Senin, 05 Maret 2012

EDISI KHIDMAT SOSIAL: METHADONE DAN ANDA.....KITA MAMPU MEMBAWA MEREKA KE PANGKAL JALAN.





INI ADALAH ANTARA KHIDMAT SOSIAL YANG KPS MAMPU BERIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ATAU GOLONGAN MASYARAKAT DI LUAR SUPAYA LEBIH MEMAHAMI APA ITU RAWATAN METHADONE. SUATU RAWATAN UNTUK PENAGIH HEROIN DAN MORFIN. TUJUAN PERKARA INI DISEBARKAN UNTUK MEMBERI PEMAHAMAN KEPADA MASYARAKAT BAHAWA JANGAN MEMINGGIRKAN GOLONGAN INI DAN KITA SENDIRI MAMPU UNTUK MEMBANTU MEREKA KEMBALI PRODUKTIF KEPADA NEGARA. KEPADA PENGGERAK-PENGGERAK PARTI, SUDAH PASTI KITA BOLEH MENUMPUKAN KEPADA GOLONGAN INI KERANA MEREKA JUGA ADALAH ESET NEGARA YANG BERNILAI. SUPAYA PERKARA INI MAMPU KITA SEBAR LUASKAN UNTUK KEBAIKAN KITA BERSAMA.


DALAM ISLAM ADA MENGANJURKAN KITA UNTUK MEMILIH ANTARA 2 PERKARA YANG LEBIH BAIK. PENYALAHGUNAAN DADAH MEMANG ADALAH PERKARA YANG NEGATIF, TETAPI UNTUK MEREKA BERHENTI DENGAN KADAR SEGERA DALAH MUSTAHIL...JADI KERAJAAN MALAYSIA MELAKSANAKAN PROGRAM RAWATAN METHADONE.....AYUH SEBAR LUASKAN DAN BERTINDAK.....


1) APAKAH ITU RAWATAN METHADONE ?


-PENGGUNAAN SIRAP METHADONE BAGI MENGGANTIKAN PENGAMBILAN DADAH HEROIN DAN MORFIN DI KALANGAN PENGGUNA DADAH.

-IA DILALUKAN DI BAWAH PRESKRIPSI, PENGAWASAN DAN PERUBATAN SECARA TERATUR.


2) SIAPA YANG LAYAK ?

-WARGANEGARA MALAYSIA
-PENGGUNA HEROIN DAN MORFIN
-LEBIH 2 TAHUN MENAGIH DADAH
-TIADA KESAN SAMPINGAN METHADONE YANG TERUK
-TIADA MASALAH PERUBATAN DAN MENTAL AKUT


3) FAEDAH DARI PENGAMBILAN METHADONE :-

-MENGURANGKAN RISIKO MENDAPAT PENYAKIT BAWAAN DARAH SEPERTI HIV, HEPATITIS B DAN HEPATITIS C.
-MENGHENTIKAN PENGAMBILAN DADAH SECARA SUNTIKAN.
-MENGURANGKAN TINGKAH LAKU BERISIKO DAN JENAYAH.
-MENGEMBALIKAN PENAGIH KEPADA KELUARGA DAN MASYARAKAT.
-BERUBAH MENJADI INDIVIDU YANG LEBIH BAIK DAN BERTANGGUNGJAWAB.
-HUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT LEBIH MESRA DAN BERMAKNA.


4) KESAN SAMPINGAN METHADONE :-

-SUKAR TIDUR.
-LOYA DAN MUNTAH.
-SEMBELIT.
-MULUT KERING.


5) TEMPOH RAWATAN :-

-SEHINGGA PULIH.
-SEUMUR HIDUP.


6) METHADONE DAN WANITA


-WANITA HAMIL BOLEH MENERUSKAN RAWATAN METHADONE.
-PENGAMBILAN METHADONE SEMASA HAMIL BOLEH MENCEGAH KEGUGURAN DAN TEKANAN.
-PENYUSUAN SUSU IBU BOLEH DITERUSKAN KEPADA BAYI.


7) PERANAN MASYARAKAT

-MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA PENGGUNA DADAH YANG INGIN BERUBAH.
-TIDAK MEMANDANG NEGATIF KEPADA GOLONGAN INI.
-MELIBATKAN GOLONGAN INI DALAM AKTIVITI SUKANEKA DAN KEMASYARAKATAN.
-JIKA ANDA ADALAH PENJAGA ATAU MAJIKAN, PASTIKAN MEREKA PATUH KEPADA JADUAL DAN AKTIVITI KLINIK METHADONE.


