Sabtu, 03 Maret 2012

RAMALAN TUN DAIM PELUANG BN DALAM PRU-13,,,,WAJIB DIAMBIL SERIUS


PADA TAHUN 2008 ATAU LEBIH TEPAT SEMASA KPS BERADA DI TINGKATAN 5 DI SEBUAH SEKOLAH TEKNIK DI UTARA SEMENANGJUNG MALAYSIA, KPS TELAH MENDENGAR DALAM BEBERAPA SIRI CERAMAH PEMBANGKANG SEKITAR KULIM YANG MEREKA MENGAMBIL ANALISIS DARI TUN DAIM YANG MENYATAKAN BEBERAPA BUAH NEGERI AKAN JATUH DARI CENGKAMAN BN. ANTARA YANG DISEBUT TUN DAIM IALAH KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR, KEDAH DAN PERAK DAN ITU BENAR-BENAR TERJADI SEBELUM RANCANGAN 16 SEPTEMBER PAK NUAR KANTOI DAN MENYAKSIKAN DENGAN CARA YANG SAMA PR HANCUR DI PERAK. ITU RAMALAN ATAU ANALISIS TUN DAIM PADA PRU-12....APA PULA RAMALAN BELIAU PADA PRU-13......DI BAWAH.......



Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.

-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.

-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.

-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.

-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.

-Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.


KPS: HANYA RAMALAN...KEPADA BN KELANTAN DAN PENANG...TERUS KERJA KUAT....BUKAN SUSAH ATAU SENANG....TAPI APAKAH KITA MAHU ATAU TIDAK ?????

Tidak ada komentar:

Posting Komentar