Kamis, 01 Maret 2012

20 EKOR JEMBALANG ATAU ZOMBI KAMPUNG PISANG DISYAKI BELASAH BADRUL AMIN



MEMANG SERAM BEB. SEBELUM INI BADRUL AMIN MENDAKWA DIBELASAH 20 ORANG LELAKI. TAPI DAKWAAN BADRUL AMIN INI MENIMBULKAN UNSUR SERAM...KENAPA ? RAKAMAN CCTV YANG DIAMBIL TIDAK MENUNJUKKAN KELIBAT SAMSENG YANG DIDAKWA BADRUL AMIN. MALAH PERKARA INI JUGA DISAHKAN OLEH PIHAK KESELAMATAN HOTEL TERSEBUT YANG SEMEMANGNYA DILATIH UNTUK MENGHINDARI PERKARA SEPERTI INI. SUAMI WANITA YANG DIDAKWA BERKHALWAT DENGAN BADRUL AMIN JUGA MENJELASKAN DIA TIDAK MEMBAWA SAMSENG. JADI SIAPA YANG MEMBELASAH BADRUL AMIN????? APAKAH INI MUNGKIN ANGKARA HANTU RAYA, ATAU JIN? DALAM CC TV PUN GAGAL DI KESAN.


DI BAWAH ADALAH KENYATAAN DARI PIHAK HOTEL........................

Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.




DAN DI BAWAH PULA IALAH HUJAHAN DARI SUAMI WANITA TERBABIT..................YANG DIPLAGIAT DARI BLOG PISAU


Dakwaan Samseng 20 orang pukul Badrolamin Hanya Satu Pembohongan -Suami Watiwani,

Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat.

Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.

Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.

Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden.

Pisau Kedah


KPS; SAH HANTU YANG BELASAH BADRUL AMIN.....SERAM BEB.....

1 komentar:

  1. Salam semua;
    Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
    Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

    BalasHapus