Rabu, 11 April 2012

AMARAN TSUNAMI DI MALAYSIA......





BEBERAPA ORANG DI KUBANG PASU MELAPORKAN KEPADA KPS MEREKA MERASAI GEMPA BUMI. MENGIKUT PENGALAMAN KPS SEMASA GEMPA BUMI DI ACHEH, KPS JUGA MERASAI GEGARAN SEMASA DI KULIM. BILA DINYATAKAN PERKARA YANG SAMA DI KUBANG PASU, KPS DAPAT MENGAGAK PASTI GEMPA BUMI YANG KUAT TELAH BERLAKU DAN AGAKKAN KPS ADALAH TEPAT.

11 April 2012
BANGKOK - Arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini.

Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.

Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dilapor berlaku di Sumatera dan gegarannya turut dirasai di enam wilayah Thailand pada pukul 4.53 petang (waktu Malaysia: 5.53pm).

Krabi, Phuket dan Phangga adalah destinasi pelancongan utama manakala Ranong menempatkan kilang pengeluaran kereta dan komponen kereta.

Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah ditutup untuk sementara.

Thailand mempunyai pelan kontingensi tsunami selepas bencana itu melanda Phuket, Khaolak dan Phi Phi Island, kesemuanya di selatan Thailand, pada 26 Disember 2004. - Bernama


PASTIKAN AMARAN INI DISEBARKAN....


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
SUMBER STATUS FB TSUNAMI ALERT :

Amaran Tsunami untuk lautan Hindi. Lokasi pertama tsunami akan tiba: Banda Aceh (beberapa minit lagi)
Lokasi lain seperti di Myanmar, India, Thailand, Sri Lanka juga akan dilanggar dalam beberapa jam lagi. - CNN

Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.


LAGI AMARAN YANG PERLU DIAMBIL KIRA....


[RED ALERT MALAYSIA] Initial tsunami wave prediction arrival times:

1. Georgetown - 09:11pm 11th April 2012 MY Time
2. Port Dickson - 02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore - 07:51am 12th April 2012 MY Time


Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j.

Tsunami sedang menuju ke Malaysia dengan kelajuan 800km/j.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar