SANDAKAN 11 Mac — Parti pembangkang kini dalam keadaan terdesak meraih sokongan rakyat di negeri ini sehingga sanggup menggunakan isu yang mustahil untuk dilaksanakan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, parti pembangkang berani menggunakan banyak isu kerana mereka hanya pandai bercakap dan tidak mampu untuk melaksanakan janji yang dibuat.
"Ada di antara isu yang mereka gunakan itu sangat berbahaya tanpa mengambil kira keadaan keselamatan negara dan keamanan yang dinikmati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penerangan Perdana UMNO Zon 5 di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) di negeri ini yang menyatakan sebuah parti pembangkang menyokong tindakan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia jika memerintah Putrajaya.
Sehubungan itu, Musa mahu rakyat di negeri ini supaya bijak menilai isu-isu yang dibawa oleh parti pembangkang yang hanya mahu memesongkan pemikiran mereka untuk meraih sokongan.— BERNAMA
Minggu, 11 Maret 2012
PEMBANGKANG NAK BAWA SABAH KELUAR DARI MALAYSIA.....AYUH KITA TENTANG
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
KAMI SOKONG SABAH KELUAR MALAYSIA. . !!!!!!!!!!!!!!!
BalasHapussokong jugak..!!!
BalasHapussaya benci mana-2 negeri keluar dari Malaysia.
BalasHapus