8) RAWATAN METHADONE BOLEH DIPEROLEH DI :-

-KLINIK KESIHATAN
-HOSPITAL KERAJAAN
-KLINIK SWASTA
-PUSAT RAWATAN AADK

47 komentar:

  1. methadone telah terbukti membantu ramai penagih termasuk saya....kuatkan semangat dan iman

    BalasHapus
    Balasan
    1. Betul ke..saya nak try gak..tp ,kte kne tahan tak kalau register kat hoapital kerajaan..

      Hapus
    2. Kita tidak akan di tahan oleh pihak polis kerana kita adalah clien klinik tersebut.

      Hapus
  2. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus
  3. Aku dah gian metadon.. camne nak berenti tolong..duitvdah takde nie..

    BalasHapus
    Balasan
    1. rendam badan dalam takungan ais. ambil volium..buat selam 4-8 hari 30minit sehari..dapat dari membe matsaleh yg telan methadon 220mg sehari

      Hapus
    2. kenape guna duit ambik metha?? klinik kesihatan sluruh negara kan bleh bagi metha free? xde masalah duit..ikut idividu jugak..ade yg dah benti dadah pastu da buang gian metha, tp setahun lepas tu isap balik...sbb kalau main dadah lebih 10 tahun kepala kite da trbiasa nak ade isi..x boleh kosg..walau pon dpt sikit je metha tu pon da cukup janji ade isi..sbb sume tu mainan minta kite sendiri..ade yg kuat boleh la tahan...

      Hapus
    3. Saya mau ambik pati 1 boroi..skg blh dapat x

      Hapus
  4. Aku dah gian metadon.. camne nak berenti tolong..duitvdah takde nie..

    BalasHapus
    Balasan
    1. Ko pergilah kt AADK atau klinik kerajaan yg terdekat, daftar insyaallah dapat minum methadone free, hari2 bukak..

      Hapus
  5. methadone ada 2 jnis kna slalu tukar2 baru rasa kesan ubat,kalau guna yg sjenis berpjgn lama2 badan jd resistant dh xrasa. kna tkr2...

    BalasHapus
    Balasan
    1. methadon mmg bkn utk kite rase stim..ea hanye bg bdn kite rase normal je..xde rase rimas xde bepeluh xtentu pasal kite rase normal mcm org lain...mmg mule2 ambik metha akan ade rase stim tp lame klamaan rase stim tu akan hilang, tp badan kite x sakit..jadi pada siape yg minum metha utk stim itu yg dorang akan mintak naik dos, sbb nk kan stim mcm mula2 dlu..lama2 kite akan jadi ketagih metha pulak, jadi metha bkn itu matlamatnye..ea kene turun dos sdikit2 smpai la ke paras paling rendah..itu cara yg btol utk kite kluar da pngaruh dadah..

      Hapus
  6. boleh berhenti..Metadone sj xcukup,kena sokongan moral dari keluarga dan rakan2 rapat baru lebih gagah nk hapuskan gian dadah ni...satu lagi kna disiplin ambil metadone skali je sari,klau ada lbih pun xbleh kna skali je sari

    BalasHapus
  7. Salam...macam mana nak dapatkan methadone di kawasan sungai petani pada hari jumaat ni

    BalasHapus
  8. Selama ini ambil kat klinik swasta dan jumaat klinik tutup pula, ada tempat lain tak ??

    BalasHapus
    Balasan
    1. Pergilah klinik kerajaan atau AADK terdekat, free jenis brader, hari2 bukak...

      Hapus
    2. -Beli Pati Methadon terus, balik bancuh sendiri.
      - Klinik India yg biasa hang beli tu.
      - Jangan terlajak minum pati dah.

      Hapus
    3. Kawan2 tolong sy... Kt seberang perai penang atau sungai petani kedah klinik mana jual metadon harga berpatutan pati.... Plss bantuu syyy 0162376279 wassup sy

      Hapus
    4. Saya nk minum metadom di klink kerajaan..tp doktor atau pegawai buat macm harta mak bapak dia org..bukan semua..tapi ada. Pantau pantau

      Hapus
  9. Salam.. saya ingin berenti dari ketagihan minum air ketum.. tak minum sehari badan sakit2..cepat nak marah.. kira nya peminum air ketum tegar selama setahun setengah... sekarang ni dalam proses ingin berhenti.. dah cuba berhenti minum tak sampai 2 hari secara mengejut... abis sakit2 sendi badan.. rasa nak terbaring tido.. byk saya dengar untuk berenti ketagihan minum air ketum ni dengan cara minum methadone.. boleh bantu saya???

    BalasHapus
    Balasan
    1. Wsalam, walaupun saya cx pernah minum air ketum, tapi saya ada dengar yg Skrg ada institusi yg mengkaji air ketum untuk dijadikan ubat gantian untuk ketagihan heroin dan morphine seperti methadone juga,jadi air ketum dan methadone sama fungsi nya, pada pendapat saya baik saudara pergi ke klinik kesihatan di bawah kerajaan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan,methadone adalah dadah gantian untuk penagih dadah heroin dan morphine, jadi saya x pasti sesuai kah digunakan untuk merawat ketagihan air ketum.

      Hapus
    2. Assalam..sy dlu pun pnagih ketum yg tegar..tpi sjak sy mnum methadone sy dah bhenti mnum ketum..methadone mmg ubt bkesan utk hilangkan gian ketum..inshAllah dgn izinnya dpt bebas dr ketum& kna kuatkan smangat..tpi jgn ambil methadon lbih dr dos yg disyorkan..ambil 1hari skali pun dah ckup..

      Hapus
    3. Saya peminum/penagih tegar Air Daun Ketum selama 12 tahun.
      Sejak 7 bulan yg lepas, saya berhenti secara mengejut dari meminum Air Ketum dengan mengambil Methadone Klinik Swasta sebanyak 2 sudu teh sehari secara berdisiplin.
      Malangnya hari ini bekalan terputus sama sekali (atas sebab2 tertentu) selama beberapa minggu.
      Harapnya ada sesiapa disini yg dapat kongsikan PETUA @ TIPS @ PANDUAN untuk menghilangkan/mengurangkan "sakit" yg amat berat akibat dari bergantung terhadap Methadon ini.
      "Sakit" yg dialami ini merosakkan hubungan, kerja, tanggungjawab dan fokus terhadap kehidupan harian.
      Selain dari Ibadah dan semangat yg konsisten, mungkin TIPS yg dikongsikan disini dapat untuk saya berjaya keluar dari Alam Ketagihan ini.
      Terima Kasih.

      Hapus
    4. Saya mengalami masalah sama...ketagih air ketum.. dah terjebak hampir 2 tahun setengah...cuba berenti x minum sehari...badan sakit2...mengantuk...tolong la...saya dah x tahan sehari rm20 dgn duit rokok lagi... ketum dah jadi barah..dari asal org tua2 kata buat ubat skrg jadi ketagih... email kan ke saya..saya perlukan jalan keluar dari masalah ni dari jd lg teruk... emailkan ke danish_fikri@hotmail.com

      Hapus
  10. Keadaan methadone sekarang nie pun dah xsama mcm masa mula keluar dulu, sekarang nie methadone yg ada telah diolah agar x di salahgunakan@terbergantungan pada rasa khayal@stim yg ada pada methadone.kerana dadah yg ada dimalaysia nie pun dah xkuat jika nak dibandingkan dgn yg diluar negara(u.s,pakistan,thailand dll),tetapi methadone nie memamg merbahaya bila dah guna untuk masa lama.jika boleh kawalah dos yg diambil jgn ikut hati,ingat tujuan kenapa mengambil methadone.sebenarnya just nak mantain agar kepala xrasa kosong bila xambil dadah.kerana kebanyakan yg mengambil methadone dgn mengikuti program kerajaan@aadk,adalah yg telah keluar penjara,lg pun gian dadah zaman kini dah xteruk mana pun,cuma xdapat nak hidup dgn normal bila kepala kosong,kerana kesan kerosakan funtion otak untuk setabil.otak xdapat mengeluarkan endofin yg cukup seperti selalu(masa mengambil dadah).jadi bila meraka normal(xambil dadah)sebenarnya mereka dibawah paras negetif,untuk setabil kena mengambil dadah dgn kadar yg betul.kerana itu kenapa penagih agak mustahil boleh berhenti,kerana desakan biologi tubuh badan(fitrah biasa mekanisma badan manusia) badan mereka sentiasa mahu rasa selesa, seperti mana biasa bila lepas makan kita rasa senang hati(selesa)..
    Jadi jgn dipenjarakan hanya kerana mereka penagih, bila mereka dlm keadaan withdrawal mereka mudah di kuasai oleh orang lain(dlm penjara)bila kita sudah berada dlm kawalan seseorang, sukar untuk kita mengumpulkan kekuatan untuk membela diri lebih-2 lg dlm tahanan. Tempat segala jenis manusia ada.. mcm-2 boleh berlaku@mcm-2 ada!!..

    BalasHapus
  11. mcm mana cara nak berhenti methadone?

    sya dh dua minggu tak ambil fit dan minum methadone.. masalah skrg kalau x ada methadone sya kembali gian.. mcm mana nk hilangkan rasa giant methadone ni trima kasih.

    BalasHapus
  12. Salam...mcm mana nak berhenti dari minum ketum? Saya dah terjebak hampir 2 tahun setengah... dari asal cuba2 skrg kalau x minum tangkap sendi2..sakit belakang...jadi marah2... saya nak berhenti minum sgt2... duit gaji sentiasa x ckup...isteri tidak berkerja..anak dah 3... sehari utk air ketum RM20 botol mineral besar... mesti kena ambik hari2.. kalau siapa ada petua harap membantu..email kan ke saya danish_fikri@hotmail.com

    BalasHapus
  13. dkat tanjung malim ada?

    BalasHapus
  14. boleh sesiapa bantu, di kota kinabalu klinik swasta dimana ada menyediakan perhidmatan metadone?

    BalasHapus
  15. Assalam...mohon bantuan..suami saye dah 4 tahun minum methadone, dos skrg 20ml n btul2 nk berhenti..tp withdrawal n sakit2 badan...ade rawatan lain x utk tolong suami saye...

    BalasHapus
  16. Assalam...mohon bantuan..suami saye dah 4 tahun minum methadone, dos skrg 20ml n btul2 nk berhenti..tp withdrawal n sakit2 badan...ade rawatan lain x utk tolong suami saye...

    BalasHapus
  17. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus
  18. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus
  19. Methadone ni mengarut ja..nk keja pn susah..pagi2 nak kena pergi klinik..klu keja mlm xpala..klu keja pg..pukul 7 dh msuk keja..mna sempat nk pergi klinik kerajaan hari2

    BalasHapus
  20. Methadone ni mengarut ja..nk keja pn susah..pagi2 nak kena pergi klinik..klu keja mlm xpala..klu keja pg..pukul 7 dh msuk keja..mna sempat nk pergi klinik kerajaan hari2

    BalasHapus
    Balasan
    1. tp klinik kesihatan ade sistem take away...dlm 1mnggu..perlu dtg 2 kali je..xperlu hari2...dadah lebih mngarut sbb tiap2 hari kene sediakn duit utk fit..kite keje hanye untk cari duit fit sahaje..utk anak utk bini pandai dorg cari sendiri

      Hapus
  21. tp pada yg belom ambik methadon ni saye sarankan, lebih baik anda tahan gian fit tu..sbb gian fit lebih senang nk buang dari gian metha..fit kalau kite boleh tahan gian 1mggu dgn doa..insya Allah gian kite da habis da xperlu metha x perlu fit lg...tp ini untuk penagih bawah 10 tahun ye..yg atas 10 tahun menagih, ermmm azab sikit la nk tahan gian fit tu..tp kalau hati sbulatnye tawakal pade Allah..insya Allah, Allah permudahkan

    BalasHapus
  22. penyakit ni semuanya adalah dari kesalahan diri sendiri .. sendiri yang cari penyakit .. bilaman dah sakit baru tau azabnya .. tapi kat pernah serik pun .. satu jer ubat yang betul betul mujarab .. yakinlah .. kembali pada agama dan mantapkan iman .. hanya agama yang dapat mengubati segala penyakit .. kembali pada islam sebenar

    BalasHapus
  23. Pati metadone kt mna murah? Dr mahmud selayang rm120 60ml, mahal siot! Klinik au2 keramat mcm celaka, aku nk pg daftar dia ckp tggu org lama keluar, bdoh ke ape nk tggu penagih lama kluar?!! Mna ada penagih yg benti main ddah! Baik x pyh buka klu x bg org baru daftar! Baghal!

    BalasHapus
  24. Kt mana nak beli methadone area sg petani kerana saya selalu kerja outstation

    BalasHapus
  25. Di kelantan ada ke klinik jual metadone sbb balik kg dah habis ubat

    BalasHapus
  26. Mana ada semua klinik kesihatan hanya segelintir saja Dan hari-² nak kena ulang-alik.klau dekat rumah xpe la,klau nk g jer 1jam,came?????

    BalasHapus
  27. Mana ada semua klinik kesihatan hanya segelintir saja Dan hari-² nak kena ulang-alik.klau dekat rumah xpe la,klau nk g jer 1jam,came?????

    BalasHapus
  28. Aku pengguna metha selama 2tahun.
    Dos aku tggl 10ml.Ttapi aku dberhentikan mendadak tanpa ada amaran.Jga ada 2kali urine aku di+ kn.Ada 3kali percubaan mahu stopkn metha aku.Pertama dari bdk farmasi yg urus metha.Dua doktor tapi stlh aku ceritakn ddk dn punca mslh yg aku alami.Awal doktor nk stopkn x jadi.Stlh jmpa bdk farmasi metha.Kali ke 3 isnin 7/12/2020.
    Kali ni dktor ni dh dsekolahkn.Tnpa warning aku dstopkn dgn alasan urine +.

    BalasHapus
  29. Tolong ada yang tahu tak klinik methadone swasta dekat area sungai petani, klau ada yang tahu boleh tolong whatsapp saya 0143096904, klau ada yang tahu saya akan bagi sedikit hadiah melalui transfer.

    BalasHapus