Selasa, 13 Maret 2012

SENARAI 'DREBA-DREBA' PAS DIDEDAH




Senarai Jawatankuasa pemandu PAS Pusat
Pas Pusat hari ini melantik lima anggota baru jawatankuasa pemandu yang berperanan sebagai pemantau perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Pas bagi mengelakkan krisis yang melanda kepimpinan Kedah baru-baru ini berulang.

Antara yang akan menganggotai jawatankuasa itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali;Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Pengarah Pilihan raya Pas Perak, Asmuni Awi.

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Halim Abdul Rahman merupakan pengerusi jawatankuasa pemandu tersebut.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Mustafa dalam satu sidang media pada petang tadi.

Mustafa berkata, ahli jawatankuasa yang dilantik tidak mempunyai sebarang kuasa atau jawatan tertinggi di mana-mana negeri.

Beliau berkata, ia hanya bersifat penasihat dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat terutamanya menjelang pilihan raya yang akan diadakan bila-bila masa.

"Jawatankuasa ini adalah khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya dan semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti.

"Namun begitu penubuhan jawatankuasa pemandu ini tiada kaitan untuk ambil alih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri,” kataMustafa.

Mustafa menambah, mengaktifkan semula jawatankuasa berkenaan berikutan terdapat keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.

"Jawatankuasa ini juga bertindak memberikan pandangan dalam mencapai perlaksanaan manifesto Pas kepada rakyat," katanya.

Pas menubuhkan jawatankuasa pemandu ini pada tahun 1990 selepas menawan Kelantan.

Keperluan jawatankuasa itu timbul ekoran kemelut kepimpinan Pas Kedah baru-baru ini.

- SH Online


KPS: KAT KELANTAN PATUT BUAT MACAM KAT KEDAH JUGAK....APA PENDAPAT PAS ?

2 komentar:

  1. ..ooooooooooohhhhh..macam sistem RESIDENCE dizaman penjajahan Inggeris dulu yg jadi penasihat kepada raja Melayu...

    BalasHapus
  2. tapi ini bukan lagi penjajah...tapi di pandu oleh pasRASIT

    BalasHapus