Minggu, 04 Maret 2012

YANG TERSIRAT....PAS DAN UMNO....HARUS BACA


SEBELUM INI ADA ANTARA BLOG TERMASUK BLOG KPS SENDIRI YANG MENDEDAHKAN BAHAWA PAS BERMAKSUD ANJING DALAMA BAHASA CROATIA,,,,DAN HARI INI ADA LAGI TAMBAHAN YANG PERLU DI BACA YANG KPS AMBIL DI BLOG KITA GEMPUR.COM. SEMOGA MENJADI PEDOMAN KEPADA KITA.


Dalam bahasa Croatia, perkataan PAS membawa maksud ANJING. Manakala dalam tulisan jawi, ejaan UMNO (????) bunyinya menghampiri sebutan istilah arab, AMANU (?????) yang memberi maksud BERIMAN.

Pasca PRU 12, 2008 sekian banyak bukti menyokong dan menunjukkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) agak tercorot & kerap mengikut rentak & arahan DAP.

Taat setia menurut perintah walau sekalipun kesucian agama dipertaruhkan.

Sifat anjing pula taat pada tuannya, entah apa sialnya kebetulan perkataan PAS dalam bahasa Croatia pula membawa maksud ANJING. Rezeki atau bala?

Berbanding UMNO (????) yang banyak bermuhasabah diri, mengakui kelemahan kemudian berani memperbetulkan kesilapan, sikap sedemikian menghampiri sifat orang yang beriman (?????) yang menyedari dirinya hanyalah hamba Allah yang tidak sempurna & tidak maksum sifatnya.

Akronim PAS pula berasal ejaan jawi yang ‘di romankan’ (???) – P (pa), A (alif), S (sin), tapi jika di Melayukan singkatan sebenarnya ialah PIS (Parti Islam SeMalaysia – P (pa), I (alif), S (sin)).

Dalam bahasa Inggeris pula akronim PIS bunyinya hampir sama dengan sebutan perkataan PISS yang bila diterjemahkan semula membawa maksud KENCING.

Barangkali risaukan orang ramai mengetahui sikap PAS yang suka kencing meleret dan memperalatkan agama untuk menipu rakyat, maka akronim PIS yang dekat dengan bunyi PISS di abaikan dan PAS digunakan sebagai identiti hingga hari ini.

Realitinya, hari ini telah terbukti dalam pelbagai isu pokok & perkara yang menyentuh dasar perjuangan PAS, jelas tampak kelihatan agama hanyalah umpama propaganda kosmetik untuk menarik undi khalayak umum.

Sedangkan bila masuk bab pratikal, ia gagal dilaksanakan. Sembang gah mengalahkan bunyi tong drum namun di dalamnya kosong sama seperti simbol kosong pada bendera PAS.

Isu kalimah Allah s.w.t pun gagal dipertahankan dan isu kemurtadan di Selangor juga gagal ditangani, lebih dari cukup untuk menggambarkan slogan yang di laungkan & dasar Islam yang konon diperjuangkan oleh PAS hanyalah kosmetik, temberang & hanyalah KENCING semata-mata.

Manakala itu, dalam satu babak Pendekar Bujang Lapok, lakonan P.Ramle, Sudin & Aziz Satar, ada satu dialog yang diucapkan oleh Sudin yang berbunyi, “Alif, Min, Nun, Wau…. Alif tendang Wau, SARKIS”.

Ramai orang PAS berpendapat dialog Sudin yang mengeja “Alif, Min, Nun, Wau” itu sebagai SARKIS kemudian ditafsirkan ianya adalah sindiran tersirat terhadap UMNO, walhal dialog selanjutnya sengaja diabaikan – “Alif tendang Wau, SARKIS”.

Fakta menunjukkan watak Sudin adalah seorang yang buta huruf, jadi ia membawa makna tersirat bahawasanya hanya orang buta huruf & buta kayu sahaja yang kerap tidak jelas sesuatu kebenaran kemudian mudah pula menyalah tafsirkan sesuatu mengikut kefahamannya yang terhad.

Dialog Sudin jika ditafsirkan dalam konteks lain, “Alif , Min, Nun, Wau…. Alif (A / U) tendang Wau (O), SARKIS” secara tersiratnya hampir kepada maksud “jika UMNO & orang Melayu gagal BERSATU (U = united) dalam satu saf (O = organisation), natijahnya UMNO & Melayu akan jadi bahan tawa semata-mata (SARKIS)”.

Apapun, apa saja tafsiran atau pemahaman kita berkaitan UMNO & PAS, kenyataannya UMNO kekal teguh mewakili kuasa politik umat Islam sementara PAS pula terus memperalatkan agama demi mengejar keuntungan politik akibatnya habis berkecamuk dasar & arah tujunya.

Dulu, kini dan di masa depan, orang Melayu Islam tetap tekad menolak parti yang memperalatkan agama demi politik kepartian apatah lagi bila parti tersebut memiliki sikap yang menghampiri sifat ANJING yang hanya pandai KENCING saja merata-rata.


Source: Kumpulan Menyokong UMNO (MYKMU)

1 komentar: