PARTI MENGUASAI KERAJAAN DI NEGERI KEDAH. DALAM MALAYSIA HANYA REGIM PAS KEDAH YANG MENGAMALKAN SEDEMIKIAN SECARA TERANG-TERANGAN. KONSEP PARTI MENGUASAI KERAJAAN KITA DAPAT LIHAT DI NEGARA CHINA, DI IRAQ SEMASA PEMERINTAHAN PARTI BAATH, DI SYIRIA JUGA MELALUI PARTI BAATH DAN SEMASA PEMERINTAHAN NAZI. YA, ITU MENGUASAI SESEBUAH NEGARA TAPI JIKA KITA UBAH KEPADA KONGSEP NEGERI IA TETAP PARTI MENGUASAI KERAJAAN CONTOHNYA DI KEDAH. KUASA MB BUKANLAH MUTLAK. JIKA SESEUATU PERANCANGAN DAN IDEA DIKELUARKAN OLEH MB NAMUN DI BANTAH OLEH PARTI YANG SEBENARNYA LEBIH DOMINAN, TIDAK KETERLALUAN KITA MENGATAKAN MB KEDAH BAWAH PAS INI HANYA PUPET ATAU BONEKA SEPERTI TIN KOSONG. AZIZAN UMPAMA SINGA TUA YANG MASIH MENGAUM, NAMUN JASAD TERPENJARA. TANPA KITA RASA RAGU DAN SANGSI, SEBENARNYA MB TELAH DIPECAT SECARA 'HALUS' DAN TIDAK RASMI. KRISIS DI NEGERI JUGA PERNAH DIALAMI OLEH UMNO CONTOHNYA DI TERENGGANU DAN PERLIS SEDIKIT MASA DULU TETAPI TIDAK SAMPAI JADI BONEKA KEPADA PARTI. AZIZAN JUGA PUNYAI MARUAH SEDIKIT MASA DULU, KINI HANYA MAMPU MENJADI PAK TURUT YANG SEDIA MENGANGGUK SAHAJA.
Azizan tadbir tanpa kuasa mutlak
Oleh SAHBULAH DARWI, SAFINA RAMLI dan JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
ALOR SETAR 5 Mac - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan mentadbir negeri ini tanpa sebarang kuasa mutlak kerana keputusan berkaitan kerajaan negeri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat.
Langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Kedah itu menyaksikan Menteri Besar kehilangan sebahagian kuasanya apabila pihak luar boleh campur tangan dalam membuat keputusan melalui jawatankuasa tersebut.
Lebih serius, sumber memberitahu, langkah itu dikhuatiri boleh menyebabkan Menteri Besar dilihat seolah-olah boneka dalam keputusan tertentu jika tidak dipersetujui oleh Exco-exco.
Penubuhan jawatankuasa itu adalah salah satu daripada tiga keputusan Pas Pusat hari ini bagi menyelesaikan kemelut Pas Kedah ekoran dua Exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan menerima semula jawatan tersebut.
KPS: TRY BUAT BENDA MACAM NI KAT POK NIK DI KELANTAN
Tidak ada komentar:
Posting Komentar