUPA YANG KOMUNIS YANG DULUNYA JUGA ANGKATAN BERSENJATA JUGA DIBEKALKAN SENJATA OLEH BRITISH UNTUK MENGUSIR JEPUN. PKM JUGA BERSUBAHAT DGN BRITISH. TETAPI YANG PALING PERLU DIBERI PERHATIAN IALAH APAKAH YANG BERLAKU SELAMA 14 HARI PUAK BINTANG TIGA INI BUAT SEMASA BERLAKU KEKOSONGAN TAMPUK PEMERINTAHAN DI TANAH MELAYU KETIKA DAN SAAT ITU ? APA YANG BERLAKU ?
KALAU PKM NAK MERDEKA KENAPA SETELAH MERDEKA MASIH LAGI BUAT KACAU DALAM NEGARA WAL HAL NEGARA BUKAN LAGI DIJAJAH MASA ITU. JAWAPAN MUDAH, PKM MAHU REBUT KUASA DALAM KATA LAIN MAHU MENJAJAH,,,,MAHU KOMUNIS JAJAH TANAH MELAYU.
INI BEBERAPA PERKARA SAJA....SAYA CABAR PIHAK PAS UNTUK BERDEBAT, KPS SEDIA BANGKITKAN BANYAK LAGI PERKARA,,,,,PAS KOMUNIS MEMANG DARI DULU LAGI. KENAPA KPS KATA BEGITU? RUJUK SAHAJA KEPADA PENGASAS PARTI PAS. KAJI DIA SEMASA DALAM SEBUAH PARTI SIASAH DULU. KEMUDIAN DIHARAMKAN. PENGASAS KOMUNIS ITU BERSAHABAT DENGAN SIAPA? BUKANKAH DIA BERSAHABAT DENGAN SEKALIAN RAKAN KOMUNIS BELIAU? ANDA SENDIRI TENTUKAN.
PAS MENGATAKAN UMNO ADALAH TINGGALAN BRITISH. SUNGGUH BODOH DAN BEBAL SESIAPA YANG MEMPERCAYAINYA. APA HUJAHAN KPS DALAM HAL INI ? BUKANKAH PAS JUGA DI LULUSKAN SEBAGAI SEBUAH PARTI SIASAH OLEH BRITISH ? PADA PENDAPAT KPS UMNO BUKAN TINGGALAN BRITISH, KENAPA ? SUDAH LUPAKAH KITA YANG UMNO PERNAH DIHARAMKAN SEDIKIT MASA DULU ? DAN PADA MASA ITU TUN MAHATDHIR MEMBINA SEMULA UMNO BARU. APAKAH PAS LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA ? KALAU MAT SABU LUPA TAK KISAH SEBAB MAT SABU OTAK ADA WAYAR PUTUS. KERETA WAJA DGN PAJERO PON MASIH BELUM BOLEH KENAL, DIA SENDIRI CAKAP KAT DALAM CERAMAH SOKONG KOMUNIS PON DIA BOLEH LUPA APA YANG DIA CAKAP. MAT SABU TELAN SEMUT KA?
PAS MEMANG MANDUL SEJARAH....PAS WAS DEAD........PAS KOMUNIS.....PAS BACUL.........KPS SAHUT CABARAN UNTUK BERDEBAT
KPS: DEMI MARUAH KELUARGA DAN SELURUH PEJUANG NEGARA.....KPS TAWARKAN DIRI BERDEBAT DENGAN PENTAKSUB KOMUNIS SEPERTI PAS.....PAS MAMPUS LU....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar