BUKAN SEPENUHNYA,,,,
Petang tadi DS Najib meluangkan masanya turun ke Sungai Long, Hulu Langat.
Selain merasmikan upacara pecah tanah untuk pembinaan sebuah SRJK(C), DS Najib juga membuat pengumuman bahawa tol RM1.00 di Batu 9 Cheras menuju ke Kuala Lumpur akan dimansuhkan bermula pukul 12.00 tengah malam ini.
Turut dimansuhkan ialah tol RM0.90 di Batu 11 menuju ke Kajang.
Pengumuman yang dibuat oleh DS Najib itu disambut dengan tepukan dan sorakan gembira dari orang ramai yang hadir didalam majlis tersebut.
Terima kasih kepada kerajaan BN kerana telah memenuhi hasrat dan harapan warga Hulu Langat yang telah lama berhajat agar perkara tersebut dijadikan kenyataan.
DAN WAYANG PON BERMULA....DI BAWAH....
Ketika orang ramai sedang menunggu ketibaan DS Najib...dan ketika para petugas sedang sibuk membuat persiapan terakhir, tiba-tiba muncul sekumpulan manusia biadab yang jumlahnya sekitar 7 atau 8 orang cuba membuat kecoh disitu. Mereka diketuai oleh Lee Kee Hiong (ahli DAP dan Ahli Majlis MPKj).
Kononnya mereka datang menyerbu kesitu kerana mahu berjumpa sendiri dengan DS Najib bagi meminta pembinaan dan operasi loji Lynas di Pahang dibatalkan dengan segera.
Walaupun sudah dinasihatkan secara baik oleh pasukan keselamatan yang bertugas agar tidak menimbulkan sebarang masalah, perempuan kertu tersebut bersama rakan-rakannya langsung tidak peduli.
Malah mereka dengan lagak sombong cuba menyerbu masuk kedalam kawasan dimana majlis yang akan dihadiri oleh DS Najib itu bakal berlangsung.
Kerana sakit hati dengan kebiadaban yang ditunjukkan oleh oleh Lee Kee Hiong dan rakan-rakan DAPnya yang langsung tidak mahu mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pasukan keselamatan, sekumpulan pemuda yang kebetulan berada disitu telah bertindak membuat benteng bagi menghalang laluan mereka.
Walaupun laluan mereka dihalang, Lee Kee Hiong dan rakan-rakannya masih tidak peduli. Mereka tetap menyondol-nyondol mahu masuk.
Ketika inilah berlaku kejadian tolak menolak diantara pemuda-pemuda yang membuat benteng dan kumpulan Lee Kee Hiong yang menyondol-nyondol mahu masuk.
Yang kelakarnya, dengan sedikit tolakan, atau lebih tepat lagi dengan satu tolakan yang lembut, dua orang daripada pengikut Lee Kee Hiong dengan tidak semena-mena jatuh terjelepuk ditepi jalan.
Apabila melihat 2 rakan mereka terjelepok diatas jalan, beberapa orang lagi pengikut Lee Kee Hiong mula bertindak kasar keatas pemuda-pemuda yang membuat benteng. Tolakan mereka menjadi lebih keras dan mereka juga turut menjerit-jerit tak tentu hala.
Dan seperti biasa, kasar dibalas kasar. Beberapa orang pemuda lain kemudiannya melakukan tindak balas dengan mencengkam leher baju yang dipakai oleh lelaki bercermin mata dalam gambar diatas.
Melihat keadaan yang sudah mula menjadi panas, beberapa orang anggota keselamatan dengan pantas bertindak meleraikan kedua-dua pihak. Lee Kee Hiong dan rakan-rakannya diarahkan agar segera meninggalkan tempat berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Namun arahan itu tetap tidak mereka endahkan. Mereka berdegil dan mula mempertikaikan tindakan pasukan keselamatan yang mengarahkan mereka meninggalkan kawasan tersebut.
Akibat kedegilan mereka yang tidak mahu mematuhi arahan pasukan keselamatan, dua daripada pengikut Lee Kee Hiong telah disumbatkan kedalam kereta peronda polis dan dibawa pergi dari situ. (mungkin dibawa kebalai polis)
Selepas itu barulah Lee Kee Hiong dan saki baki rakan-rakannya yang tinggal merasa gentar dan kecut perut. Dengan tergesa-gesa mereka mengambil keputusan meninggalkan kawasan berkenaan tanpa menoleh kebelakang lagi.
Keadaan menjadi aman dan tenteram semula selepas itu.
Persiapan-persiapan terakhir untuk menyambut ketibaan DS Najib yang tergendala gara-gara perangai buruk Lee Kee Hiong dan rakan-rakannya itu disambung dan diteruskan semula.
SELAIN ITU JUGA, BLOGER TERSEBUT TURUT SIARKAN GAMBAR DI BAWAH....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar