DARI BLOG AAKJ
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui detik cemas apabila menyaksikan sendiri kemalangan maut yang mengorbankan pasangan suami-isteri di Jalan Kuala Gula, petang tadi.
Sebelum itu, rombongan Dr Zambry dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Nayan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas mengadakan perjumpaan bersama masyarakat Cina di Kuala Kurau kira-kira jam 3 petang.
Sebaik tiba di tempat kejadian, beliau segera menghulurkan bantuan dan cuba mententeramkan mangsa kemalangan yang turut mencederakan lima penumpang yang lain termasuk dua kanak-kanak.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar